Pergi ke kandungan

Pindaan 2020 Perlembagaan Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vladimir Putin, pembentang pindaan 2020 perlembagaan Rusia

Pindaan 2020 Perlembagaan Rusia dibentangkan pada Januari 2020 oleh Presiden Rusia Vladimir Putin. Kemudian, pada Mac 2020, cadangan ini dipersetujui oleh Duma Negara dan ditandatangani oleh Putin. Beliau kemudian mengadakan referendum perlembagaan dari 25 Jun hingga 1 Julai 2020, dan keputusannya menunjukkan bahawa sekitar 78% menyokong perubahan tersebut. Pindaan ini kemudian berlaku pada 4 Julai 2020.[1] Referendum ini sebenarnya tidak diwajibkan oleh Perlembagaan Rusia, kerana menurut Bab 9 Perlembagaan, hanya perubahan terhadap Bab 1, 2, dan 9 yang perlu disahkan melalui referendum, dan pindaan 2020 tidak menyentuh perkara-perkara dalam bab-bab tersebut. Walaupun begitu, terdapat kemungkinan bahawa pemerintah Rusia mengadakan referendum untuk memperoleh pengesahan rakyat, dan istilah yang digunakan ialah "pemungutan suara di seluruh Rusia" (obshcherossiiskoe golosovanie) yang tidak memiliki kekuatan undang-undang dalam undang-undang Rusia.[2]

Pindaan ini memperkuatkan kewibawaan presiden dan pemerintah pusat atas pemerintah daerah serta mengurangkan kebergantungan keadilan di Rusia.[1] Pindaan ini juga menegaskan bahawa Perlembagaan Rusia memiliki kedudukan yang lebih tinggi daripada keputusan yang diambil oleh keadilan antarabangsa (seperti Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah).[3]

Pindaan 2020 membenarkan Putin untuk kembali sebagai presiden setelah tempoh jawatannya berakhir pada tahun 2024. Sebelum pindaan ini, Putin telah memenang jawatan sebagai presiden selama dua penggal berturut-turut dari 2012, sehingga beliau sepatutnya tidak dapat bertanding selepas 2024. Dengan menghapuskan ayat "secara berturut-turut" dalam Perkara 81(3) Perlembagaan Rusia, tempoh jawatan yang dihitung dari versi perlembagaan sebelumnya diulang dari nol, sehingga Putin dapat bertanding lagi sebanyak dua kali dan secara teorinya dapat melanjutkan tempoh jawatan sebagai presiden sehingga 2036.[4]

Pindaan ini turut menambah perkara yang merujuk kepada sejarah panjang Rusia dan penghormatan terhadap "nenek moyang yang menganugerahkan kepada kami cita-cita dan kepercayaan akan Tuhan". Selain itu, pindaan 2020 mendefinisikan perkajwinan sebagai ikatan antara lelaki dan perempuan, sehingga secara berkesan melarang perkahwinan sejenis. Ditambah pula dengan perkara yang menyatakan bahawa anak-anak merupakan keutamaan negara dan sebaiknya dibesarkan agar menjadi sihat, patriotik, dan hormat kepada orang tua. Pindaan ini juga menambah perkara yang berikrar untuk melindungi sejarah (terutama yang berkaitan dengan sejarah Perang Dunia II), perkara yang menetapkan bahasa Rusia sebagai satu-satunya "bahasa bangsa pembentuk negara", perkara yang melarang penyerahan wilayah Rusia kepada negara lain, serta perkara yang mewajibkan Rusia untuk menyokong rakan sebangsanya di luar negeri.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Teague 2020, m/s. 301.
  2. ^ Noble & Petrov 2021, m/s. 133–134.
  3. ^ Mälksoo, Lauri (Januari 2021). "International Law and the 2020 Amendments to the Russian Constitution". American Journal of International Law (dalam bahasa Inggeris). 115 (1): 78–93. doi:10.1017/ajil.2020.87. ISSN 0002-9300.
  4. ^ Teague 2020, m/s. 307.
  5. ^ Teague 2020, m/s. 306.

Sumber[sunting | sunting sumber]