Pergi ke kandungan

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955

27 Julai 1955 1959 →

52 daripada 98 kerusi dalam Majlis Perundangan Persekutuan
27 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar1,280,855
Pengundi hadir80.2%
  Parti pertama Parti kedua
 
Pemimpin Tunku Abdul Rahman Abbas Alias
Parti UMNO PMIP
Gabungan Perikatan
Kerusi yang
dimenangi
51 1
Undian popular 818,013 40,667
Peratusan 81.68% 4.06%

Keputusan mengikut kawasan

Ketua Menteri dipilih

Tunku Abdul Rahman
Perikatan

Pilihan raya umum telah diadakan di Persekutuan Tanah Melayu pada Rabu, 27 Julai 1955, satu-satunya pilihan raya umum sebelum kemerdekaan pada 1957. Pilihan raya ini dianjurkan bagi memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan, yang mana sebelum ini anggotanya dilantik sepenuhnya oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Proses pengundian berlaku di kesemua 52 kawasan persekutuan, bagi memilih seorang anggota. Pilihan raya negeri pula diadakan di setiap 136 kawasan negeri di 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat dari 10 Oktober 1954 hingga 12 November 1955, bagi memilih seorang ahli majlis bagi Majlis Perundangan Negeri.

Pilihan raya ini memberikan keputusan kemenangan besar buat Parti Perikatan, sebuah kerjasama antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC), dan kekalahan yang besar buat Parti Negara. Parti Islam Se-Tanah Melayu turut berhasil menempatkan seorang wakil dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Parti Perikatan berjaya membentuk kerajaan dengan pemimpinnya, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.

Pilihan raya ini juga menampilkan MIC yang bertanding buat pertama kali dalam pilihan raya. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.

30 calon Perikatan memperoleh majoriti melebihi 10,000 undi. Sembilan daripadanya memperoleh majoriti melebihi 20,000 undi. 43 lawan mereka hilang deposit.

Garis masa

[sunting | sunting sumber]

Majlis Perundangan Persekutuan

[sunting | sunting sumber]
  • Hari penamaan calon: 15 Jun 1955
  • Hari mengundi: 27 Julai 1955

Majlis Negeri

[sunting | sunting sumber]
Negeri Hari penamaan calon Hari mengundi
 Johor 1 September 1954 10 Oktober 1954
 Terengganu 29 Oktober 1954
 Pulau Pinang 13 Januari 1955 19 Februari 1955
 Melaka 4 Ogos 1955 nil
 Kedah 14 Ogos 1955 nil
 Selangor 11 Ogos 1955 27 September 1955
 Kelantan 15 Ogos 1955 19 September 1955
 Perlis 17 Ogos 1955 24 September 1955
 Pahang 25 Ogos1955 26 September 1955
 Negeri Sembilan 8 September 1955 12 Oktober 1955
 Perak 1 Oktober 1955 12 November 1955

Pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Pada hari penamaan calon, seramai 129 calon yang bertanding di setiap 52 kawasan. Parti Perikatan mencalonkan wakil mereka di kesemua kawasan, terdiri daripada 35 orang calon Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), 15 orang calon Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan dua calon Persatuan India Tanah Melayu (MIC). Seramai 30 orang calon mewakili Parti Negara. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP) pula menghantar 11 orang calon. Parti Buruh Malaya pula menghantar empat orang calon. Terdapat juga 18 orang calon bebas.[1]

Di Perak, beberapa parti tempatan turut menghantar pencalonan mereka, iaitu Persatuan Kebangsaan Perak (NAP) yang menghantar sembilan calon, Liga Melayu Perak (PML) dengan tiga orang calon dan Parti Progresif Perak (PPP) yang diwakili dua orang calon. Hanya seorang wanita yang menghantar pencalonan, iaitu Halimahton Abdul Majid yang menjadi calon Perikatan di Ulu Selangor. Seorang calon Perikatan menang tanpa bertanding di Pulau Pinang.[1]

Negeri Parti Perikatan Negara PMIP Buruh NAP PML PPP Bebas
UMNO MCA MIC Jumlah
 Johor 4 3 1 8 8 1
 Kedah 4 2 6 4 1 2
 Kelantan 5 5 4 3 3
 Melaka 1 1 2 1 1
 Negeri Sembilan 2 1 3 3 1
 Pahang 3 3 1 2
 Perak 6 3 1 10 3 2 9 3 2 4
 Perlis 1 1 1
 Pulau Pinang 2 2 4 1 1 2
 Selangor 4 3 7 7 2 1 1
 Terengganu 3 3 3
Jumlah 35 15 2 52 30 11 4 9 3 2 18

Keputusan

[sunting | sunting sumber]
Poster pemenang bagi setiap kawasan.

Parti Perikatan berjaya meraih lebih 80 peratus daripada jumlah undi dan memenangi 51 daripada kesemua 52 kerusi yang dipertandingkan. PMIP memenangi satu kerusi iaitu Krian di Perak.

Ringkasan keputusan pilihan raya umum Tanah Melayu 1955: Parlimen

Parti atau gabungan Undi % Kerusi
Parti Perikatan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 589,933 58.90 34
Persatuan Cina Malaya 201,212 20.09 15
Kongres India Malaya 26,868 2.68 2
Jumlah 818,013 81.68 51
Parti Negara 78,909 7.88 0
Parti Islam Se-Tanah Melayu 40,667 4.06 1
Persatuan Kebangsaan Perak 20,996 2.10 0
Liga Melayu Perak 5,433 0.54 0
Parti Buruh Malaya 4,786 0.48 0
Parti Progresif Perak 1,081 0.11 0
Bebas 31,642 3.16 0
Jumlah 1,001,527 100.00 52
Undi sah 1,001,527 97.50
Undi rosak/kosong 25,684 2.50
Jumlah undi 1,027,211 100.00
Pengundi berdaftar 1,280,855 80.20
Source: The Malayan Elections, Francis G. Carnell.[2][1][2][3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "129 Candidates To Contest 52 Seats". Indian Daily Mail. 16 Jun 1955. Dicapai pada 30 April 2025 – melalui NewspaperSG.
  2. ^ Carnell, Francis G. (December 1955). "The Malayan Elections". Pacific Affairs. University of British Columbia. 28 (4): 315. doi:10.2307/3035316. ISSN 0030-851X. JSTOR 3035316.
  • Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia, The MacMlllan Press Ltd. (1982). ISBN 0-333-276736.
  • The World Book Encyclopedia, World Book International (1994). ISBN 0-7166-6694-4.