Pilihan raya negeri Sarawak
Pilihan Raya Negeri Sarawak (juga boleh dikenali sebagai Pilihan Raya Umum Sarawak atau PRU Sarawak) adalah merupakan proses pilihan raya kerajaan Sarawak bagi memilih serta mengesahkan mana-mana individu yang bakal menganggotai barisan kepimpinan baharu kerajaan di dalam Dewan Undangan Sarawak (DUS).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pilihan raya pertama
Pilihan raya pertama Sarawak ialah selepas pembentukan Malaysia, yang diadakan secara berperingkat dari 10 Mei 1969 hingga 7 Jun 1969 kerana sistem pengangkutan dan komunikasi pada masa itu belum sempurna. Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan serentak dengan Parlimen dan semua Dewan Undangan Negeri yang lain kecuali Kelantan, pada 20 Mac 1969. Penamaan calon ditetapkan pada 5 April 1969.
Bagaimanapun, akibat rusuhan kaum yang berlaku di Semenanjung Malaysia pada 13 Mei tahun itu yang diikuti dengan pengisytiharan darurat, pilihan raya itu ditangguhkan sehingga 1970. Apabila penangguhan itu dikuatkuasakan, pilihan raya di sembilan daripada 48 kawasan di Sarawak telah bermula tetapi semuanya masih belum selesai. Pilihan raya negeri dan Parlimen disambung semula pada 6 Jun 1970 dan selesai pada 4 Julai 1970.
Sepanjang pilihan raya itu, satu tragedi berlaku di Sarikei pada 29 Jun 1970 apabila pengganas komunis membunuh tiga pegawai pengurus pilihan raya yang dalam perjalanan pulang selepas pengundian selesai di sebuah pusat pengundian. Di luar sebuah lagi pusat pengundian di Bahagian yang sama, sebutir bom ranjau meletup tetapi tiada yang cedera. Di sebalik semua kejadian itu, 80 peratus daripada 332,373 pemilih berdaftar di Sarawak telah keluar mengundi, jumlah yang tinggi berbanding dengan peratusan pengundian di negeri-negeri lain.
Sejumlah 221 calon bertanding di 48 kerusi negeri di Sarawak, dengan Perikatan Sarawak (Parti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA) & Persatuan Cina Sarawak (SCA)) bertanding di 33 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bertanding di 40 kerusi, Parti Pesaka Sarawak (Pesaka) 35 kerusi, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) 47 kerusi dan 66 calon Bebas turut bersaing. SUPP kemudiannya menyertai Perikatan Sarawak, membolehkan gabungan itu menguasai 27 daripada 48 kerusi dalam Majlis Negeri dan membentuk kerajaan.
Pilihan raya seterusnya
Pilihan raya negeri yang kedua diadakan dari 24 April hingga 14 September 1974, serentak dengan pilihan raya Parlimen selepas Majlis Negeri dan semua Dewan Undangan Negeri yang lain dan Parlimen dibubarkan pada 31 Julai 1974.
Pilihan raya negeri yang ketiga hanya diadakan pada 1979, setahun selepas pilihan raya umum 1978, buat pertama kalinya pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum diadakan berasingan.
Pilihan raya negeri yang keempat diadakan 18 bulan sebelum berakhirnya penggal Ketua Menteri yang baru, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu pada 26 Mac 1981. Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 18 November 1983, penamaan calon diadakan pada 8 Disember dan pengundian pada 28 dan 29 Disember.
Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 13 Mac 1987 bagi diadakan pilihan raya negeri yang kelima selepas sekumpulan wakil rakyat yang diketuai bapa saudara Taib dan ketua menteri terdahulu, Tun Abdul Rahman Yaakub memberontak terhadap Ketua Menteri yang peristiwa itu dikenali sebagai "Ming Court Affair". Mereka termasuk beberapa anggota PBB yang kemudiannya membentuk kumpulan "Maju Group" manakala Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) mengumumkan keluar daripada BN negeri tetapi kekal sebagai komponen BN di peringkat pusat. Dalam pilihan raya yang diadakan pada 15 dan 16 April, Taib mengetuai BN negeri dengan memenangi 28 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kemudiannya lapan wakil rakyat PBDS menyertai BN, memberikannya majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.
Pilihan raya negeri yang keenam pada 1991 juga berlangsung selama dua hari, pada 28 dan 29 September, manakala pilihan raya negeri yang ketujuh diadakan pada 7 dan 8 September 1996.
Pilihan raya negeri yang kelapan berlangsung dalam satu hari sahaja pada 27 September 2001 berikutan pembangunan pesat infrastruktur dan komunikasi. Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 3 September manakala penamaan calon diadakan pada 18 September 2001.
Pilihan raya negeri kesembilan diadakan pada 20 Mei 2006 selepas dewan dibubarkan pada 24 April dan penamaan calon pada 9 Mei.
Senarai kawasan Parlimen Sarawak
[sunting | sunting sumber]| No. | Kawasan Parlimen | Ahli | Parti | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| GPS 23 | PH 6 | PN 1 | PBM 1 | ||||
| P192 | Mas Gading | Mordi Bimol, YB Tuan | PH (DAP) | |
| P193 | Santubong | Nancy Shukri, YB Dato' Sri Hajah | GPS (PBB) | |
| P194 | Petra Jaya | Fadillah Yusof, YAB Dato' Amar | GPS (PBB) | |
| P195 | Bandar Kuching | Kelvin Yii Lee Wuen, YB Dr. | PH (DAP) | |
| P196 | Stampin | Chong Chieng Jen, YB Tuan | PH (DAP) | |
| P197 | Kota Samarahan | Rubiah Wang, YB Datuk Hajah | GPS (PBB) | |
| P198 | Puncak Borneo | Willie Mongin, YB Datuk | GPS (PBB) | |
| P199 | Serian | Richard Riot Jaem, YB Dato' Sri Dr. | GPS (SUPP) | |
| P200 | Batang Sadong | Rodiyah Sapiee, YB Puan | GPS (PBB) | |
| P201 | Batang Lupar | Mohamad Shafizan Kepli, YB Tuan | GPS (PBB) | |
| P202 | Sri Aman | Doris Sophia Brodi, YB Dato' Sri | GPS (PRS) | |
| P203 | Lubok Antu | Roy Angau Gingkoi, YB Tuan | GPS (PRS) | |
| P204 | Betong | Richard Rapu, YB Dato' Dr. | GPS (PBB) | |
| P205 | Saratok | Ali Biju, YB Datuk | PN (BERSATU) | |
| P206 | Tanjong Manis | Yusuf Abd Wahab, YB Dato' Ir. Haji | GPS (PBB) | |
| P207 | Igan | Ahmad Johnie Zawawi, YB Tuan | GPS (PBB) | |
| P208 | Sarikei | Huang Tiong Sii, YB Dato' Sri | GPS (SUPP) | |
| P209 | Julau | Larry Sng, YB Datuk | PBM | |
| P210 | Kanowit | Aaron Ago Dagang, YB Datuk | GPS (PRS) | |
| P211 | Lanang | Alice Lau Kiong Yieng, YB Puan | PH (DAP) | |
| P212 | Sibu | Oscar Ling Chai Yew, YB Tuan | PH (DAP) | |
| P213 | Mukah | Hanifah Hajar Taib, YB Dato' Hajah | GPS (PBB) | |
| P214 | Selangau | Edwin Banta, YB Tuan | GPS (PRS) | |
| P215 | Kapit | Alexander Nanta Linggi, YB Dato' Sri | GPS (PBB) | |
| P216 | Hulu Rajang | Wilson Ugak Kumbong, YB Datuk | GPS (PRS) | |
| P217 | Bintulu | Tiong King Sing, YB Dato' Sri | GPS (PDP) | |
| P218 | Sibuti | Lukanisman Awang Sauni, YB Dato' | GPS (PBB) | |
| P219 | Miri | Chiew Choon Man, YB Tuan | PH (PKR) | |
| P220 | Baram | Anyi Ngau, YB Dato' | GPS (PDP) | |
| P221 | Limbang | Hasbi Habibollah, YB Datuk Haji | GPS (PBB) | |
| P222 | Lawas | Henry Sum Agong, YB Dato' | GPS (PBB) | |
Senarai kawasan Dewan Undangan Sarawak (DUS)
[sunting | sunting sumber]Sejarah pilihan raya negeri Sarawak
[sunting | sunting sumber]Ini merupakan rekod sejarah pilihan raya negeri yang pernah diadakan di Sarawak mengikut tahun, berdasarkan info daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR):
- Pilihan raya negeri Sarawak 1959
- Pilihan raya negeri Sarawak 1963
- Pilihan raya negeri Sarawak 1969
- Pilihan raya negeri Sarawak 1974
- Pilihan raya negeri Sarawak 1979
- Pilihan raya negeri Sarawak 1983
- Pilihan raya negeri Sarawak 1987
- Pilihan raya negeri Sarawak 1991
- Pilihan raya negeri Sarawak 1996
- Pilihan raya negeri Sarawak 2001
- Pilihan raya negeri Sarawak 2006
- Pilihan raya negeri Sarawak 2011
- Pilihan raya negeri Sarawak 2016
- Pilihan raya negeri Sarawak 2021
- Pilihan raya negeri Sarawak 2026
Senarai pilihan raya kecil Sarawak
[sunting | sunting sumber]Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sarawak
[sunting | sunting sumber]Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Sarawak
[sunting | sunting sumber]Pilihan raya perbandaran Sarawak
[sunting | sunting sumber]Selain daripada pilihan raya umum negeri Sarawak, terdapat juga pilihan raya yang dikhususkan untuk kawasan Dewan Bandaraya (DBKU dan MBKS) dan semua kawasan majlis perbandaran masing-masing di Sarawak, iaitu pilihan raya perbandaran Sarawak (Sarawak Municipalities Election). Disebabkan Perlembagaan Malaysia menggantung perlaksanaan pilihanraya tempatan, tiada pengundian dijalankan di Sarawak semenjak tahun 1963.
Sarawak adalah satu-satunya wilayah yang membenarkan pilihan raya perbandaran ini diadakan sepenuhnya. Sebanyak dua Dewan Bandaraya (DBKU dan MBKS), lima Majlis Perbandaran, dan lima Majlis Daerah yang disahkan oleh pihak Kerajaan Sarawak sahaja dibenarkan untuk menyertai pilihan raya ini.
Untuk pilihan raya perbandaran Sarawak, seseorang Premier harus menjadi peranan utama bagi pilihan raya ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak mengeluarkan permit pilihan raya khusus untuk melaksanakan pilihan raya perbandaran ini. Kaedah pelaksanaan pilihan raya perbandaran Sarawak ini adalah amat menyerupai kaedah sistem pilihan raya perbandaran tempatan United Kingdom.
Berikut adalah senarai kawasan dewan bandaraya, kawasan majlis perbandaran, dan kawasan majlis daerah yang disahkan oleh Kerajaan Sarawak sahaja dibenarkan melaksanakan pilihan raya perbandaran Sarawak :
- Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
- Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)
- Majlis Perbandaran Padawan (MPP)
- Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS)
- Majlis Perbandaran Sibu (SMC)
- Bintulu Development Authority (BDA)
- Majlis Bandaraya Miri (MBM)
- Majlis Daerah Bau (MDB)
- Majlis Daerah Sri Aman (MDSA)
- Majlis Daerah Kapit (MDK)
- Majlis Daerah Limbang (LDC)
- Majlis Daerah Lawas (MDL)
Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan majlis daerah lain (kecuali Sri Aman, Bau, Kapit, Limbang, dan Lawas) dan juga pejabat-pejabat daerah kecil sahaja dikecualikan daripada menyertai pilihan raya perbandaran ini.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- BERNAMA (20 Mar 2011). "Akhirnya Taib lakar perubahan kepimpinan di S'wak". Malaysiakini.