Pinang Tunggal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pinang Tunggal merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di tebing Sungai Muda, Pulau Pinang.

Pada masa silam kebanyakan perjalanan menggunakan perahu atau rakit melalui sungai. Jadi tempat-tempat di sepanjang sungai dikenali oleh perkara perkara unik di tepi sungai. Kedapatan satu pokok pinang di tepi sungai menjadikan kampung in dinamakan Kampung Pinang Tunggal. Dalam filem Tan Sri P. Ramlee, latar belakang kehidupan di sini mengilhamkan watak pendekar Pinang Sebatang dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Kampung ini terletak di dalam kawasan parlimen Kepala Batas. Kedudukan Pinang Tunggal di penjuru timur laut Seberang Perai menjadikan kedudukannya amat strategik dan tercatat di dalam sejarah awal Pulau Pinang. Pinang Tunggal terbahagi dua apabila Francis Light mengambil Seberang Perai atau dikenali sebagai Province Wellesley dalam tahun 1800. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari British,Pinang Tunggal kekal sebagai dua buah kampung di dalam negeri yang berbeza iaitu Pulau Pinang dan Kedah.Pinang Tunggal dalam negeri Pulau Pinang lebih terkenal kerana kedudukannya dalam wilayah kolonial British dan banyak peninggalan sejarah boleh di dapati di sini.

Jalan ke Pinang Tunggal

Antara penempatan yang terletak di kawasan Pinang Tunggal ialah:

  1. Kampung Siam
  2. Lembah Raja
  3. Sungai Korok
  4. Ekor Kuching

Terdapat dua buah sekolah rendah di Pinang Tunggal iaitu:

  1. Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Hwa