Pinjaman mudah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pinjaman mudah adalah pinjaman dengan kadar faedah di bawah pasaran. Kadangkala, pinjaman mudah memberikan kemudahan lain kepada peminjam seperti tempoh masa pembayaran yang lebih panjang. Pinjaman mudah[1] biasanya disediakan oleh kerajaan kepada projek yang ia fikirkan berfaedah. Bank Dunia dan institusi pembangunan lain memberikan pinjaman mudah kepada negara-negara membangun.[2]

Pinjaman mudah sering ditawarkan bukan sahaja sebagai cara untuk menyokong negara membangun tetapi juga untuk membentuk hubungan ekonomi dan politik dengan mereka. Ini sering berlaku jika negara peminjam mempunyai sumber atau bahan yang menarik minat pemberi pinjaman, yang mungkin bukan sahaja memerlukan pembayaran balik pinjaman tetapi akses yang baik kepada sumber tersebut.[3]

Contoh pinjaman mudah adalah Bank Eksport-Import China yang memberikan pinjaman mudah $2 bilion kepada Angola pada bulan Oktober 2004 untuk projek membina infrastruktur. Sebagai balasan, kerajaan Angola memberikan China kepentingan dalam industri penerokaan minyaknya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]