Pisang Putar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pisang Putar, sejenis pisang yang sedap dan boleh dimakan begitu sahaja, atau dijadikan kuih.

Pisang Putar merupakan sejenis pisang yang sedap dan boleh dimakan begitu sahaja, atau dijadikan kuih. Antara kuih yang menggunakan pisang ini adalah jemput pisang. Pisang ini boleh juga digunakan untuk membuat pisang salai, sama ada salai menggunakan mesin salai atau dijemur di tengah terik matahari. Bagi peminat pisang salai, mereka menjemur pisang ini menggunakan talam atau tikar mengkuang ataupun daun kelapa. Pisang yang digunakan untuk salai diambil semasa pisang ini mula masak dan belum lebu atau terlalu masak kerana ia lambat kering disebabkan lembik.