Pergi ke kandungan

Pilihan raya di Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pilihan raya negeri Sabah)

Rencana ini merupakan senarai dan sejarah singkat pilihan raya di Sabah.

Pada 16 Disember 1962 di bawah Local Government Elections Ordinance, Pilihan Raya pertama di Sabah telah diadakan untuk mengundi di sebanyak 118 ward di pihak berkuasa tempatan. Setiausaha Kolonial bagi Kerajaan Tempatan selaku Penguasa Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan Pilihan Raya Borneo Utara. Persempadanan ward telah dibuat dan Pegawai-pegawai Daerah telah dilantik sebagai pendaftar pemilih bagi setiap daerah berkenaan. Daftar pemilih telah disediakan dan dianggarkan sebanyak 60 peratus daripada mereka yang layak telah mendaftar . Kempen Pilihan Raya melalui radio, media cetak serta penyebaran risalah telah dilakukan oleh kerajaan bagi tujuan pendidikan rakyat. Seramai 202 calon telah bertanding bagi 118 ward. Calon-calon di 53 ward telah menang tanpa bertanding. Parti Perikatan Sabah yang terdiri daripada United Sabah National Organization (USNO), Borneo Utara National Party (BUNAP) dan United National Kadazan Orgnization (UPKO) telah mencapai kemenangan dengan 86.5 peratus undi.

Bagi Dewan Undangan Negeri Sabah yang mempunyai 32 kerusi, Pilihan Raya Umum Sabah yang pertama telah diadakan pada April 1967, iaitu empat tahun selepas mencapai kemerdekaan dan menyertai penubuhan Malaysia pada 1963. Calon-calon Parti Perikatan Sabah (USNO, SCA dan UPKO) telah bertanding, tetapi selepas Pilihan Raya itu hanya USNO dan SCA menubuhkan kerajaan Sabah. Ini merupakan kerajaan Sabah yang pertama melalui proses Pilihan Raya umum secara langsung.

Persempadanan Semula

[sunting | sunting sumber]

Kawasan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
KodKawasan ParlimenDUN 1 DUN 2DUN 3DUN 4
P.167KudatN.01 Banggi N. 02 BengkokaN.03 PitasN.04 Tanjong Kapor
P.168Kota MaruduN.05 Matunggong N.06 BandauN.07 Tandek
P.169Kota BeludN.08 Pintasan N.09 TempasukN.10 UsukanN.11 Kadamaian
P.170TuaranN.12 Sulaman N.13 Pantai DalitN.14 TamparuliN.15 Kiulu
P.171SepanggarN.16 Karambunai N.17 DarauN.18 Inanam
P.172Kota KinabaluN.19 Likas N.20 Api-ApiN.21 Luyang
P.173PutatanN.22 Tanjong Aru N.23 PetagasN.24 Tanjung Keramat
P.174PenampangN.25 Kapayan N.26 Moyog
P.175PaparN.27 Limbahau N.28 KawangN.29 Pantai Manis
P.176KimanisN.30 Bongawan N.31 Membakut
P.177BeaufortN.32 Klias N.33 Kuala Penyu
P.178SipitangN.34 Lumadan N.35 Sindumin
P.179RanauN.36 Kundasang N.37 KaranaanN.38 Paginatan
P.180KeningauN.39 Tambunan N.40 BingkorN.41 Liawan
P.181TenomN.42 Melalap N.43 Kemabong
P.182PensianganN.44 Tulid N.45 SookN.46 Nabawan
P.183BeluranN.47 Telupid N.48 SugutN.49 Labuk
P.184LibaranN.50 Gum-Gum N.51 Sungai ManilaN.52 Sungai Sibuga
P.185Batu SapiN.53 Sekong N.54 Karamunting
P.186SandakanN.55 Elopura N.56 Tanjong Papat
P.187KinabatanganN.57 Kuamut N.58 LamagN.59Sukau
P.188Lahad DatuN.60 Tungku N.61 SegamaN.62 SilamN.63 Kunak
P.189SempornaN.64 Sulabayan N.65 SenallangN.66 Bugaya
P.190TawauN.67 Balung N.68 ApasN.69 Sri Tanjong
P.191KalabakanN.70 Kukusan N.71 Tanjung BatuN.72 MerotaiN.73 Sebatik

Senarai Pilihan Raya Negeri

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai pilihan raya negeri yang pernah berlangsung:

Pilihan raya kecil DUN

[sunting | sunting sumber]


Pilihan raya kecil parlimen

[sunting | sunting sumber]


Pilihan raya kecil tempatan

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]