Pergi ke kandungan

Pintu Gerbang India

Koordinat: 18°57′20″N 72°50′02″E / 18.9556677219°N 72.8340007776°E / 18.9556677219; 72.8340007776
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gateway of India
Hindi: गेटवे ऑफ़ इन्डिया
Bahasa Marathi: गेटवे ऑफ इंडिया
Tamil: இந்தியாவின் நுழைவாயில்
Gateway of India (en) Sunting nilai ini di Wikidata
The Gateway of India
Pintu Gerbang India yang terletak di Mumbai
Pintu Gerbang India
Lokasi Gateway of India di Mumbai
Pintu Gerbang India yang terletak di Maharashtra
Pintu Gerbang India
Lokasi Gateway of India di Maharashtra
Pintu Gerbang India yang terletak di India
Pintu Gerbang India
Lokasi Gateway of India di India
Nama alternatifTaj Mahal Mumbai
Maklumat umum
JenisGerbang Kemenanagan
Gaya seni binaISeni bina Indo-Saracenik
LokasiMumbai, Maharashtra, India
NegaraIndia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat18°57′20″N 72°50′02″E / 18.9556677219°N 72.8340007776°E / 18.9556677219; 72.8340007776
Ketinggian10 m Sunting nilai ini di Wikidata
Pembinaan bermula31 March 1913; 112 tahun yang lalu (31 March 1913)
Disiapkan pada1924; 101 tahun yang lalu (1924)
Dirasmikan pada4 Disember 1924
Pembiayaan21.13 lakhs
Pelanggan/klien Maharashtra
PemilikJabatan Kajian Arkeologi India
Maklumat ketinggian
Tinggi26 m (85 ka)
Maklumat matra
Garis pusat15 meter (49 kaki)
Lebar15 m Sunting nilai ini di Wikidata
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekGeorge Wittet
Firma arkitekGammon India
Pasukan pengubahsuaian
ArkitekGeorge Wittet
Tapak web
gatewayofindia.org
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gateway of India ialah sebuah monumen yang dibangun pada awal abad kedua puluh yang terletak di Mumbai, Maharashtra, India. Ia didirikan untuk memperingati pendaratan raja George V dari United Kingdom untuk pertabalannya sebagai Maharaja India pada Disember 1911 . Beliau juga merupakan raja British yang pertama untuk melawat India.

Batu asas monumen ini pada Mac 1913 dengan gaya seni bina Indo-Saracenic,yang diilhamkan oleh unsur seni bina Gujerat abad ke-16. Reka bentuk akhir monumen oleh arkitek George Wittet hanya diluluskan pada tahun 1914, dan pembinaannya telah siap pada tahun 1924. Struktur ini merupakan gerbang peringatan yang diperbuat daripada basalt, setinggi 26 meter (85 kaki) , dengan persamaan seni bina dengan gerbang kemenangan serta seni bina Gujerat pada masa itu.


Selepas pembinaannya, Pintu Gerbang India digunakan sebagai pintu masuk simbolik dan upacara ke India bagi pegawai kerajaan. The Pintu Gerbang ini juga merupakan monumen dari mana pasukan tentera British terakhir berangkat pada tahun 1948, selepas kemerdekaan India. Ia terletak di tepi laut pada sudut bertentangan dengan Hotel The Taj Mahal Palace serta menghadap ke Laut Arab . Pada masa kini, monumen itu sinonim dengan bandar Mumbai, dan menjadi antara tarikan pelancong utama di sana.Monumen ini turut mempunyaimakna penting bagi komuniti Yahudi tempatan kerana sejak tahun 2003 ia menjadi lokasi sambutan Hanukkah, dengan penyalahaan menorah diadakan di sini.

Pintu Gerban India pada tahun 1924
Keberangkatan pasukan Britania terakhir dari pintu gerbang ini pada tahun 1948

Pintu Gerbang India dibina untuk memperingati ketibaan raja George V dari United Kingdom, Maharaja India bersama Mary of Teck, permaisuri Permaisuri, di India di Apollo Bunder, Mumbai pada 2 Disember 1911 sebelum berlangsungya Delhi Durbar 1921 ia merupakan kujungan pertama seorang raja British ke India. [1] [2] [3] [1] [4]

Batu asas untuk gerbang ini diletakkan pada 31 Mac 1913 oleh gabenor Bombay masa itu, Sir George Sydenham Clarke dengan design akhir dari George Wittet untuk gerbang tersebut disetujui pada Ogso 1914. [5] [4]

Foundasinya telah siap pada tahun 1920 manakala pembinaan telah siap pada tahun 1924. [6] [5] Gerbang ini dibuka kepada orang ramai pada 4 Disember 1924 oleh Naib Raja ketika itu, Rufus Isaacs, Marquess dari Reading ke-1. [6] Selepas kemerdekaan India, tentera British terakhir yang meninggalkan India, Batalion Pertama Infantri Ringan Somerset, melalui Gerbang ini dengan hormat 21 laras meriam, sebagai sebahagian daripada upacara pada 28 Februari 1948, menandakan berakhirnya British Raj . [7] [8]


  1. ^ a b Dupée, Jeffrey N. 2008.
  2. ^ Anthony Hewitt 1993.
  3. ^ Timothy H. Parsons 2014.
  4. ^ a b de Bruyn, Pipa 2010.
  5. ^ a b Sharada DwivediRahul Mehrotra1999.
  6. ^ a b Sharada DwivediRahul Mehrotra 1995.
  7. ^ Robert W. Bradnock 1994.
  8. ^ Jan Morris 2005.