Piraminks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sebuah Piraminks.

Piraminks ialah sebuah mainan teka-teki mekanik berbentuk tetrahedron dalam gaya Kiub Rubik. Tidak seperti Kiub Rubik, Piraminks hanya mempunyai 4 warna. Kebanyakan Piraminks mempunyai warna hijau, biru, kuning dan merah atau jingga. Piraminks boleh diselesaikan menggunakan cara penyelesaian yang sama seperti Kiub Rubik.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Piraminks dicipta oleh Uwe Mèffert pada tahun 1971. Sehingga tahun 1981, Uwe Mèffert tidak memasarkan atau membuat Piraminks secara berleluasa. Apabila berlakunya kegilaan Kiub Rubik, Uwe Mèffert membawakan Piraminks ke Hong Kong untuk dikeluarkan dan dipasarkan. Piraminks diperkenalkan ke dunia oleh Tomy Toys, sebuah syarikat dari Jepun, pada tahun 1981.[1]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Piraminks terdiri daripada 14 bahagian berbentuk tetrahedon iaitu 4 bahagian paksi bagi setiap permukaan, 4 bahagian tip dan 6 bahagian tepi. Setiap bahagian paksi dan bahagian tip mengandungi 3 warna, manakala setiap bahagian tepi hanya mengandngi 2 warna. Setiap permukaan mempunyai 3 bahagian paksi, 3 bahagian tip dan 3 bahagian tepi.

Bahagian-bahagian paksi berbentuk oktahedron dan hanya bergerak berdasarkan paksi yang bahagian tersebut dicantumkan kepada. Bahagian-bahagian tepi boleh bergerak dengan bebas. Bahagian-bahagian tip boleh bergerak dengan sendiri tanpa mencantumkan bahagian-bahagian yang lain.

Tujuan Piraminks adalah untuk mencampurkannya, kemudian menyelesaikannya semula kepada keadaan asal.

Rekod dunia[sunting | sunting sumber]

Rekod dunia bagi masa penyelesaian terpantas dimiliki oleh Dominik Górny dari Poland dengan masa 0.91 saat di pertandingan Byczy Cube Race 2018.[2]

Rekod dunia bagi purata masa daripada tiga masa tengah daripada lima penyelesaian terpantas dimiliki oleh Tymon Kolasiński dari Poland dengan purata masa 1.86 saat di pertandingan Grudziądz Open 2019.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Mainan teka-teki mekanik lain:

Nota[sunting | sunting sumber]