Pilihan raya umum Myanmar 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya umum Myanmar 2010

← 1990 7 November 2010 2015 →

330 (daripada 440) kerusi Pyithu Hluttaw
dan 168 (daripada 224) kerusi Amyotha Hluttaw
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Thein Sein Tun Yi Than Nyein
Parti USDP National Unity Party (Burma) National Democratic Force

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Thein Sein
USDP

Bakal PM

Thein Sein
USDP

Pilihan raya umum Myanmar 2010 berlangsung pada 7 November 2010, menurut perlembagaan baru yang diluluskan dalam pungutan suara pada 2008. Pilihan raya itu yang diadakan buat pertama kali dalam tempoh dua dekad setelah kemenangan yang dinafikan oleh pihak junta tentera Myanmar pada 1990 ketika Aung San Suu Kyi berjaya memenangi pilihan raya ketika itu. Pilihan raya ini akan melantik wakil-wakil dalam Dewan Negara (224 kerusi) dan Dewan Rakyat (440 kerusi) serta 14 badan perundangan daerah.

Pilihan raya umum ini merupakan langkah kelima daripada tujuh "peta jalan ke demokrasi" yang dicadangkan Majlis Keamanan dan Pembangunan Negara Myanmar (SPDC) pada 2003,[1][2] Bagaimanapun, Liga Demokrasi Kebangsaan memboikot pilihan raya ini.

Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan mengisytiharkan kemenangan, selepas sekurang-kurangnya dua parti lawan mengaku kalah.

Proses ke arah pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Majlis Keamanan dan Pembangunan Negara (SPDC) Myanmar yang dianggotai pemimpin junta yang diketuai Jeneral Than Shwe telah mempromosikan pilihan raya ini sebagai langkah kelima 'Peta Laluan Demokrasi' yang mempunyai tujuh tahap. Bekas Perdana Menteri, Jeneral Khin Nyunt, pada 30 Ogos 2003, menggariskan tujuh langkah berhubung: mengadakan semula Konvensyen Kebangsaan yang pernah ditunda sebelumnya; melaksanakan secara bertahap proses mewujudkan demokrasi tulen dan berdisiplin; melakar perlembagaan baru; melaksanakan perlembagaan itu melalui satu referendum; mengadakan pilihan raya bebas dan adil bagi melantik dewan perundangan negara; membentuk dewan perundangan; dan membina sebuah negara moden, maju dan demokratik.

Beberapa syarat perihal penyertaan parti politik dalam pilihan raya serta langkah memperuntuk seperempat atau 25 peratus daripada jumlah kerusi dalam semua dewan perundangannya - Dewan Negara (224 kerusi) dan Dewan Rakyat (440 kerusi) - kepada pegawai tentera yang bakal dilantik panglima besar tentera Myanmar, mengukuhkan dakwaan itu. Rejim tentera didakwa mahu memastikan mereka dan kroni-kroninya kekal menguasai kepimpinan politik, kehakiman, perundangan dan ekonominya dalam tempoh lebih panjang. Di bawah perlembagaan baru, hanya 168 daripada 224 kerusi Dewan Negara dan 330 daripada 440 kerusi Dewan Rakyat boleh direbut calon politik awam.

Pemulauan oleh Suu Kyi[sunting | sunting sumber]

Parti pembangkang utama Myanmar, Parti Demokrasi Liga Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi yang kini dalam tahanan di rumah, telah memutuskan untuk memulaukan pilihan raya umum Myanmar 2010 mencabar keputusan rejim tentera negara itu. Beliau berpendapat undang-undang pilihan raya yang diumumkan rejim tentera Myanmar sebagai tidak adil dan bercanggah dengan amalan demokrasi. Mengikut undang-undang baru pilihan raya yang diumumkan oleh junta tentera, mereka yang didapati bersalah kerana terlibat dalam jenayah atau pernah dipenjarakan dilarang bertanding sebagai calon. Tarikh pilihan raya yang dipilih junta juga merupakan satu tamparan simbolik kepada peluang Suu Kyi bertanding kerana ia dibuat beberapa hari sebelum tempoh tahanan di rumah ke atas Suu Kyi tamat pada 13 November 2010.

Parti bertanding[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 19 parti telah mendaftarkan penyertaan dalam pilihan raya kali ini tanpa parti pimpinan Suu Kyi. Parti-parti itu termasuk tiga daripada 10 parti yang sedia ada dan 16 buah parti baru, yang mana kebanyakannya disokong oleh pentadbiran junta.

Perjalanan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Myanmar enggan membenarkan pemerhati asing atau media antarabangsa masuk menyaksikan perjalanan.

Pasca pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Kira-kira 20,000 penduduk Myanmar melarikan diri ke Thailand berikutan pertempuran tercetus antara puak pemberontak dan tentera Myanmar di sempadan Myanmar-Thailand. Keganasan itu meletus susulan pilihan raya umum yang didakwa tidak bebas dan adil bagi membolehkan kerajaan junta tentera mengekalkan kuasa di negara itu. Kumpulan pemberontak dari Tentera Buddha Karen Demokratik (DKBA) menyerbu dan mengambil alih bangunan utama kerajaan di Myawaddy, Myanmar, iaitu merentangi daerah Mae Sot.

Rujukan[sunting | sunting sumber]