Pilihan raya pihak berkuasa tempatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau 'Pilihan raya kerajaan tempatan' pernah diadakan di Malaysia bagi memilih ahli jawatankuasa di peringkat daerah sebelum 1964. Kerajaan tempatan adalah kerajaan paling rendah dalam sistem kerajaan di Malaysia. Jawatan penting seperti Datuk Bandar , Yang diPertua Majlis dan ahli majlis berkuasa terhadap cukai, cukai pintu dan menggubal undang-undang kecil.

Demokrasi dapat dipulih dan dilaksanakan kerana rakyat dapat memantau siapa dan bagaimana rakyat ditadbir. Sistem ini percaya bahawa rakyat adalah bijak dan mempunyai cukup maklumat. Korupsi yang berleluasa dapat dibendung walaupun tidak dapat dihapuskan sepenuhnya.[1]

Persaingan sesama ahli majlis lebih baik dan masing-masing akan berlumba-lumban meningkatkan prestasi. Kerajaan persekutuan tidaklah terlalu brkuasa berbanding kerajaan negeri sebagaimana hari ini.

Pilihan raya ini tidaklah perlu diadakan secara besar-besar, melibatkan wang yang banyak dan masa yang lama. Ahli majlis mestilah terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan etnik krana Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk. Peti undi hendaklah diadakan di pejabat daerah,balai penghulu dan penduduk sekitar hendaklah digalakkan keluar mengundi.

Warisan British[sunting | sunting sumber]

Sebelum 1964, pegawai tertinggi PBT dan ahli majlis dipilih oleh rakyat.Selepas mereka menang, ahli majlis akan bertindak sebagai penasihat dan penggubal undang-undang kecil di PBT. Sistem kerajaan Tempatan ini sama dengan yang dilaksanakan oleh di Britain. Setelah Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957, sistem ini diubahsuai mengikut acuan tempatan.

Selepas merdeka[sunting | sunting sumber]

Sistem pilihan raya ini dimansuhkan bagi mempercepatkan proses pembangunan.Pilihan raya ini menyebabkan orang ramai 'letih' , lebih banyak berpolitik dan membuang masa untuk membicarakan perkara remeh-temeh . Kempen pilihan raya menjadi tumpuan dan penggunaan wang mungkin berleluasa. Prestasi perkhidmatan belum tentu bertambah. Jika diadakan sekalipun, prestasi perkhidmatan belum tentu dapat dipertingkatkan.

Cadangan diadakan semula 2006[sunting | sunting sumber]

Pada 1 November 2006, ahli parlimen Seputeh , Teresa Kok Suh Sim pernah mencadangkan di parlimen agar pilihan raya kerajaan tempatan ini diadakan semula. Cadangan ini brikutan Ahli Majlis Perbandaran Klang YB Datuk Zakaria Mat Deros yang membina rumah banglonya di Kampung Idaman tanpa mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Klang pada 2006.Nepotisme berlaku apabila anak dan isteri beliau turut dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang. 7 ekar tanah di Shah Alam diluluskan oleh MPK kepada Persatuan Badminton Selangor sedangkan beliau menjadi pengerusinya. Pelan rumah tidak diluluskan.

Ahli Majlis Perbandaran Selayang dikatakan melancong ke Mauritius dan Afrika Selatan untuk mengkaji penggunaan tandas. Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya membina pusat penjaja di tanah kerajaan. Teresa Kok mendakwa orang ramai selalunya terpaksa memberi rasuah kepada pegawai ataupun ahli majlis perbandaran sebagai ganjaran untuk mendapat kelulusan permohonan mereka ataupun mengelakkan masalah.

Cukai pintu dibayar oleh rakyat atau penduduk di sesebuah daerah. Malangnya bagaimana kewangan dibelajakan tidak diketahui. Tidak ada mekanisme untuk mengimbang dan menyemak akaun dan bajet kerajaan tempatan. Pemilihan Datuk Bandar dan ahli Majlis perbandaran tidak dipilih oleh rakyat.

2010[sunting | sunting sumber]

Ramai pihak terutama pembangkang mencadangkan pilihan raya peringkat majlis daerah ini patut diadakan . Majlis daerah ini dipanggil kerajaan tempatan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kawasan penduduk padat di bandar biasanya terdiri daripada orang Cina. Sementara orang Melayu masih banyak tinggal di kawasan luar bandar.

Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang mahu menambah prestasi perkhidmatan kerajaan tempatan dengan mengadakan semula pilihan raya yang dimansuhkan pada 1960-an ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah mengadakan pilihan raya ini mengikut Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan pilihan raya bagi

  1. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di sebelah pulau
  2. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Pilihan raya PBT mula diperkenalkan pada tahun 1956 di Majlis Perbandaran George Town manakala kali terakhir pilihanraya PBT diadakan adalah pada 1963.

Perkara 113(4), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan negeri boleh memberi kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihanraya lain daripada Pilihan Raya Umum. Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang berhak mengadakan pilihan raya untuk memilih ahli-ahli majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP). Kerajaan negeri berhak memberi kuasa pada SPR untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan.[2]

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta SPR mengkaji semula Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada SPR untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri-negeri. Undang-undang negeri pula memperuntukkan kuasa kepada kerajaan negeri melantik pihak berkuasa negeri mengikut Akta Pilihan Raya Tempatan 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.[3]

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan pilihan raya itu mestilah melalui prosedur perundangan iaitu mestilah dirujuk kepada penasihat undang-undang negeri dan persekutuan.[4] Janji Pakatan Rakyat ialah melantik ahli majlis yang lebih adil ,berlandaskan sistem demokrasi bagi menghapuskan rasuah dan penyelewengan di majlis-majlis perbandaran. [5]

Pada 23 Mac 2010, surat penjelasan SPR setebal 11 muka telah dihantar kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. SPR tidak boleh menjalankan kajian dan analisis seperti yang diminta Selangor kerana ia bukan bidang kuasa SPR seperti termaktub dalam Perlembagaan dan Akta Pilihan Raya 1957. [6]

Perbandingan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 101 daripada 192 negara di dunia yang mengadakan pilihan raya PBT.[7]

Jika diluluskan, pilihan raya PBT hendaklah diadakan di seluruh Malaysia, sama ada secara serentak atau berperingkat . Beberapa pindaan akta diperlukan. Ia mungkin lebih meriah berbanding pilihan raya umum sedia ada.

Rujukan[sunting | sunting sumber]