Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin
GenreDrama
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah
Ditulis olehSofia J.Rhyland
PengarahNizam Zakaria
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSeparuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod28
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 6.58 Petang.
Syarikat penerbitan
(Country & Universal Sdn.Bhd.)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal10 Julai 2017 – 24 Ogos 2017
Kronologi
MengikutiKu Kirim Cinta
Diikuti olehMeh Sandar Lagi

Pinggan Tak Rentak, Nasi Tak Dingin ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 yang ditayangan arahan Nizam Zakaria, dibintangi oleh Raysha Rizrose, Idris Khan dam Azrel Ismail. Siri ini akan memulakan tayangan di Slot Akasia TV3 bermula 10 Julai 2017 menggantikan Bukan Hanya Sekadar Cinta Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin. MyInfoTaip.com. Dicapai 10 Julai 2017. </ref>

Slot Iris TV3

Mulai 3 Mac 2021, Rabu - Jumaat, Pada pukul 6:00 petang

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis (Raysha Rizrose) dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam (Azrel Ismail) enggan menikahinya. Nizam menghubungi keluarganya bahawa dia telahpun berkahwin dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam di UK. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraiannya dua tahun lalu dan serik untuk berkahwin. Namun akhirnya Mizan bersetuju dengan bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara. Kata-kata Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya.

Semantara itu, Nizam pulang bersama isterinya Shila. Ahli keluarganya amat terkejut apabila mengetahui Shila sudahpun hamil sebelum berkahwin. Nizam yang lurus bendul sangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam sedar dan merasakan bahawa dirinya telah dipergunakan oleh Shila. Shila pula terancam dengan Yuhanis. Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya.

Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali di dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu bahawa Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabkan dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan.

Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula bergoyah, kebahagiaan dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraikan Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang berniat jahat itu. Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap, dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini. Mampukah Yuhanis mengharungi segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]