Pilihan raya umum Liberia 2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya umum Liberia 2017

← 2011 10 Oktober 2017 (pusingan pertama)
26 Disember 2017 (pusingan kedua)
2023 →
 
Calon George Weah Joseph Boakai
Parti CDC Parti Perpaduan (Liberia)
Calon pasangan Jewel Taylor Emmanuel Nuquay
Undian popular 732,185 457,579
Peratusan 61.5% 38.5%

Kaunti yang dimenangi dalam pusingan kedua

Presiden sebelum pilihan raya

Ellen Johnson Sirleaf
Parti Perpaduan (Liberia)

Terpilih

George Weah
Pakatan untuk Perubahan Demokratik

Satu pilihan raya umum telah diadakan di Liberia pada 10 Oktober 2017 bagi memilih Presiden dan ahli-ahli Dewan Perwakilan yang baru. Tiada calon yang berjaya memenangi majoriti dalam pusingan pertama pengundian presiden, oleh itu dua calon terakhir – George Weah dari Pakatan untuk Perubahan Demokratik dan Timbalan Presiden Joseph Boakai dari Parti Perpaduan telah bertanding untuk pusingan kedua yang diadakan pada 26 Disember. Pada asalnya, pusingan kedua pengundian dijadualkan untuk diadakan pada 7 November,[1] tetapi ditunda selepas Charles Brumskine dari Parti Kebebasan, yang mendapat tempat ketiga dalam pusingan pertama pengundian, mencabar keputusan di Mahkamah Agung.[2] Mahkamah tersebut memutuskan permohonan itu ditolak dan pengundian di pusingan pertama adalah berjaya.[3] Weah berjaya mendapat majoriti dengan undian melebihi 60%.[4]

Pilihan raya itu diselia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Negara (NEC) dan merupakan pilihan raya pertama yang dijalankan sepenuhnya oleh Pemerintah Liberia dan angkatan keselamatan sejak tamatnya perang saudara pada 2013.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Liberia election: Weah and Boakai headed for presidential run-off". BBC News. Dicapai pada 16 Oktober 2017.
  2. ^ "Liberia presidential vote halted by country's Supreme Court". BBC News. Dicapai pada 1 November 2017.
  3. ^ "Liberian authorities tight-lipped over run-off and electoral roll clean-up". Radio France International. Dicapai pada 11 Disember 2017.
  4. ^ "George Weah elected Liberian president". BBC News. Dicapai pada 28 Disember 2017.
  5. ^ "Everything is going to plan' – Liberians vote in first election run without UN". The Guardian. Dicapai pada 11 Oktober 2017.