Pilihan raya parlimen Mesir 2011–2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pilihan raya parlimen Mesir 2011–2012
Mesir
2010 ←
28 November 2011 – 11 Januari 2012

  Abdel Moneim El Shahat.jpg El-Sayyid el-Badawi.jpg
Parti Parti Kebebasan dan Keadilan Al-Nour Wafd Baharu
Perikatan Perikatan Demokratik Blok Islamis
Undian popular 10,138,134 7,534,266 2,480,391
Peratusan 37.5 % 27.8 % 9.2%

  AhmedHSaid.jpg Abu al-Ila Madi.jpg
Parti Blok Mesir Al-Wasat Revolusi Berterusan
Popular vote 2,402,238 989,003 745,863
Percentage 8.9% 3.7% 2.8%

Yang di-Pertua sebelum pilihan raya

kosong

Yang di-Pertua dipilih

Saad El-Katatny
Parti Kebebasan dan Keadilan

Satu pilihan raya parlimen ke Dewan Rakyat Mesir diadakan dari 28 November 2011 hingga 11 Januari 2012,[1] selepas revolusi yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak, di mana selepasnya Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) membubarkan parlimen Mesir. Asalnya, pilihan raya ini dijadualkan diadakan pada September 2011, namun ditunda berikutan kebimbangan parti yang sudah mantap akan mendapat kelebihan tak wajar.[2]

Fokus utama parlimen baharu ini ialah pemilihan anggota Majlis Perlembagaan Mesir.

Pilihan raya ini dijalankan secara berfasa mengikut lokasi, dengan pilihan raya penentu sekiranya perlu seminggu kemudian:[3]

  • fasa pertama: 28–29 November,[4] penentu 5–6 Disember;
  • fasa kedua: 14–15 Disember, penentu 21–22 Disember;
  • fasa ketiga: 3–4 Januari, penentu 10–11 Januari.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Banyak calon individu tidak mendapat 50% undi yang diperlukan semasa fasa pertama, lalu terpaksa menjalani penentuan pada 5 Disember. Malah sebelum keputusan rasmi bagi setiap parti atau perikatan dikeluarkan, ramai yang menjangka Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), pimpinan Ikhwanul Muslimun, mendapat sekitar 40% undi manakala al-Nour mendapat antara 15–30 peratus. Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan jumlah pengundi sah ialah 62%, "yang tertinggi sejak zaman Firaun".[5]

Dalam fasa kedua pilihan raya, para pemerhati turut meramal keputusan serupa dengan fasa pertama disebabkan daerah luar bandar, miskin dan konservatif pengundi.[6] Televisyen kerajaan melaporkan keputusan awal, dengan FJP di hadapan dan al-Nour mengikuti di tempat kedua.[7][8]

Menjelang fasa ketiga adalah jelas bahawa ia akan mengikuti arah aliran Islamise yang muncul daripada dua fasa terdahulu.

Selepas fasa ketiga selesai, pada 21 Januari 2012, Majlis Tertinggi Angkatan Tentera melantik 10 lagi Ahli Parlimen.[9]

Keputusan keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Perhatikan bahawa pelbagai sumber media melaporkan nombor yang berlainan sedikit. Ini disebabkan fakta bahawa ramai "calon bebas" dan AP yang dilantik merupakan anggota parti, atau kemudian menyertai parti. Tambahan pula, sesetengah parti kecil menurunkan calon yang berada dalam senarai rasmi perikatan parti besar.

Circle frame.svg

Peratus undi diterima parti ██ Perikatan Demokratik (37.5%)██ Blok Islamis (27.8%)██ Wafd Baharu (9.2%)██ Blok Mesir (8.9%)██ Cabang NDP (6.4%)██ Al-Wasat (3.7%)██ Revolusi Berterusan (2.8%)██ Pembaharuan dan Pembangunan (2.2%)██ Keadilan (0.7%)██ Lain (0.8%)

Circle frame.svg

Jumlah kerusi parlimen [1] ██ Perikatan Demokratik (44.9%)██ Blok Islamis (25.0%)██ Wafd Baharu (7.5%)██ Blok Mesir (6.7%)██ Al-Wasat (2.0%)██ Pembaharuan dan Pembangunan (1.8%)██ Revolusi Berterusan (1.6%)██ Cabang NDP (3.5%)██ Lantikan Tentera (1.9%)██ Lain (5.1%)

Templat:Pilihan raya parlimen Mesir 2011

Pembubaran[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Jun 2012, Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir memutuskan bahawa pilihan raya ini tidak mengikut perlembagaan, dan sepertiga pemenangnya tidak sah.[10][11] Keputusan ini disebabkan, sebahagiannya, ada kerusi yang ditandingi menurut sistem senarai berkadar, manakala yang lain ditandingi melalui sistem pemenang undi terbanyak.[10] Akibatnya, mahkamah menyimpulkan, undang-undang pilihan raya membenarkan parti politik bertanding bagi kerusi yang bertujuan untuk calon bebas. "Komposisi seluruh dewan ini tidak sah dan, yang demikian, ia tidak sah menurut undang-undang", jelas mahkamah itu.[12] Keputusan ini mendukung keputusan mahkamah lebih rendah, yang mendapati undang-undang pilihan raya sebagai tidak menurut perlembagaan.[12] Ikhwanul Muslimun memegang majoriti kerusi yang diputuskan tidak sah.[10]

Dalam keputusan berasingan yang dikeluarkan pada masa yang sama, mahkamah membuang Undang-Undang Pengecualian Politik, yang melarang bekas anggota rejim Presiden Hosni Mubarak daripada bertanding sebarang jawatan.[10] Mahkamah menyimpulkan undang-undang ini tidak berdasarkan "asas objektif", dan melanggar "prinsip kesamaan".[12] Hakim mahkamah ini semuanya telah dilantik oleh Mubarak.[12]

Penghakiman ini menaikkan ketakutan sesetengah pihak bahawa tentera cuba meningkatkan kuasanya. Kepopularan Ikhwanul Muslimun telah berkurangan sejak pilihan raya, jadi pilihan raya baharu akan mengurangkan jumlah kerusi mereka dalam parlimen.[12] Pembubaran parlimen juga menimbulkan kemungkinan panel yang akan ditugaskan menulis perlembagaan baharu dilantik oleh tentera.[12] Seorang ahli politik daripada Parti Kebebasan dan Keadilan meramalkan keputusan ini akan menghantar negara ini ke dalam "terowong gelap".[10] Pemerhati lain memanggil tindakan ini usaha rampasan kuasa dan "langsung mengetepikan kehendak bebas pengundi".[10] Sebaliknya, Ahmed Shafiq, yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri di bawah Mubarak, memanggil keputusan ini "bersejarah ... keputusan yang bermakna tiada cara untuk sesiapa membuat undang-undang tertentu untuk orang tertentu".[10]

Pembantah yang marah berkumpulan di luar bangunan mahkamah selepas penghakiman ini. Polis dalam kelengkapan rusuhan mengawal bangunan ini.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Egypt to hold parliamentary elections in September". Monsters and Critics. 28 Mac 2011. http://www.monstersandcritics.com/news/middleeast/news/article_1629149.php/Egypt-to-hold-parliamentary-elections-in-September. Capaian 7 September 2011. 
  2. Egypt Postpones Elections, Purges Police Following Protests Bloomberg, 13 Julai 2011
  3. "SCAF finally reveals parliamentary elections dates and roadmap – Elections 2011 – Egypt – Ahram Online". English.ahram.org.eg. http://english.ahram.org.eg/NewsContent/1/64/22697/Egypt/Politics-/SCAF-finally-reveals-parliamentary-elections-dates.aspx. Capaian 27 Disember 2011. 
  4. "Breaking: Egypt voting extended to two days instead of one – Politics – Egypt – Ahram Online". English.ahram.org.eg. http://english.ahram.org.eg/News/27635.aspx. Capaian 27 Disember 2011. 
  5. ...שיעור ההצבעה במצרים: "הגבוה Ma'ariv NRG
  6. "Egypt’s Islamist Parties Fight for Seats During Second round of Elections". Bloomberg. 15 Disember 2011. http://www.bloomberg.com/news/2011-12-14/egypt-s-islamists-fight-for-seats-during-second-round-of-vote.html. Capaian 27 Disember 2011. 
  7. AFP Cairo (17 Disember 2011). "Bloody clashes overshadow Egypt election". Deccan Chronicle. http://www.deccanchronicle.com/channels/world/africa/bloody-clashes-overshadow-egypt-election-409. Capaian 27 Disember 2011. 
  8. "נענע10 – מצרים ממשיכה להקצין: 45% לאחים המוסלמים ו-30% לסלפים בסיבוב השני – חדשות". News.nana10.co.il. http://news.nana10.co.il/Article/?ArticleID=853659. Capaian 27 Disember 2011. 
  9. "Egypt: 10 MPs Appointed in Parliament", 22-Januari-2012. Dicapai pada 5 Februari 2012. 
  10. 10.0 10.1 10.2 10.3 10.4 10.5 10.6 10.7 "Egypt supreme court calls for parliament to be dissolved", BBC News, 14 Jun 2012. Dicapai pada 14 Jun 2012. 
  11. Hamza Hendawi. "Egypt court orders parliament dissolved", MSNBC, 14 Jun 2012. Dicapai pada 14 Jun 2012. 
  12. 12.0 12.1 12.2 12.3 12.4 12.5 "Egypt court rules entire parliament illegally elected, orders body to dissolve after unconstitutional vote", CBS News, 14 Jun 2012. Dicapai pada 14 Jun 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]