Pisang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pisang
ڤيسڠ
Buah pisang
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Daun pisang yang siap dibungkus untuk diedarkan kepada penjual nasi lemak dan kuih-muih.

Pisang (nama botani: Musa spp.) Pisang adalah buah-buahan yang boleh dimakan, botani berry, yang dihasilkan oleh beberapa jenis tumbuh-tumbuhan berbunga herba besar dalam genus Musa. Di sesetengah negara, pisang digunakan untuk memasak boleh dipanggil plantains, berbeza dengan pisang pencuci mulut. Buah ini berubah-ubah dari segi saiz, warna dan ketegasan, tetapi biasanya panjang dan melengkung , dengan isi lembut yang kaya dengan kanji ditutup dengan kulit yang berwarna hijau, kuning, merah, ungu, atau coklat apabila masak. Bentuk pokok daun pisang melebar ke arah pangkal daun yang mana hujung bentuk daun ini meruncing.[1] Buah-buahan yang tumbuh dalam kelompok tergantung dari bahagian atas tumbuhan. Hampir semua parthenocarpic yang boleh dimakan (berbiji) pisang moden datang dari dua spesies liar - Musa acuminata dan Pokok Pisang Hutan. Nama-nama saintifik pisang paling diusahakan ialah Musa acuminata, Pokok Pisang Hutan, dan Musa × paradisiaca hibrid Musa acuminata × M. balbisiana, bergantung kepada perlembagaan genom mereka. Lama nama saintifiknya Musa sapientum tidak lagi digunakan.

Spesies Musa berasal dari Indomalaya tropika dan Australia, dan mungkin telah pertama dijinakkan di Papua New Guinea. Mereka ditanam di 135 buah negara,terutamanya untuk buah-buahan mereka, dan sebahagian kecilnya untuk membuat gentian, wain pisang dan pisang bir dan tumbuhan sebagai hiasan.

Di seluruh dunia, tidak ada perbezaan yang jelas antara "pisang" dan "plantains". Terutama di Amerika dan Eropah, "pisang" biasanya merujuk kepada lembut, manis, pisang pencuci mulut, terutama kumpulan Cavendish, yang merupakan eksport utama dari negara pisang berkembang. Sebaliknya, kultivar Musa dengan lebih kukuh, buah-buahan starchier dipanggil "plantains". Di kawasan-kawasan lain, seperti Asia Tenggara, banyak lagi jenis pisang yang ditanam dan dimakan, begitu mudah perbezaan dua kali ganda yang tidak berguna dan tidak dibuat dalam bahasa-bahasa tempatan.

Istilah "pisang" juga digunakan sebagai nama biasa untuk tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan buah. [3] Ini boleh melibatkan ahli-ahli lain daripada genus Musa seperti pisang merah (Musa coccinea), pisang merah jambu (Musa velutina) dan pisang Fe'i. Ia juga boleh merujuk kepada ahli-ahli genus Ensete, seperti pisang salji (Ensete glaucum) dan penting dari segi ekonomi pisang palsu (Ensete ventricosum) itu. Kedua-dua genus dikelaskan di bawah keluarga pisang, Musaceae. Pengeluar pisang terbesar pada 2017 ialah India dan China dengan menyumbang sebanyak lebih kurang 38% daripada jumlah pengeluaran bersama.[2]

Penamaan kultivar[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan pisang yang dimakan hari ini merupakan keturunan daripada Musa acuminata dan Musa balbisiana. Genom yang disumbangkan Musa acuminata diberi simbol A, manakala genom sumbangan Musa balbisiana diberi simbol B. Persilangan alamai kedua jenis spesies ini menyebabkan pelbagai jenis subspesies pisang. Pengaruh genom B terutama terlihat pada kandungan tepung pada buah yang lebih tinggi. Secara umum, genom A menyumbang ke arah buah makan (pisang), sementara genom B ke arah buah pisang olah/masak (plantain). Hibrid M. acuminata dengan M. balbisiana ini dikenal sebagai M. ×paradisiaca.

Mengikuti anjuran Simmonds dan Shepherd yang karyanya diterbitkan pada tahun 1955, pengelasan pisang kultivar sekarang menggunakan nama-nama gabungan genom ini sebagai nama kelompok kultivar. Sebagai contoh, untuk pisang serendah, disebut sebagai Musa acuminata (Kelompok AAA) subkelompok 'Dwarf Cavendish'. Di bawah kelompok masih dimungkinkan pembagian dalam subkelompok. Lihat rencana Musa untuk pembahasan lebih mendalam.

Contoh:[3][4]

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Suhu optimum bagi tanaman pisang adalah antara 25oC sehingga 28oC dan tiupan angin pula tidak melebihi 15 km/jam. Tanaman pisang memerlukan air di antara 1,500 sehingga 2,500 mm/tahun. Penanaman pisang memerlukan air terutama pada peringkat ia berjantung. Walaupun begitu, ia tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 2 jam. Pisang sesuai ditanam di tanah yang bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah yang peroi. Keadaan tanah pula hendaklah rata dan beralun kurang daripada 12 peratus. Benih tanaman pisang diperoleh dengan menggunakan susur pedang, teknik belahan dan tisu kultur. Bagi sistem tanaman tunggal, jarak tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan kepadatan 1,600 pokok/ha. Bagi sistem tanaman selingan pula, jarak tanaman yang sesuai adalah 3m x 3m dengan kepadatan 700 sehingga 900 pokok/ha. Benih pisang kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran. Pelepah pisang yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal penanaman. Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali. Selain itu, pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik. Bagi penanaman komersial, penggunaan sistem pengairan adalah perlu.

Pembalutan tandan pisang[sunting | sunting sumber]

Tandan pisang yang telah sesuai untuk dibalut selepas jantung pisang dipotong apabila pembentukkan jejari pisang telah sempurna. Jantung Pisang berangan kurang diminati untuk dijadikan ulam kerana rasanya akan pahit. Masukkan plastik pembalut untuk melindungi tandan pisang dari serangan perosak dan penyakit. Jika tandan tidak dibalut, ianya akan terdedah kepada serangga perosak seperti Lalat Buah (Bactocera spp), Burung, Tupai dan sebagainya. Kebanyakan petani Malaysia menggunakan plastik nipis berwarna biru untuk membalut tandan pisang. Antara faktor yang boleh dijelaskan ialah:

  • Warna biru dapat sesuaikan kadar penyerapan haba
  • Warna kulit pisang mendapat kehijauan yang sesuai
  • Plastik warna biru tidak menarik perosak pisang, mudah dilihat (separa lutsinar), dan banyak dijual di kedai pertanian.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Membekalkan tenaga[sunting | sunting sumber]

Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.

Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. [5] Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.

Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.

Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai bahan makanan[sunting | sunting sumber]

Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat pisang, dan dijadikan kerepek.

Bahagian-bahagian selain buahnya juga boleh dipakai dalam pemakanan. Daun pisang biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

Batang pisang mempunyai empulur tisu lembut berwarna putih cerah dalam pusat tengahnya iaitu umbut yang didapatkan setelah batang jenis pisang tertentu (seperti pisang nipah, pisang berangan, pisang awak) dibuang bahagian kulit luar keperangannya selapis demi selapis; ia boleh dimakan baik terus secara mentah sebagai ulam mahupun dimasak.[6] Ubinya boleh dimasak menjadi kari.[6]

Jantung pisang boleh dimakan bergantung kepada jenis pisang tertentu: jantung-jantung pisang serendah dan embun terlalu pahit, jantung pisang berbulu pula boleh dimakan mentah. Jantung ini dibuat sebagai ulam atau kerabu selepas dicelur malah juga sebagai lauk masak lemak.[6]

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Daun pisang ditumbuk dan ditampal merawat sakit kepala; ia juga boleh juga membantu merawat bisul dibubuh bersama minyak bijan atau halia.[6]

Air batang pisang diminum untuk merawat sakit kepala dan demam panas malah juga untuk merangsang pertumbuhan rambut.[6]

Tujuan lain[sunting | sunting sumber]

Batang pisang mengandungi banyak ruang udara dalamnya yang ringan lalu boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu, batang ini juga mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses membuat tali (dikenali sebagai serat Abaka)[7] dan bahan seumpamanya seperti guni dan malah untuk tenunan pakaian[8] contohnya baju bashōfu di Okinawa, Jepun.[9]

Kulit pisang yang terhasil sebagai bahan sampingan dari pembuatan makanan lain seperti kerepek, juga boleh diproses melalui proses penapaian untuk penghasilan alkohol dan cuka makan.[10]

Penuaian[sunting | sunting sumber]

Pokok pisang yang telah menghasilkan buah akan dipotong atau ditebang bagi mengambil tandan pisang dan memberikan anak pokok pisang yang baru tumbuh. Dalam amalan ladang komersil hanya 2-3 anak pokok sahaja yang akan dibiarkan membesar untuk mendapatkan buah pisang yang berkualiti. Batang pisang digunakan sebagai makanan ternakan haiwan dengan meracik-racuk dan boleh digunakan sebagai bahan asas untuk baja kompos. Hampir 90% batang pisang yang ditebang di Malaysia dibiarkan begitu sahaja untuk pereputan selepas menebang pokok pisang.

Pisang dan kesihatan[sunting | sunting sumber]

Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:

  1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)[11]

Jenis pisang[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cahyono, Bambang (2009). Pisang. Kotak Pos 1125/Yk, Yogyakarta 55011, INDONESIA: PENERBIT KANISIUS (Anggota IKAPI) J1. Cempaka 9, Deresan, Yogyakarta 55281, INDONESIA. m/s. 15. ISBN 978-979-21-2037-0.CS1 maint: location (link)
  2. ^ http://www.fao.org/economic/est/est-commodities/bananas/bananafacts/en/#.XTjf0iMrI1g, How is banana production cost structured?. fao.org. 2013.
  3. ^ Michel H. Porcher (2002). "Sorting Musa names". Multilingual Multiscript Plant Name Database. The University of Melbourne. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  4. ^ Teo; dll. (2005). "Genome Constitution and Classification Using Retrotransposon-Based Markers in the Orphan Crop Banana" (PDF). Journal of Plant Biology. 48 (1): 96–105. Dicapai pada 10 Sept 2008. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Explicit use of et al. in: |author= (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ New Scientist 2 Sep 1989
  6. ^ a b c d e Hean Chooi Ong (2008). Sayuran: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 90–91. ISBN 967-61-1390-5.
  7. ^ Ilmu Pengetahuan Sosial, By Waluyo, Suwardi, Agung Feryanto, Tri Haryanto
  8. ^ 40 desain kebaya modern, By Mardiah Faraz
  9. ^ Bashofu - Kijoka Bashofu Trade Association
  10. ^ Kupas Habis 4 Bidang Studi Utama SMP, By Tim Gruru Prima
  11. ^ Effect of Processing on the Nutritional Value of Feeds: Proceedings sugar content in bananas, By National Research Council (U.S.). Committee on Animal Nutrition, University of Florida. Center for Tropical griculture, University of Florida. Dept. of Animal Science

Pautan luar[sunting | sunting sumber]