Pinjamkan Hatiku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pinjamkan Hatiku
Pengarah Osman Ali
Dibintangi oleh Ayda Jebat
Shaheizy Sam
Farid Kamil
Lia Natalia
Azizah Mahzan
Syarikat
produksi
Aurawhite Global Sdn Bhd[1]
Nuansa Sdn Bhd
Pengedar Skop Production Sdn Bhd
Mula ditayangkan
30 November 2017
Tempoh tayangan
117 minit
Negara Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Pecah panggung RM 3.13 juta[2]

Pinjamkan Hatiku merupakan sebuah filem drama romantik yang diarahkan oleh Osman Ali dan dibintangi oleh Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia dan Azizah Mahzan. Filem ini mengisahkan cinta Laila (Ayda Jebat) terhadap bekas kekasihnya di kampung, Naufal (Shaheizy Sam) setelah mengahwini doktor yang merawati kansernya, Doktor Hasnan (Farid Kamil). Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 November 2017.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Laila Safitri yang menghidap penyakit yang membawa maut. Ketika pulang ke kampung halamannya, Laila bertemu semula dengan Naufal yang merupakan rakan zaman kanak-kanaknya. Timbul bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membuat Laila lupa akan segala pahit dan kesakitan yang dialami dengan kehadiran Naufal. Begitu juga dengan Naufal. Mereka seperti saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Namun begitu kebahagian mereka tidak bertahan lama apabila Naufal tiba-tiba hilang. Selepas peristiwa tersebut, Laila berkahwin dengan doktornya yang bernama Doktor Hasnan, walaupun hati Laila hanya untuk Naufal.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Air Terjun Pelangi di Pahang dijadikan lokasi utama penggambaran.[3]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Pinjamkan Hatiku ditayangkan pada 30 November 2017 di pawagam seluruh negara.

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Shazryn Mohd Faizal dan Izwan Mohd. Isa masing-masing daripada mStar dan Kosmo berpendapat filem ini masih mempunyai persamaan dengan filem-filem Osman Awang yang lain dari sudut lakon layar dan tema. Shazryn dan Izwan menerima baik lakonan Ayda yang masih baru dalam dunia lakonan tetapi Shazryn merasakan lakonan pasangan Ayda dan Sam "sedikit canggung dan cengkaman emosi cinta mereka itu seperti tidak menusuk ke jiwa". Kedua-dua pengulas tersebut memuji sinematografi filem ini yang memilih Air Terjun Pelangi di Pahang, yang dikatakan Izwan sebagai cantik, sebagai latar utama penggambaran.[3][4]

Cetak rompak[sunting | sunting sumber]

Sehari selepas filem tersebut ditayangkan di pawagam, sebuah rakaman langsung filem tersebut telah dibuat oleh Mohd Syafiq Adam di Kuala Terengganu yang kemudiannya telah disebarkan melalui Facebook Live. Dia telah memohon maaf atas perbuatannya namun penerbit eksekutif filem tersebut, iaitu Datuk Saiful Safwan Mohamed Ghazi telah menyerahkan kes tersebut kepada polis.[2][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kamaruddin Razal (25 November 2017). "Pertama kali bintangi filem, Ayda Jebat mengaku gementar". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2018. Dicapai 19 Mac 2018. Filem (Pinjamkan Hatiku) terbitan Aurawhite Global Sdn Bhd itu merupakan penampilan sulung Ayda memegang watak utama di layar perak. 
  2. ^ a b "Walau bocor, filem 'Pinjamkan Hatiku' kutip hampir RM2 juta". Malay Mail Online. 9 Disember 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2018. Dicapai 19 Mac 2018. 
  3. ^ a b Izwan Mohd. Isa (14 Disember 2017). "Takdir cinta Pinjamkan Hatiku". Kosmo Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2018. Dicapai 19 Mac 2018. 
  4. ^ Shazryn Mohd Faizal (14 Disember 2017). "'Pinjamkan Hatiku' - Osman Ali Perlu Keluar Zon Selesa". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2018. Dicapai 19 Mac 2018. 
  5. ^ Siti Nursyazwani (4 Disember 2017). "'Pinjamkan Hatiku' jadi mangsa jenayah siber". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2018. Dicapai 19 Mac 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]