Pinggan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sepiring manguk China dari zaman Dinasti Yuan.

Pinggan atau piring ialah suatu peralatan yang luas, berbentung cekung dan agak rata yang digunakan untuk menghidang makanan.[1] Pinggan juga boleh digunakan dalam tujuan upacara atau perhiasansan. Sebilangan besar pinggan berbentuk bulat, tetapi boleh berbentuk apa pun, atau diperbuat daripada sebarang bahan kalis air. Secara amnya, pinggan disimpan secara menegak di sisi. Bekas tanpa bibir, terutama jika mempunyai bentuk yang lebih bulat, cenderung dianggap sebagai mangkuk atau piring, termasuk bekas yang sangat besar dengan bentuk piring. Pinggan ialah sebahagian daripada peralatan pinggan mangkuk. Pinggan diperbuat daripada kayu, tembikar dan logam telah wujud sejak zaman kuno dalam banyak budaya.

Dalam budaya Barat serta budaya lain, pinggan ialah bekas lazim untuk menghidang makanan, dan digunakan bagi hidangan yang tidak terlalu cair. Saingan utamanya ialah mangkuk serta daun pisang, yang mendominasi bagi kedua-dua tujuan di budaya Asia Selatan, Asia Tenggara, dan Asia Timur, misalnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Venable, Charles L.; dll. (2000). China and Glass in America, 1880-1980: From Table Top to TV Tray. New York: Harry N. Abrams. ISBN 0-8109-6692-1.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Media berkenaan Pinggan di Wikimedia Commons