Pepin si Pendek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pippin si Lebih Muda)
Pepin si Pendek
Raja orang Frank, Datuk Bandar Istana Neustria dan Austrasia
Denier dari Pepin, Troyes. "R" ialah parap untuk rex (raja) dan "P" untuk Pepin.
Pemerintahan751768
PendahuluChilderic III
PenggantiCharlemagne
Carloman I, raja bersama dengan Charlemagne
DinastiCarolingia
Dinasti Carolinga
Pippinid
Arnulfing
Carolinga
Selepas Perjanjian Verdun (843)

Pepin atau Pippin (714 – 24 September 768), dipanggil si Pendek, dan sering juga Pepin si Pendek atau Pepin III,[1] ialah Datuk Bandar Istana dan Duke orang Frank dari 741 hingga 751 dan Raja orang Frank dari 751 hingga 768. Baginda bapa Charlemagne.

Pepin anak lelaki kepada Charles Martel (datuk bandar istana, dan duke orang Frank) dan ibu Rotrude dari Trier (690-724).

Naik takhta[sunting | sunting sumber]

Charles Martel, bapa Pepin, membahagikan pemerintahan kerajaan orang Frank di antara Pepin dan Carloman sebelum mangkat pada 741. Carloman ialah putera daripada permaisuri pertama. Carloman kemudian menjadi Datuk Bandar Istana Austrasia, manakala Pepin menjadi Datuk Bandar Istana Neustria. Grifo, anak Charles daripada Swanahild (juga dikenali sebagai Swanhilde), permaisuri kedua, menuntut sebahagian warisan tetapi sebaliknya dipenjarakan di dalam biara oleh kedua-dua abang tirinya.

Sebagaimana dengan alam orang Frank, perpaduan kerajaan sangat bergantung kepada orang yang menjadi raja. Untuk mencapai perpaduan, Carloman memahkotai Childeric III dari Dinasti Meroving pada tahun 743. Pada 747, beliau memutuskan untuk memasuki biara lalu meninggalkan Francia ke dalam tangan Pepin sebagai datuk bandar istana yang tunggal. Pepin ketika itu juga merupakan dux et princeps Francorum, satu gelaran yang berasal daripada datuknya, Pepin dari Heristal. Di bawah penyusunan semula Francia oleh bapanya (Charles Martel), jawatan dux et princeps Francorum telah dijadikan juga komander tentera kerajaan, khususnya komander pegawal tetap yang ditempatkan di Toulouse sejak pembentukannya pada 721.

Pada waktu persaraan Carloman, Grifo melarikan diri daripada pemenjaraan dan dilindungi oleh Duke Odilo dari Bavaria yang mengahwini Hiltrude, kakak Pepin. Pepin menghancurkan pemberontakan yang diketuai adik tirinya dan berjaya memulihkan kesemua sempadan kerajaannya.

Raja Carolinga pertama[sunting | sunting sumber]

Pepin tertakluk kepada keputusan Childric, walaupun Childric hanya memiliki gelaran Raja tanpa kuasa dan dianggap sebagai jenaka oleh para penduduk. Oleh sebab Pepin menguasai para pedagang yang ulung dan sebenarnya memiliki kuasa raja, beliau kemudian menanyakan Paus Zachary: "Berkenaan dengan raja orang Frank yang kini tidak memiliki kuasa raja, adakah keadaan ini wajar?"

Tertekan oleh orang Lombardy, Paus Zachary mengalu-alukan perkembangan orang Frank ini yang bertujuan untuk mengakhiri keadaan yang sungguh azab lalu membentuk asas perlembagaan untuk menguatkuasakan kuasa raja. Paus Zachary membalas bahawa keadaan semasa tidak wajar dan kuasa de facto adalah lebih penting berbanding dengan kuasa de jure.

Selepas keputusan Paus Zachary, takhta diisytiharkan sebagai kosong dan walaupun Paus Zachary tidak memahkotai Pepin, mahkota diberikan kepadanya oleh orang Frank. Menurut adat resam kuno, Pepin kemudian dipilih sebagai Raja orang Frank oleh perhimpunan orang Frank yang utama, diiringi oleh sebahagian besar tentera (disediakan untuk menangani sebarang tentangan, jika ada, daripada kaum bangsawan yang tidak ingin mematuhi titah-perintah Paus). Pepin kemudian menjalani upacara melumaskan minyak di Soissons yang dilakukan oleh Boniface, Ketua Biskop Mainz (Boniface dan anak saudara perempuannya, Santo Leoba, ialah penasihat istana). Semasa ini, Grifo masih meneruskan pemberontakan dan akhirnya dibunuh dalam pertempuran Saint-Jean de Maurienne pada 753. Childeric III, raja terakhir Dinasti Meroving, digulingkan, rambutnya dicukur, dan dikurungkan di dalam biara.

Peluasan alam Frank[sunting | sunting sumber]

Pepin menambahkan kuasanya selepas Paus Stephen II membuat perjalanan ke Paris untuk menjalankan upacara melumaskan minyak untuknya di Saint Denis Basilica dan menganugerahinya gelaran tambahan sebagai patricius Romanorum (Ningrat orang Rom). Disebabkan jangka hayat yang pendek ketika itu, Pepin hendak kesinambungan pemerintahan keluarganya dan justera, Paus juga melumaskan minyak pada putera-putera Pepin, Charles (kemudian dikenali sebagai Charlemagne) dan Carloman.

Tindakan utama Pepin adalah untuk mengisytiharkan perang ke atas Aistulf, raja Lombardy, yang mengamalam dasar peluasan ke dalam ducatus Romanum. Ini dilakukan sebagai sebahagian pembayaran balik hutang budi keranan sokongan paus dalam pemahkotaannya. Baginda menang dan memaksa raja Lombardy memulangkan harta yang dirampas daripad Gereja dan mengesahkan pemilikan paus terhadap Ravenna dan Pentapolis. Pentapolis yang juga dikenali sebagai Derma Pepin merupakan tempat pengasasan Negeri Paus.[2] I

Pada 759, Pepin mengundurkan Saracens dari Gaul menerusi penawanan Narbonne lalu mengukuhkan kuasanya lagi dengan menyerap Aquitaine ke dalam kerajaannya. Dengan menawan Narbonne dan mengilhakkan Aquitaine (yang statusnya selalu bergantung kepada kekuatan pertuanannya), Pepin menyiapkan semua kerja yang dimulakan oleh bapanya, kecuali menaklukkan orang Saxon. Baginda sedang membuat persiapan untuk berperang terhadap mereka apabila kesihatannya mula merosot. Justera, tugas terakhir itu ditinggalkan kepada puteranya, Charlemagne yang agung.

Warisan[sunting | sunting sumber]

Pepin mangkat dalam sebuah kempen ketenteraan pada 768 dan dibawa ke Saint-Denis untuk dikebumikan berhampiran kubur Santo Denis. Mengikut kehendaknya, baginda dikebumikan "di luar pintu besar Saint Denis Basilica dalam posisi meniarap untuk menebus dosa bapanya, Charles Martel.[3] Alam orang Frank dibahagikan menurut undang-undang Sali antara kedua-dua puteranya, Charlemagne dan Carloman I.

Pendapat sejarah sering menganggap Pepin sebagai putera dan bapa yang kurang unggul, berbanding dengan kedua-dua tokoh yang lebih terkenal (iaitu Charles Martel dan Charlemagne), walaupun baginda merupakan seorang tokoh pada dirinya. Pepin meneruskan pembangunan pasukan askar berkuda barisan hadapan yang dimulakan oleh bapanya. Baginda juga memeliharakan tentera tetap yang diperlukan oleh bapanya untuk melindungi kerajaan, dengan tentera itu merupakan teras tentera pada waktu perang. Tambahan lagi, Pepin tidak sahaja mengekalkan dasar bapanya untuk mengawal orang Moor tetapi juga menerusi penawanan Narbonne, mengundurkan mereka merentasi Banjaran gunung Pyrenees. Baginda juga meneruskan peluasan gereja orang Frank (kerja-kerja mubaligh di Jerman serta Skandinavia) dan infrastruktur (feudalisme) yang terbukti merupakan tulang belakang Eropah Zaman Pertengahan.

Pemerintahan Pepin, walaupun tidak begitu unggul berbanding dengan pemerintahan bapa dan anaknya, adalah penting daripada segi sejarah dan banyak memanfaatkan orang Frank sebagai satu kaum. Sudah tentu dapat diperdebatkan bahawa pemahkotaannya serta gelarannya sebagai Ningrat Rom membuka jalan untuk pemahkotaan Charlemagne, suatu peritiwa yang biasa dilihat sebagai titik permulaan Empayar Rom Holy. Sudah pasti juga bahawa Pepin menjadikan de jure apa yang bapanya menjadikan de facto — iaitu, dinasti pemerintahan orang Frank dan kuasa yang terunggul di Eropah. Walaupun tidak dikenali sebagai jeneral yang unggul, Pepin tidak pernah ditewaskan semasa hayatnya.

Keluarga diraja [4][sunting | sunting sumber]

Pada 740, Pepin mengahwini Bertrada dari Laon. Bapa Bertrada, Charibert, ialah Martin dari Laon, anak kepada adik Pepin II. Pepin dan Bertrada diketahui mempunyai 4 orang putera-puteri:


Pepin si Pendek
Tarikh keputeraan: 714 Tarikh kemangkatan: 768
Didahului oleh
Charles Martel
Datuk bandar Istana Neustria
741–751
Gelaran
Bersara
Didahului oleh
Carloman
Datuk bandar Istana Austrasia
747–751
Didahului oleh
Childeric III
Raja orang Frank
751–768
Diikuti oleh:
Charles I dan
Carloman I


Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nama Pepin amat mengelirukan. Daripada seji sejarah, ahli sejarah telah berbolak-balik antara Pepin yang berasal daripada Pépin, nama bahasa Perancis, dan Pippin, nama bahasa Jerman. Nama julukannya juga tertakluk kepada kehendak hati, dengan le Bref diterjemahkan kekadang sebagai "si Pendek" dan kekadang sebagai "si Lebih Muda". Si Lebih Muda diterangkan sebagai merujuk kepada fakta bahawa baginda adalah lebih muda antara dua Pepin Arnulfing yang memerintah sebagai datuk bandar di istana; si Pendek sebagai berasal daripada kisah Notker Balbalus tentang saiz tubuh badan Raja yang sangat kecil. Cadangan yang lebih luar biasa termasuk cadangan bahawa "si Pendek" itu merujuk kepada rambutnya — oleh sebab baginda raja orang Frank pertama yang berambut pendek. Dutton, PE, Charlemagne's Mustache.
  2. ^  "Pepin the Short". Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company. 1913.
  3. ^ http://www.fordham.edu/halsall/source/sugar.html
  4. ^ Treffer Gerd Die französischen Königinnen. Von Bertrada bis Marie Antoinette (8.-18. Jahrhundert). Pustet, Regensburg (1996) pp. 23-29 ISBN 3-7917-1530-5 ISBN 978-3-7917-1530-8
  5. ^ Medieval Lands - Franks, Carolingian Kings Retrieved on 8 November 2008