Pilihan raya umum Malaysia 2022

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya umum Malaysia 2022

← 2018 19 November 2022 (2022-11-19)[nb 1] 2028 →

222 kerusi dalam Dewan Rakyat Malaysia
112 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar21,173,638
Pengundi hadir15,517,490 (74.71%)
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Anwar Ibrahim Muhyiddin Yassin Ahmad Zahid Hamidi [nb 2]
Parti PKR BERSATU UMNO
Gabungan Pakatan Harapan

Parti komponen
+ Sekutu Pilihan raya

MUDA[nb 4]

Perikatan Nasional
Parti komponen
Barisan Nasional
Parti komponen
Pemimpin sejak 15 Oktober 2018 7 Ogos 2020 30 Jun 2018
Kerusi pemimpin Tambun Pagoh Bagan Datuk
Pilihan raya
lepas
100 kerusi, 41.29%[nb 5] 32 kerusi, 24.07%[nb 6] 58 kerusi, 27.79%[nb 3]
Kerusi sebelum 91 46 41
Kerusi yang
diperlukan
21 66 71
Kerusi yang
dimenangi
82 74 30
Kerusi selepas 82 74 30
Perubahan kerusi 18 41 28
Undian popular 5,801,327 4,700,819 3,462,231
Peratusan 37.46% 30.35% 22.36%

  Parti keempat Parti kelima Parti keenam
 
Pemimpin Abang Johari Openg Hajiji Noor Mahathir Mohamad
Parti PBB PPBM PEJUANG
Gabungan Gabungan Parti Sarawak
Parti komponen
Gabungan Rakyat Sabah
Parti komponen
GTA
Parti komponen
Pemimpin sejak 13 Januari 2017 11 Mac 2022 12 Ogos 2020
Kerusi pemimpin Tiada kedudukan[nb 7] Tidak bertanding Langkawi
(hilang kerusi)
Pilihan raya
lepas
19 kerusi, 3.82%[nb 8] 2 kerusi, 0.71% Baharu
Kerusi sebelum 18 2 2
Kerusi yang
diperlukan
Tiada keperluan[nb 9] Tiada keperluan[nb 10] 108
Kerusi yang
dimenangi
TBA 0
Kerusi selepas 22 6 0
Perubahan kerusi 3 4 2
Undian popular 610,812 409,775 281,732
Peratusan 3.94% 0.91% 1.82%

  Parti ketujuh Parti kelapan Parti kesembilan
 
Pemimpin Wong Soon Koh Shafie Apdal Larry Sng Wei Shien
Zuraida Kamaruddin (dipertikai)[nb 11]
Parti PSB WARISAN PBM
Gabungan Perikatan Rakyat Bersatu Sarawak
Parti komponen
TBA
Pemimpin sejak 2015 17 Oktober 2016 Larry Sng: 8 Januari 2022
Zuraida: 7 Oktober 2022
Kerusi pemimpin Tiada kedudukan[nb 13] Semporna Larry Sng: Julau
Zuraida: Ampang
(hilang kerusi)
Pilihan raya
lepas
Tidak bertanding 8 kerusi, 2.32% Tidak bertanding
Kerusi sebelum 2 8 1
Kerusi yang
diperlukan
Tiada keperluan[nb 14] Tiada keperluan[nb 15] 106
Kerusi yang
dimenangi
TBA TBA 0
Kerusi selepas 0 3 1
Perubahan kerusi TBA 5 [nb 12]
Undian popular TBA 108,654 63,370
Peratusan TBA 0.71% 0.41%

TBA

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Ismail Sabri Yaakob
BN

Perdana Menteri selepas pilihan raya

Anwar Ibrahim
PH

Pilihan raya umum Malaysia 2022, secara rasmi pilihan raya umum Malaysia ke-15, diadakan pada 19 November 2022 untuk memilih anggota Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15. Semua 222 kerusi akan dipilih untuk pilihan raya ini: 221 kerusi pada 19 November dan satu kerusi pada 7 Disember.[1][nb 16]

Pilihan raya ini turut diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Pahang, Perak dan Perlis; serta pilihan raya kecil Bugaya.

Antara 2020 dan 2022, ketampakan penganjuran pilihan raya persekutuan awal kekal tinggi disebabkan oleh kemelut politik kerajaan negara. Ketidakstabilan politik terbit daripada para ahli parlimen bertukar parti atau gabungan, dan digabungkan dengan pandemik COVID-19, telah menyumbang kepada peletakan jawatan dua perdana menteri dan kejatuhan setiap kerajaan gabungan masing-masing sejak pilihan raya sebelumnya pada 2018.[2]

Dewan Rakyat ke-14 dijangka tamat pada 16 Julai 2023, lima tahun selepas mesyuarat pertama sesi pertama Parlimen Malaysia ke-14 pada 16 Julai 2018.[2] Bagaimanapun, atas permintaan penyandang Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bertindak membubarkan Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2022, dan kemudiannya diumumkan oleh Perdana Menteri pada hari itu. Mengikut perlembagaan, pilihan raya perlu diadakan dalam 60 hari, dengan 9 Disember 2022 sebagai hari pengundian terakhir yang mungkin.[3]

Secara tradisinya, pilihan raya umum untuk semua dewan undangan negeri (DUN) kecuali Sarawak juga diadakan serentak sebagai langkah penjimatan kos. Walau bagaimanapun, negeri-negeri boleh membubarkan badan perundangan mereka sendiri secara bebas daripada Parlimen, dan beberapa negeri (Sabah, Melaka dan Johor) melakukan pilihan raya awal akibat daripada kemelut politik seperti di atas, mengganggu kitaran pilihan raya biasa mereka. Negeri-negeri ini, dan Sarawak, telah menyatakan bahawa mereka tidak akan mengadakan pilihan raya secara serentak. Tambahan pula, beberapa negeri lain, terutamanya yang berada di bawah kerajaan Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional, telah menyatakan bahawa mereka lebih suka untuk melengkapkan tempoh penuh.[4]

Pakatan Harapan (PH) memperoleh kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, sementara Perikatan Nasional (PN) tidak jauh ketinggalan dengan penguasaan kuat di kawasan utara negara, terutamanya dengan dominasi penuh di Perlis, Kelantan dan Terengganu.[5] Barisan Nasional dengan 30 kerusi, memperoleh kekalahan terburuk dalam sejarah parti. Sementara itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula memperoleh dominasi ketara di Sarawak. Walau bagaimanapun, dengan keputusan rasmi (kebanyakan) kerusi Dewan Rakyat pada 20 November 2022, seperti jangkaan popular,[6] tiada gabungan parti yang membentuk majoriti, mencetuskan situasi parlimen tergantung pertama dalam sejarah Malaysia, dan usaha pembentukan kerajaan campuran dijalankan.[7] Akhirnya, ketua PH Anwar Ibrahim dilantik dan diangkat sumpah sebagai Perdana Menteri negara ke-10 pada 24 November, dengan sokongan sampingan daripada BN, GPS, GRS,[8] Warisan, PBM dan calon bebas.[9]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya terdahulu[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018 menyaksikan perubahan kerajaan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sejak pilihan raya pertama kali diadakan pada tahun 1955. Pakatan Harapan, yang dahulunya merupakan pakatan kiri tengah antara empat parti, memenangi 113 kerusi di Dewan Rakyat (majoriti dua kerusi) berbanding Barisan Nasional, satu gabungan haluan kanan, yang hanya memenangi 79 kerusi. Pakatan Harapan menerajui kerajaan di peringkat persekutuan dengan sokongan dari Parti Warisan Sabah. Pilihan raya negeri serentak juga menyaksikan Pakatan Harapan memperoleh majoriti buat pertama kalinya di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Parlimen tergantung terjadi di Kedah, Perak dan Sabah. Namun, perubahan keanggotaan parti ahli dewan undangan negeri selepas pilihan raya membolehkan Pakatan Harapan (atau Parti Warisan Sabah di Sabah) juga menjadi kerajaan di negeri-negeri ini.

Peristiwa-peristiwa penting[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai 2019, Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019, yang mengandungi peruntukan untuk menurunkan umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dan membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik, telah digubal oleh Parlimen.[10] Namun, peruntukan itu belum berkuat kuasa dan sedang menunggu proklamasi oleh Yang di-Pertuan Agong. Pada bulan Jun 2020, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa persiapan untuk perubahan-perubahan ini akan selesai menjelang bulan Julai 2021.[11]

Keabsahan persempadanan semula kawasan pilihan raya untuk seluruh negara pada tahun 2018 adalah pada tahun 2019 yang dikaji semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,[12] yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Persempadanan semula telah diluluskan dua bulan sebelum pilihan raya terdahulu, yang menyaksikan pengagihan tidak sekata yang sangat besar antara kawasan-kawasan pilihan raya. Sebagai contoh, di Selangor, Sabak Bernam mempunyai kira-kira 40,000 pengundi tetapi Bangi mempunyai 180,000 pengundi. Namun, sebarang pengagihan semula awal memerlukan pindaan perlembagaan, yang memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.[13] Status kajian semula itu pada masa ini tidak diketahui kerana perubahan dalam kerajaan semasa kemelut politik yang akan dijelaskan di bawah.

Pandemik COVID-19 di Malaysia muncul sebagai krisis kesihatan utama dari awal 2020. Ia memberi kesan yang besar terhadap ekonomi dan masyarakat.[14]

Kemelut politik (2020–22)[sunting | sunting sumber]

Pada akhir bulan Februari 2020, Perdana Menteri Ke - 7, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengundurkan diri sebagai perdana menteri, menyebabkan kekosongan kuasa di cabang eksekutif. Sebilangan besar daripada 32 ahli parlimen PPBM menarik diri dari kerajaan gabungan pimpinan PH, menyebabkannya kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, dan telah bekerjasama dengan BN.[15] Pada 1 Mac, Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Perdana Menteri Ke - 8, dan satu kerajaan minoriti PPBM dan pimpinan BN telah dibentuk. Pada 20 Ogos, Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Perdana Menteri, selepas peletakan jawatan Muhyiddin Yassin.[16]

Sistem pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya di Malaysia dijalankan di peringkat persekutuan dan negeri. Pilihan raya persekutuan bertujuan untuk memilih ahli Dewan Rakyat, dewan rendah Parlimen, manakala pilihan raya negeri di setiap 13 negeri bertujuan memilih ahli Dewan Undangan Negeri masing-masing. Memandangkan kerajaan Malaysia mengamalkan sistem Westminster, ketua kerajaan (Perdana Menteri di peringkat persekutuan dan Menteri Besar atau Ketua Menteri di peringkat negeri) ialah individu yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dalam badan perundangan masing-masing dan ini kebiasaannya pemimpin parti atau gabungan dengan majoriti kerusi di badan perundangan.

Dewan Rakyat terdiri daripada 222 ahli, yang dikenali sebagai Ahli Parlimen. Mereka dipilih untuk penggal lima tahun. Setiap Ahli Parlimen dipilih dari satu kawasan dengan menggunakan sistem pengundian pemenang undi terbanyak. Sekiranya satu parti memperoleh majoriti kerusi, maka parti itu berhak membentuk kerajaan-, dengan pemimpinnya menjadi Perdana Menteri. Sekiranya parlimen tergantung, di mana tidak ada satu pun parti yang memperoleh majoriti kerusi, kerajaan masih dapat terbentuk melalui gabungan atau perjanjian keyakinan dan pembekalan dengan parti-parti lain. Dalam praktiknya, gabungan dan pakatan di Malaysia umumnya berlaku antara pilihan raya, dan ahli-ahli parti biasanya tidak bertanding untuk kerusi yang sama.

Umur kelayakan mengundi terkini adalah 21 walaupun umur 18 dianggap orang dewasa di Malaysia. Malaysia pada masa ini tidak mewajibkan pengundian dan pendaftaran pengundi automatik. Walaupun Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang memperuntukkan usia pengundian diturunkan kepada 18 dan untuk pendaftaran pengundi secara automatik digubal pada bulan Julai 2019, peruntukan itu belum berkuat kuasa dan sedang menunggu proklamasi oleh Yang di-Pertuan Agong. Suruhanjaya Pilihan Raya, badan yang bertanggungjawab menjalankan pilihan raya persekutuan dan negeri, berkata persiapan untuk perubahan-perubahan ini akan selesai menjelang Julai 2021. Suruhanjaya Pilihan Raya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Pembubaran Parlimen dan DUN[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Mula penggal Tamat penggal Tarikh wajib pilihan raya

(sebelum/pada)

Status Pembubaran Dewan Undangan Negeri
Kedah Kedah 17 Julai 2018 4 Julai 2023 Kerajaan negeri tidak berniat membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing.[nb 17][nb 18][17]
Kelantan Kelantan 23 Julai 2018 28 Jun 2023 Mac 2023
Terengganu Terengganu 2 Julai 2018 1 Julai 2023
Negeri Sembilan Negeri Sembilan 2 Julai 2018 2 Julai 2023
Selangor Selangor 3 September 2018 26 Jun 2023
Pulau Pinang Pulau Pinang 25 September 2018 2 Ogos 2023
Perlis Perlis 25 Julai 2018 20 Julai 2023 14 Oktober 2022 Menteri Besar Perlis, Azlan Man mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perlis pada 14 Oktober 2022 setelah mendapat kebenaran daripada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.[18]
Pahang Pahang 2 Julai 2018 14 Oktober 2022 Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail telah menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan mendapat perkenan baginda bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14.[19]
Perak Perak 6 Ogos 2018 17 Oktober 2022 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 dibubarkan berkuatkuasa 17 Oktober 2022 setelah Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad melalui sidang akhbar di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak ke 14.[18]
Melaka Melaka 27 Disember 2021 27 December 2026 Belum mencapai tempoh matang.[nb 19][nb 20][nb 21][nb 22]
Johor Johor 12 Ogos 2022 21 April 2027
Sabah Sabah 12 November 2020 9 Oktober 2025
Sarawak Sarawak 12 Febuari 2022 14 Febuari 2027

Tarikh-tarikh penting[sunting | sunting sumber]

Tarikh-tarikh penting pilihan raya umum Malaysia 2022
Tarikh Kejadian
10 Oktober 2022 Pembubaran Parlimen Malaysia
20 Oktober 2022 Pengumuman hari mengundi dan tarikh penting lain
20 Oktober 2022 Pengeluaran writ pilihan raya
5 November 2022 Hari pencalonan
5 November 2022 – 18 November 2022 Tempoh berkempen
15 November 2022 Hari pengundian awal
19 November 2022 Hari mengundi

Kempen dan isu pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Slogan kempen[sunting | sunting sumber]

Slogan-slogan utama yang diutarakan gabungan-gabungan parti adalah seperti di bawah:

Gabungan parti Slogan Ruj.
BN Kestabilan dan Kemakmuran [20]
PH Kita Boleh [21]
PN Prihatin, Bersih dan Stabil [22]
GTA Malaysia Unggul dan Bermaruah
GRS Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper, Sabah Unity [23]
GPS Utamakan Sarawak [24][25]

Pembubaran awal dan pemasaan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Ahli politik pembangkang, penganalisis politik dan ulasan dalam talian telah mengkritik keputusan untuk mengadakan pilihan raya pada penghujung 2022 dan bukannya awal 2023 kerana bertembung dengan musim monsun akhir tahun.[26][27][28] Dengan Malaysia masih pulih daripada banjir serius pada tahun sebelumnya, ahli politik pembangkang menuduh kerajaan yang memerintah tidak bertimbang rasa terhadap para mangsa. Pihak parti pembangkang juga menuduh pemasaan ini sebagai cubaan disengajakan untuk mengekang peratusan undian tinggi yang berpotensi menguntungkan parti pembangkang.[29][30] Sebagai tindak balas, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, yang menyatakan bahawa pilihan raya akan diteruskan walaupun terdapat kebimbangan banjir di seluruh negara,[27] dengan menuduh parti pembangkang sebagai "pengecut" dan "ingin mereka membeli masa" untuk mendapatkan sokongan tambahan, sambil menambah bahawa kenyataannya telah diambil di luar konteks.[31][32]

Keputusan pembubaran awal parlimen juga dilihat oleh beberapa ahli politik pembangkang lain sebagai usaha untuk menghalang lebih ramai ahli politik BN pemerintah daripada terkena dakwaan korupsi, atau usaha dalam pengampunan ahli politik yang dipenjarakan seperti bekas perdana menteri Najib Razak yang telah didapati bersalah atas peranannya dalam skandal 1MDB.[33] Dalam ucapan Zahid Hamidi dalam mesyuarat agung komponen BN, Kongres India Malaysia, Zahid memberi amaran bahawa lebih ramai ahli politik BN akan dipenjara sekiranya BN kalah dalam pilihan raya.[34][35] Ismail Sabri Yaakob juga didakwa tunduk terhadap tekanan rakan sejawat UMNO untuk membubarkan parlimen, tetapi dinafikannya.[36]

Akibatnya, pertembungan PRU dengan musim tengkujuh ialah faktor utama keengganan kerajaan negeri milik pembangkang untuk membubarkan ADUN masing-masing, dengan hujah untuk menumpukan perhatian kepada nasib rakyat dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir akhir tahun lazim.[37] Sementara itu, sebilangan pihak seperti Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah lebih menerima keputusan perlaksanaan pilihan raya secara awal, dan melihatnya sebagai penawar perlu kepada ketidakstabilan politik semasa negara.[38]

Penurunan usia pengundian[sunting | sunting sumber]

PRU15 adalah pilihan raya umum pertama Malaysia di mana umur minimum mengundi ialah 18 tahun berbanding 21 tahun sebelum ini. Kira-kira 6 juta pengundi baharu, sama ada muda atau sebelum ini tidak berdaftar, dijangka menyertai pilihan raya.[39] Kumpulan umur 18-20 tahun mewakili 1.39 juta pengundi kali pertama, dan pengundi berumur 18-39 tahun menyumbang kira-kira separuh daripada 21 juta pengundi berdaftar Malaysia.[40]

Para pemimpin parti[sunting | sunting sumber]

Nama Ideologi Pemimpin Kerusi Dewan
Rakyat ke-14
Keputusan 2022
Undian (%) Kerusi
BN Barisan Nasional Konservatisme kebangsaan Zahid Hamidi 35.5%
79 / 222
30 / 222
PH Pakatan Harapan Demokrasi sosial Anwar Ibrahim 50.9%
113 / 222
81 / 222
PN Perikatan Nasional Nasionalisme ekonomi Muhyiddin Yassin Gabungan Baharu
39 / 222
74 / 222
GTA Gerakan Tanah Air Sayap kanan Mahathir Mohamad Gabungan Baharu
0 / 222
0 / 222
GPS Gabungan Parti Sarawak Nasionalisme Sarawak
Hak bumiputera negeri
Abang Johari Tun Openg Gabungan Baharu
19 / 222
23 / 222
GRS Gabungan Rakyat Sabah Nasionalisme Sabah
Hak bumiputera negeri
Hajiji Noor Gabungan Baharu
2 / 222
6 / 222
WARISAN Parti Warisan Regionalisme Mohd Shafie Apdal Parti Baharu
8 / 222
3 / 222
TBA TBA TBA TBA 0.19%
0 / 222
0 / 222
Bebas
0 / 709
2 / 709

Penyandang yang tidak akan bertanding[sunting | sunting sumber]

Senarai Ahli Parlimen ke-14 berikut tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang(belum dikemas kini)

No. Kawasan Parlimen Ahli Yang Berhormat Parti Tarikh disahkan Pertama kali dipilih Sebab
P139 Jasin Ahmad Hamzah BN (UMNO) 20 Disember 2020 2008 Tidak mahu pemilihan semula
P061 Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz 28 Ogos 2021 1995
P085 Pekan Najib Razak 23 Ogos 2022 1976
P073 Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman 2022 2008
P095 Tanjong Karang Noh Omar 2022 1995
P026 Ketereh Annuar Musa 2022 1995
P003 Arau Shahidan Kassim 2022 1986
P086 Maran Ismail Abd Muttalib 2022 2004
P091 Rompin Hasan Arifin 2022 2013
P162 Iskandar Puteri Lim Kit Siang PH (DAP) 20 Mac 2022 1969
P102 Bangi Ong Kian Ming 9 Mei 2022 2013
P046 Batu Kawan Kasthuriraani Patto 20 Oktober 2022 2013
P208 Sarikei Wong Ling Biu 23 Oktober 2022 2013
P089 Bentong Wong Tack 26 Oktober 2022 2018
P015 Sungai Petani Johari Abdul PH (PKR) 2022 2008
P116 Wangsa Maju Tan Yee Kew 18 Oktober 2022 1995
P009 Alor Setar Chan Ming Kai 22 Oktober 2022 2018
P088 Temerloh Mohd Anuar Mohd Tahir PH (AMANAH) 2022 2018
P133 Tampin Hasan Bahrom 2022 2018
P042 Tasek Gelugor Shabudin Yahaya PN (BERSATU) 18 Jun 2022 2013
P093 Sungai Besar Muslimin Yahaya 12 Ogos 2022 2018
P167 Kudat Abd Rahim Bakri 12 Ogos 2022 2004
P092 Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh 12 Ogos 2022 2013
P177 Beaufort Azizah Mohd Dun 12 Ogos 2022 2004
P059 Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal 12 Ogos 2022 2018
P144 Mersing Abdul Latiff Ahmad 16 Oktober 2022 1999
P193 Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar GPS (PBB) 2022 1990
P222 Lawas Henry Sum Agong 2022 1999

Calon[sunting | sunting sumber]

Hari pencalonan PRU15
5 November 2022
Kumpulan Gerakan Rakyat Sabah di Penampang pada hari pencalonan PRU15
Kumpulan GRS di Penampang (P174), Sabah, bersama dengan calon GRS, Kenny Chua Teck Ho (berpakaian tradisional hitam di pusat gambar).
Kumpulan Ikatan Demokratik Malaysia di Tanjung Piai pada hari pencalonan PRU15
Kumpulan MUDA di Tanjung Piai (P165), Johor, bersama dengan calon MUDA, Lim Wei Jiet (tiga dari kanan).

Pilihan raya itu menyaksikan banyak perubahan kerusi dari semua pihak politik, dengan calon sama ada diumumkan keluar dari kawasan asal mereka untuk bertanding di kawasan lain, atau beberapa ahli parlimen berprofil tinggi digugurkan daripada pemilihan. Mereka yang digugurkan atau tidak dipilih bagaimanapun terus bertanding sebagai calon bebas atau dalam parti lawan untuk mempertahankan kerusi mereka ataupun bertanding semula hingga menyebabkan keahlian mereka digugurkan.

Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan mengumumkan hasratnya untuk bertanding di kerusi Rembau, menggantikan penyandang Khairy Jamaluddin, yang dijangka diletakkan dalam kerusi majoriti pembangkang,[41] dengan Khairy disahkan bertanding di kerusi kubu kuat PKR, Sungai Buloh.[42] Selain itu, beberapa penyandang ahli parlimen UMNO berprofil tinggi, termasuk Shahidan Kassim, Annuar Musa dan Tajuddin Abdul Rahman, digugurkan daripada bertanding berikutan khabar angin selepas mereka dipercayai menyokong Ismail Sabri berbanding Zahid Hamidi.[43] Antara yang digugurkan, Zahidi Zainul Abidin, penyandang Padang Besar, bertanding sebagai calon bebas, manakala Shahidan bertanding untuk mempertahankan kerusi Arau sebagai calon PN, menyebabkan keahlian mereka dan beberapa yang lain digugurkan.[44] Dalam langkah yang sama, penyandang PAS Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi bertanding mempertahankan kerusinya dengan tiket BN selepas beliau digugurkan daripada senarai calon, mengakibatkan dirinya dibuang dari PAS.[45]

Selain itu, ketua PH, Anwar Ibrahim bertindak berpindah ke Tambun,[46] dan Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Bandar Tun Razak dalam rancangan PKR untuk meletakkan calon berkedudukan tinggi di kerusi bekas ahli parti.[47] Satu lagi kerusi panas, Gombak, menyaksikan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dicalonkan sebagai calon PH bagi menghadapi penyandang Azmin Ali,[48] salah seorang orang-orang besar dalam krisis politik Malaysia ketika itu.[49] PKR juga menetapkan beberapa orang-orang besar sebagai calon dengan tiket PH.[50] Bekas ahli parlimen Batu Tian Chua, yang tidak dipilih untuk bertanding berbanding penyandang Prabakaran Parameswaran, bertanding semula sebagai calon bebas, dan dibuang parti.[51]

Sementara itu, DAP telah menggugurkan dua penyandang ahli parlimennya, Charles Santiago dan Wong Tack daripada kerusi parlimen masing-masing,[52] dan digantikan oleh calon-calon muda,[53][54] menyebabkan kedua-duanya mempersoalkan kewajaran DAP untuk tidak mencalonkan mereka,[55] dengan Wong bertindak bertanding mempertahankan kerusinya sebagai calon bebas,[56] lalu dibuang parti juga.[57]

Pada 16 November, penyandang dan calon PH Padang Serai, Karupaiya Mutusami meninggal dunia, tiga hari sebelum pilihan raya. Ini ialah kali ketiga dalam sejarah pilihan raya Malaysia bahawa calon meninggal dunia dalam tempoh kempen.[58] Berdasarkan perundangan SPR, satu mesyuarat khas diadakan pada 18 November, sehari sebelum PRU, dan pilihan raya khas di Padang Serai akan diadakan pada 7 Disember, dengan pencalonan pada 24 November.[59]

Tinjauan awam[sunting | sunting sumber]

Sejak 1 Januari 2022[sunting | sunting sumber]

Peninjau Tarikh Kawasan Saiz sampel PH BN PN GPS Warisan MUDA GTA Bebas Tiada Utama Ruj.
Merdeka Centre 5 – 8 Nov 2022 Semenanjung 1,067 35% 21% 22%  –  –  –  –  – 22% PH +13% [60]
Merdeka Center 19 Okt – 28 Okt 2022 Malaysia 1,209 26% 24% 13%  –  –  –  – 2% 35% PH +2% [61]
Endeavour-MGC 8 – 20 Okt 2022 Semenanjung 1,068 23% 31% 15%  –  –  –  –  – 23% BN +8% [62]
O2 Malaysia 5 Okt  – 10 Okt 2022 Malaysia 1,105 39% 26% 17% 4% 3% 4% 1% 7%  – PH +13% [63]
ISEAS 5 Sep  – 30 Sep 2022 Malaysia 805 11% 19% 11%  –  – 9% 1%  – 43% BN +8% [64]
Merdeka Centre setakat 30 Sept 2022 Malaysia N/A 27% 27% 9%  –  –  –  –  – 33% Seri [65]
Ilham Centre 1 Ogos  – 30 Sep 2022 Malaysia 1,622 18% 35% 12%  –  –  –  – 15% 21% BN +17% [66]
Merdeka Centre setakat 30 Julai 2022 Malaysia N/A 23% 28% 13%  –  –  –  –  – 37% BN +5% [65]
Vodus 21 Jul  – 21 Ogos 2022 Semenanjung 74,582 20% 23% 16%  –  –  –  – 5% 37% BN +3% [67]
Sabah 14% 17% 13%  – 14%  –  – 5% 37% BN +3% [68]
Sarawak 17% 13% 14% 33%  –  –  – 4% 20% GPS +16%
Merdeka Centre setakat 31 Mei 2022 Malaysia N/A 26% 29% 14%  –  –  –  –  – 31% BN +3% [65]

Dari 10 Mei 2018 hingga 31 Disember 2021[sunting | sunting sumber]

Peninjau Tarikh Kawasan Saiz sampel PH BN PN GPS Warisan MUDA GTA Bebas Tiada Utama Ruj.
Emir Research Ogos 2020 Malaysia 2,096 10% 47% 27% 2% 2%  – 6%  – 6% BN +20% [69]
Emir Research[tinjau 1] 15 Jan  – 25 Feb 2020 Malaysia 2,002 30% 53%  –  –  –  –  –  –  – BN +23% [70]
Emir Research[nb 19] 5 Sep  – 10 Okt 2019 Malaysia 1,992 43% 39%  –  –  –  –  – 17%  – PH +3% [71]

Pilihan raya umum ke-14[sunting | sunting sumber]

Peninjau Tarikh Kawasan Jumlah undian PH BN GS USA Warisan  –  – Bebas Tiada Utama Ruj.
Pilihan raya umum 9 Mei 2018  – 12,299,514 46% 34% 17% 0.5% 2%  –  – 0.5%  – PH +12%

Nota

  1. ^ Barisan Nasional dikira sebagai Muafakat Nasional.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

s • b Ringkasan keputusan pilihan raya Dewan Rakyat 19 November 2022
Parti Undi Kerusi
Undi % Menang % +/–
PH[a] PH 5,821,750 37.46 81 37.3 32
PKR PKR 2,442,038 41.95 31 14.1 16
DAP[b] DAP 2,422,577 41.61 40 18.2 2
Amanah[c] AMANAH 884,384 15.19 8 3.6 3
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu UPKO 72,751 1.25 2 0.9 1
Ikatan Demokratik Malaysia MUDA 74,392 0 1 0 1
Perikatan Nasional[d] PN 4,666,529 30.35 73 33.2 73
Parti Pribumi Bersatu Malaysia[e] BERSATU 2,102,151 13.55 30 14.93 17
Parti Islam Se-Malaysia[f] PAS 2,259,353 14.56 43 18.10 25
Parti Gerakan Rakyat Malaysia GERAKAN 305,025 1.97 0 0
Barisan Nasional[g] BN 3,455,762 22.27 30 13.57 28
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO 2,549,341 16.43 26 11.76 28
Persatuan Cina Malaysia MCA 665,436 0 2 0.90 1
Kongres India Malaysia MIC 0 0 1 0.45
Parti Bersatu Rakyat Sabah PBRS 23,877 0 1 0.45
Parti Cinta Malaysia PCM 5,417 0 0 0
Parti Makkal Sakti Malaysia MMSP 10,660 0 0 0
Malaysian Indian United Party MIUP 0 0 0 0
Parti Punjabi Malaysia PPM 0 0 0 0
Kongres India Muslim Malaysia KIMMA 21,468 0 0 0
Gabungan Parti Sarawak GPS 662,601 4.27 23 10.41 23
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB 343,954 0 14 6.33 1
Parti Rakyat Sarawak PRS 67,539 0 6 2.26 2
Parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP 167,063 0 2 0.9
Parti Demokratik Progresif PDP 84,045 0 2 0.9 1
Gabungan Rakyat Sabah GRS 246,378 0 6 2.71 6
Parti Gagasan Rakyat Sabah Gagasan Rakyat 94,085 0 4 1.41 4
Parti Bersatu Sabah PBS 65,311 0 1 0.45
Parti Solidariti Tanah Airku STAR Sabah 29,874 0 1 0.45
Parti Progresif Sabah SAPP 5,054 0 0 0
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu USNO 0 0 0 0 Baru
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (rakan sekutu) KDM 52,054 0 1 0.45 Baru
Parti Cinta Sabah (rakan sekutu) PCS 0 0 0 0
Gerakan Tanah Air[h] GTA 0 0 0 0 Baru
Parti Pejuang Tanah Air PEJUANG 0 0 0 0 Baru
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia BERJASA 0 0 0 0
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia[i] PUTRA 0 0 0 0 Baru
Parti Perikatan India Muslim Nasional IMAN 0 0 0 0 Baru
Parti Warisan WARISAN 0 0 0 0
Gabungan Bersatu Sabah GBS 0 0 0 0
Parti Harapan Rakyat Sabah PHRS 0 0 0 0
Parti Perpaduan Rakyat Sabah PPRS 0 0 0 0
Gagasan Rakyat Sarawak PERKASA 0 0 0 0
Parti Bansa Dayak Sarawak PBDS 0 0 0 0 Baru
Parti Sarawak Bersatu PSB 0 0 0 0 Baru
Parti Bumi Kenyalang PBK 0 0 0 0 Baru
Gabungan tak formal PSM-PRM 0 0 0 0
Parti Sosialis Malaysia PSM 1 0 0 0
Parti Rakyat Malaysia PRM 28 0 0 0
  Bebas BEBAS 0 0 0 0
Undi sah TBA
Undi rosak / kertas undi tidak dipulangkan TBA
Jumlah undi (keluar mengundi: TBA) TBA 100 222 100 -
Tidak keluar mengundi 0
Pengundi berdaftar[j] 21,173,638
Keluar mengundi[j] 20,905,366
Undi awal[j] 265,531
Undi pos[j] 2,741
Had umur pengundi[k] (berumur 18 tahun dan ke atas) 21,173,638
Populasi Malaysia[l] (bancian 2020) 32,447,385

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)[72]

Kerusi

  Barisan Nasional (13.5%)
  Pakatan Harapan (36.9%)
  Perikatan Nasional (32.9%)
  Gabungan Parti Sarawak (9.9%)
  Gabungan Rakyat Sabah (2.7%)
  Lain-lain / Bebas (1.4%)
  Warisan (1.4%)
Peratusan undi
Pakatan Harapan
  
0%
Barisan Nasional
  
0%
Perikatan Nasional
  
0%
Gabungan Parti Sarawak
  
0%
Gabungan Rakyat Sabah
  
0%
Gerakan Tanah Air
  
0%
Lain-lain / Bebas
  
0%
Kerusi Dewan Rakyat
Pakatan Harapan
  
36.9%
Perikatan Nasional
  
32.9%
Barisan Nasional
  
13.5%
Gabungan Parti Sarawak
  
9.9%
Gabungan Rakyat Sabah
  
2.7%
Warisan
  
1.4%
Gerakan Tanah Air
  
0%
Lain-lain / Bebas
  
1.8%

Nota

  1. ^ Gunakan simbol Harapan PH pada kertas undi. (seluruh semenanjung Malaysia)
  2. ^ Gunakan simbol roket DAP pada kertas undi di Sarawak (P192 – P222).
  3. ^ Gunakan logo AMANAH pada kertas undi di Sabah.
  4. ^ Gunakan logo tulisan Perikatan Nasional PN pada kertas undi.(Seluruh semenanjung kecuali Kelantan dan Terengganu)
  5. ^ Gunakan simbol bulan PAS pada kertas undi di Kelantan.
  6. ^ Gunakan simbol bulan PAS pada kertas undi di Kelantan dan Terengganu. Bertanding secara berasingan di Sabah.
  7. ^ Gunakan simbol dacing BN pada kertas undi. (Seluruh semenanjung)
  8. ^ Gunakan simbol ڤ iaitu simbol PEJUANG pada kertas undi. (Seluruh semenanjung kecuali Kelantan)
  9. ^ Gunakan simbol tanjak PUTRA pada kertas undi di Kelantan.
  10. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan RV tidak disediakan
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Voting tidak disediakan
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Population tidak disediakan

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "PBRS" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "GRS" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "PSB" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "PBK" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "PBDS" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Kesudahan[sunting | sunting sumber]

Dalam PRU ini, Pakatan Harapan memperoleh kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, manakala Perikatan Nasional memperoleh kejayaan besar dengan 72 kerusi, dengan penguasaan penuh kerusi di Perlis, Kelantan dan Terengganu. PAS selaku ahli PN memenangi bilangan kerusi terbanyak sebagai parti tunggal iaitu sebanyak 49 kerusi manakala DAP dari ahli PH memperoleh 40 kerusi.

Parlimen tergantung dan usaha pembentukan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Dengan tiada parti/gabungan parti yang memperoleh majoriti 112 kerusi, PRU ini membawa kepada parlimen tergantung pertama dalam sejarah Malaysia. Dengan ini, para gabungan parti bertungkus-lumus dalam membentuk suatu gabungan yang dapat mencapai majoriti tersebut. Sejurus selepas keputusan PRU dikeluarkan, kedua-dua ketua parti Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan dan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dari Perikatan Nasional masing-masing mendakwa mereka mempunyai gabungan dengan majoriti yang mencukupi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, tetapi tidak mengesahkan bilangan kerusi dan parti yang disertai.[73][74]

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, memberikan semua pemimpin parti gabungan masa hingga 2 petang, Isnin, 21 November untuk menyerahkan nama calon Perdana Menteri yang disokong mereka kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[75] Walau bagaimanapun, dengan pembinaan gabungan majoriti masih tidak berhasil, tarikh akhir dilanjutkan lagi 24 jam sehingga hari keesokannya.[76]

Pada 22 November, Barisan Nasional mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyokong penggabungan dengan kedua-dua parti sama ada Pakatan Harapqn mahupun Perikatan Nasional dalam pembentukan kerajaan persekutuan.[77] Pada petang hari itu Al-Sultan Abdullah menyeru parti gabungan dari PH dan PN iaitu Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin ke Istana Negara untuk melantik Perdana Menteri.[78][79]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Penngundian di 11 pusat mengundi di Baram ditunda hingga 21 November disebabkan banjir, manakala pengundian di Padang Serai ditunda ke 7 Disember disebabkan kematian calon.
  2. ^ Barisan Nasional menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri mereka, tetapi Ahmad Zahid Hamidi merupakan pemimpin terutama semasa pilihan raya.
  3. ^ Jumlah kerusi dan perkongsian undi yang dimiliki parti yang ketika ini mengganggotai Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan PBRS). Jumlah kerusi dan perkongsian undi yang diperolehi Barisan Nasional seperti mana yang diperolehi pada pilihan raya lepas adalah 79 kerusi dan 33.77%
  4. ^ MUDA bukan parti komponen dalam Pakatan Harapan dan hanya bekerjasama sebagai gabungan pilihan raya.
  5. ^ Kecuali Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang merupakan parti komponen Pakatan Harapan pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 but selepas itu keluar dan menubuhkan Perikatan Nasional pada 2020. Jumlah bilangan kerusi dan perkongsian undi yang diperolehi oleh Pakatan Harapan pada tahun 2018 adalah 113 kerusi dan 45.68%
  6. ^ Gabungan parti baharu yang ditubuhkan pada 2020. Jumlah perkongsian undi untuk BERSATU, PAS, STAR and SAPP dalam pilihan raya lepas adalah sebanyak 23%
  7. ^ Abang Johari Openg sits as an ADUN in the Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk Satok. Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Petra Jaya, adalah ketua GPS di Dewan Rakyat Malaysia.
  8. ^ Parti gabungan baharu yang ditubuhkan pada 2018. Ini adalah jumlah kerusi dan perkongsian undi yang diperolehi oleh PBB, PRS, SUPP dan PDP pada pilihan raya lepas. Semua parti tersebut sebelum ini adalah parti komponen dalam Barisan Nasional.
  9. ^ Parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak tidak mempunyai calon di luar negeri Sarawak (31 kerusi) dan sebab itu tidak boleh mendapat majoriti di Dewan Rakyat Malaysia.
  10. ^ Gabungan Rakyat Sabah tidak mempunyai calon di luar negeri Sabah (25 kerusi) dan sebab itu tidak boleh mendapat majoriti di Dewan Rakyat Malaysia.
  11. ^ PBM kini dalam pertikaian kepimpinan, dengan penyandang presiden Larry Sng mendakwa beliau masih presiden parti, manakala Zuraida Kamaruddin diumumkan sebagai presiden baharu selepas perhimpunan agung parti pada Oktober 2022 tanpa prosedur yang betul, telah diumumkan sebagai calon presiden pada Jun 2022.
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan seat_change tidak disediakan
  13. ^ Wong Soon Koh adalah ADUN dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk Bawang Assan. Masir Anak Kujat, Ahli Parlimen Sri Aman ialah ketua parti PSB dalam Dewan Rakyat Malaysia.
  14. ^ Parti Sarawak Bersatu tidak mempunyai calon di luar negeri Sarawak (31 kerusi) dan sebab itu tidak boleh mendapat majoriti di Dewan Rakyat Malaysia.
  15. ^ Parti Warisan Sabah tidak mempunyai calon di luar negeri Sabah (25 kerusi) dan sebab itu tidak boleh mendapat majoriti di Dewan Rakyat Malaysia.
  16. ^ Pemilihan di Padang Serai (P015) ditangguhkan dari 19 November berikutan kematian calon Pakatan Harapan, Karupaiya Mutusami. Pemilihan di beberapa daerah pengundian Baram (P220) ditunda ke 21 November ditunda akibat cuaca buruk.
  17. ^ Parti PAS telah memutuskan tiga negeri yang dikuasainya, Kelantan, Kedah dan Terengganu, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
  18. ^ Dewan undangan negeri Kelantan akan dibubarkan pada Mac tahun hadapan meskipun Parlimen ke 14 di bubarkan.
  19. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  20. ^ Dewan Undangan Negeri Melaka telah menjalankan Pilihan Raya Negeri ke 15 pada 20 November 2021.
  21. ^ Dewan Undangan Negeri Sarawak telah menjalankan Pilihan Raya Negeri ke 12 pada 18 Disember 2021.
  22. ^ Dewan Undangan Negeri Johor telah menjalankan Pilihan Raya Negeri ke 15 pada 12 March 2022.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ SPR tetapkan 19 November sebagai hari mengundi
  2. ^ a b "Proclamation – Summon the Parliament [P.U. (A) 139/2018]" (PDF). Attorney General's Chamber of Malaysia. 13 June 2018.
  3. ^ Reuters (2022-10-10). "Malaysia PM dissolves parliament". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-10.
  4. ^ "Tiada pilihan raya awal bagi negeri yang dikuasai PAS, kata naib presiden parti". Free Malaysia Today. 6 Jun 2022. Dicapai pada 6 Jun 2022.
  5. ^ Razak, Radzi (20 November 2022). "Perikatan supporters upbeat after clean sweep in Kedah, Kelantan and Terengganu". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 November 2022.
  6. ^ Chen, Heather (18 November 2022). "Malaysia is voting after years of political instability. The result is impossible to predict". CNN. Dicapai pada 20 November 2022.
  7. ^ "PRU15: Tiada parti dapat majoriti mudah kerusi Parlimen - Pengerusi SPR". Astro Awani. 20 November 2022. Dicapai pada 20 November 2022.
  8. ^ Mat Ruzki, Rafidah; Halid, Suzalina (25 November 2022). "Kita sudah ada 'hour' atau capai dua pertiga sokongan - PM". Berita Harian. Dicapai pada 25 November 2022.
  9. ^ "Parliament session on Dec 19, motion of confidence on PM to be tabled - PM Anwar". Bernama. 24 November 2022. Dicapai pada 25 November 2022.
  10. ^ Martin Carvalho; Hemananthani Sivanandam; Rahimy Rahim; Tarrence Tan (16 Julai 2019). "Dewan Rakyat passes Bill to amend Federal Constitution to lower voting age to 18". The Star. Dicapai pada 16 Julai 2019.
  11. ^ "Kenyataan media - Pendaftaran pengundi 18 tahun" (PDF). Suruhanjaya Pilihan Raya. 7 Jun 2020. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 Jun 2020. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  12. ^ Mac 2019, Published 6 months ago on 14. "EC to review redelineation of electoral boundaries approved last year | Malay Mail". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-20.
  13. ^ "Next redelineation exercise only due in 2026, says Hanipa". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 2018-11-22. Dicapai pada 2019-09-20.
  14. ^ "Malaysia declares Covid state of emergency amid political turmoil". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2021-01-12. Dicapai pada 2022-10-11.
  15. ^ Chu, Mei Mei; Latiff, Rozanna; Lee, Liz (2021-08-16). "Malaysian PM Muhyiddin resigns as political crisis escalates". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-11.
  16. ^ "Malaysia appoints third prime minister in as many years". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 2021-08-20. Dicapai pada 2022-10-11.
  17. ^ Majlis Presiden Pakatan Harapan turut memutuskan bahawa kerajaan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang ditadbir Pakatan Harapan tidak akan dibubarkan sehingga tamat tempoh pada tahun 2023
  18. ^ a b "DUN Perak bubar". Sinar Harian. 17 Oktober 2022. Dicapai pada 17 Oktober 2022.
  19. ^ "DUN Pahang bubar hari ini". Utusan Malaysia. MOHAMAD SHOFI MAT ISA. 14 Oktober 2022. Dicapai pada 14 Oktober 2022.
  20. ^ Ali, Farah Shazwani (29 Oktober 2022). "Tema Kestabilan dan Kemakmuran bukan rekaan politik BN". Sinar Harian. Dicapai pada 2 November 2022.
  21. ^ R. Loshewar (2 November 2022). "Anwar launches Pakatan's GE15 election manifesto 'Tawaran Harapan'". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 November 2022.
  22. ^ Shaary, Ahmad Marzuk (30 Oktober 2022). "Bersih dan Stabil: Bukan sekadar slogan". Harakahdaily. Dicapai pada 2 November 2022.
  23. ^ Suraidah, Roslan (8 November 2022). "PRU-15: GRS gariskan empat teras dalam manifesto". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 January 2023.
  24. ^ "It's 'Sarawak First That's GPS' development approach". New Sarawak Tribune. 29 November 2018. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  25. ^ Jeremy Veno (10 Januari 2019). "A guiding light for GPS". The Borneo Post. Dicapai pada 23 Januari 2019. According to Abang Johari, the focal point of the GPS logo depicts the Kenyalang (hornbill) in the shape of an ‘S’ which reflects the vision and slogan of the party of putting ‘Sarawak First’.
  26. ^ "Will you take blame for lost lives if GE held during floods, MP asks Zahid". Free Malaysia Today. 19 September 2022. Dicapai pada 24 Oktober 2022.
  27. ^ a b Hassan, Hakem (2022-09-19). ""We will proceed" - Zahid Hamidi Slammed For Harshly Saying Elections Must Go On Despite Floods - WORLD OF BUZZ". worldofbuzz.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-24.
  28. ^ "Year-end not the right time for GE15, say experts". MalaysiaNow (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-30. Dicapai pada 2022-10-24.
  29. ^ Osman, Hamzah (17 Oktober 2022). "Umno taking advantage of floods to win GE15, says Dr Mahathir". New Straits Times. Dicapai pada 24 Oktober 2022.
  30. ^ Hassan, Hakem (2022-10-16). "DAP Politician Says Govt Purposely Chose to Have GE During Floods in Hopes of Lower Voter Turn-Out - WORLD OF BUZZ". worldofbuzz.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-24.
  31. ^ "Zahid says his comment on floods and GE15 taken out of context". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-24.
  32. ^ "Ahmad Zahid: Opposition are running scared of GE15, trying to buy time with flood, inflation narrative | Daily Express Online - Sabah's Leading News Portal". www.dailyexpress.com.my. 2022-09-27. Dicapai pada 2022-10-24.
  33. ^ Pei Ying, Teoh (12 Oktober 2022). "Kit Siang: GE15 is to save Umno and BN "Court Clusters"". New Straits Times. Dicapai pada 24 Oktober 2022.
  34. ^ Ram, Sadho (12 Oktober 2022). "Zahid Hamidi Warns More BN Politicians Will Face Corruption Charges If Party Loses GE15". SAYS. Dicapai pada 24 Oktober 2022.
  35. ^ Alena (2022-10-12). ""If we lose, we'll all get charged" - M'sians Are Upset After Hearing Zahid Hamidi's Speech About GE15 - WORLD OF BUZZ". worldofbuzz.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-24.
  36. ^ BERNAMA (2022-10-13). "PM Ismail Sabri denies Parliament dissolution was due to pressure from UMNO". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-24.
  37. ^ "GE15: Penang, S'gor, Negri assemblies will not dissolve, says Pakatan presidential council". Nation. The Star (dalam bahasa Inggeris). 15 Oktober 2022. Dicapai pada 15 Oktober 2022.
  38. ^ Muzamir, Muhammad Yusri (10 Oktober 2022). "Agong perkenan pembubaran Parlimen, kecewa dengan perkembangan politik". Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  39. ^ Margues, Clara Ferreira (18 Oktober 2022). "Will Malaysia's Young Voters Use Their Power?". Bloomberg News.
  40. ^ Sipalan, Joseph; Azmi, Hadi (28 Oktober 2022). "Malaysia election: As race heats up to win youth vote, do veteran MPs pass the 'vibe check'?". SCMP.
  41. ^ ZULKIFLI, SYAMILAH (2022-10-16). "Tok Mat mampu menang besar di Rembau: Khairy". Sinar Harian. Dicapai pada 2022-10-29.
  42. ^ Yeong, Ashley (2022-11-01). "BN confirms Khairy for Sungai Buloh in GE15 to loud cheers". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-01.
  43. ^ "GE15: Four ministers among big guns likely dropped from contesting". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-02.
  44. ^ November 07, Bernama / Bernama; Pm +08, 2022 20:48 (2022-11-07). "Shahidan, Zahidi, Ismail and Azhar expelled from Umno — Ahmad Maslan". The Edge Markets. Dicapai pada 2022-11-16.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  45. ^ "PAS leaders contesting under different banner are automatically expelled, says Hadi". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-16.
  46. ^ "GE15: Anwar to contest in Tambun parliamentary seat". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-30.
  47. ^ Team, Malaysiakini (2022-09-23). "PKR likely to field big guns against 'pengkhianat', says Anwar". Malaysiakini. Dicapai pada 2022-10-29.
  48. ^ Yi, Alena Nadia & Ng Xiang (2022-10-28). "Selangor MB Amirudin to take on Azmin in Gombak, others dropped". Malaysiakini. Dicapai pada 2022-10-30.
  49. ^ "PKR announces its candidates for GE15". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-29.
  50. ^ Razak, Radzi (2022-10-26). "Nik Aziz's son among seven key community leaders announced as PKR's GE15 candidates". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-29.
  51. ^ "GE15: Tian Chua to be sacked from PKR for running as an independent, says Anwar". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-16.
  52. ^ "Charles Santiago dropped in Klang". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-29.
  53. ^ Jun, Soo Wern (2022-10-26). "GE15: Loke confirms Wong Tack out, Young Syefura in for Bentong contest". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-29.
  54. ^ "DAP drops Santiago, Kota Kemuning rep Ganabatirau to stand in Klang". The Vibes (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-26. Dicapai pada 2022-10-29.
  55. ^ "Dropped duo fire salvos at DAP". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-29.
  56. ^ Ong, Justin (2022-10-26). "Dropped in Bentong, Wong Tack goes solo to take on DAP's Rara". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-29.
  57. ^ "以独立人士上阵文冬 黄德被开除党籍! - 全国大选 - 最新消息". 星洲网 Sin Chew Daily Malaysia Latest News and Headlines (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2022-11-16.
  58. ^ "GE15: Padang Serai ballot likely to be delayed". The Vibes (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-16. Dicapai pada 2022-11-16.
  59. ^ Bernama (2022-11-16). "EC to meet on Friday to fix date for Padang Serai contest". Malaysiakini. Dicapai pada 2022-11-16.
  60. ^ "Malaysia GE: Pollster finds PH is preferred ruling coalition, PN has most Malay support | The Straits Times". www.straitstimes.com (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-11. Dicapai pada 2022-11-14.
  61. ^ "Kajian: BN ekori rapat PH dari segi kecenderungan pengundi". Malaysiakini. 4 November 2022. Dicapai pada 4 November 2022.
  62. ^ Mohamad Radhi, Nor Ain (13 November 2022). "Polls: Ismail Sabri is top choice for PM after GE15". New Straits Times. Dicapai pada 14 November 2022.
  63. ^ "[INFOGRAFIK] Tinjauan awam menjelang PRU15: Apa yang rakyat mahu? (sehingga 10 Oktober)". Astro Awani. Dicapai pada 2022-10-30.
  64. ^ "Polarised but Hopeful: How Malaysia's Gen Zs May Vote and Why". ISEAS. Dicapai pada 4 November 2022.
  65. ^ a b c "Merdeka Center Pre-Election National Survey Highlights". Merdeka Center for Opinion Research (dalam bahasa Inggeris). 4 November 2022. Dicapai pada 6 November 2022.
  66. ^ Haika Mat Khazi, Mohd Faizul (31 Oktober 2022). "Kunci kemenangan sudah jelas". Sinar Harian. Dicapai pada 31 Oktober 2022.
  67. ^ "Peninsular Malaysia GE15 Election Poll Prediction". September 21, 2022. Dicapai pada October 18, 2022.
  68. ^ "Sabah & Sarawak GE15 Election Poll Prediction". vodus.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-19.
  69. ^ @AsiaElects (19 November 2020). "Malaysia, EMIR Research poll: UMNO (Conservative): 43% (+22) PAS (Islamist): 16% (-1) BERSATU (Conservative): 8% (+2) PEJUANG (Centrist): 6% PKR (Liberal): 5% (-12) DAP (Centre-left): 4% (-15)...+/- vs 2018 election Fieldwork: 08/2020 Saiz sampel: 2,096" (Twit) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Oktober 2022 – melalui Twitter.
  70. ^ @AsiaElects (24 Julai 2020). "Malaysia, EMIR Research poll: 'UMNO/PAS'-Conservative/Islamist: 53% (+13) PH-Centrist: 30% (-12)..." (Twit) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2020. Dicapai pada 13 Oktober 2020 – melalui Twitter.
  71. ^ @AsiaElects (29 Disember 2019). "Malaysia, EMIR Research poll: PH-Centrist: 42% (-6) MN-Conservative: 39% (-12) Independents: 17% (+16)..." (Twit) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2019. Dicapai pada 13 Oktober 2020 – melalui Twitter.
  72. ^ "Dashboard PRU 14". Pilihan Raya Umum Malaysia 14. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 11 May 2018.
  73. ^ Azaman, Afiezy (20 November 2022). "PRU15: Pakatan Harapan peroleh majoriti mudah bentuk kerajaan - Anwar". Astro Awani. Dicapai pada 22 November 2022.
  74. ^ "Muhyiddin: I have the numbers to be PM". The Star. 20 November 2022. Dicapai pada 21 November 2022.
  75. ^ "GE15: Istana Negara wants parties to submit finalized coalitions and PM candidate by 2pm tomorrow". New Straits Times. 20 November 2022. Dicapai pada 21 November 2022.
  76. ^ "Deadline for Malaysia coalitions to present numbers, propose PM candidates extended to Tuesday: Palace". CNA. 21 November 2022. Dicapai pada 21 November 2022.
  77. ^ "GE15: Ismail Sabri: BN won't support any coalition to form federal govt". New Straits Times. 22 November 2022. Dicapai pada 22 November 2022.
  78. ^ "Malaysia election latest: Impasse continues; Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin to meet king at 4.30pm". South China Morning Post. 22 November 2022. Dicapai pada 22 November 2022.
  79. ^ Rosli, Hafizi (22 November 2022). "Pasca PRU15: 30 Ahli Parlimen BN menghadap Agong secara individu esok". Astro Awani. Dicapai pada 22 November 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Manifesto[sunting | sunting sumber]