Pisang tanduk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pisang Tanduk)
Subkumpulan Punti
Plantains.jpg
Punti untuk dijual.
GenusMusa
SpesiesMusa × paradisiaca
Keturunan kacukanM. acuminata × M. balbisiana
Kumpulan kultivarkumpulan AAB, subkumpulan Punti
AsalAsia Tenggara, Asia Selatan, Afrika Barat

Pisang tanduk (atau disebut punti betul)[1][2] ialah kumpulan kultivar genus Musa (pisang dan punti) yang ditempatkan dalam Kumpulan genom AAB.[3] Istilah "punti" ini merujuk pada kesemua kultivar pisang yang selalu dimakan selepas dimasak berbanding mentah (lihat pisang masakan), atau boleh merujuk pada ahli lain subkumpulan kultivar Musa, macam punti Pasifik,[4] sungguhpun di Afrika, tiada kelainan yang jelas dibuat untuk kededuanya, yang mana ia sering dimasak.[5] Punti betul boleh dipecahkan kepada empat kumpulan berdasarkan jenis sikatnya: punti French, French Horn, False Horn dan Horn.[6]

Setiap jenis sikat mempunyai kelainan kultivar yang digabungkan dengannya:[6]

  • Kultivar French: 'Obino l'Ewai' (Nigeria), 'Nendran' (India), 'Dominico' (Colombia)
  • Kultivar French Horn: 'Batard' (Cameroon), 'Mbang Okon' (Nigeria)
  • Kultivar False Horn: 'Agbagba' and 'Orishele' (Nigeria), 'Dominico-Harton' (Colombia)
  • Kultivar Horn: 'Ishitim' (Nigeria), 'Pisang Tandok' (Malaysia)

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Pisang tanduk bersaiz besar dan mempunyai bentuk seperti tanduk menyebabkannya diberi nama "pisang tanduk". Ia banyak digunakan untuk dijadikan sebagai bahan masakan. Di Malaysia, pisang tanduk dijadikan kerepek untuk perniagaan komersial,[7] dan turut disenaraikan dalam Ladang Kontrak oleh FAMA sebagai komoditi.[8]

Pisang tanduk merupakan makanan ruji di Afrika Timur dan Tengah (Cameroon), Amerika Tengah, kepulauan Caribbean dan di utara, persisiran Amerika Selatan (seperti Colombia, Venezuela, dll). Pisang tanduk mempunyai daya tarikan sebagai makanan dan buah-buahan yang ada sepanjang tahun, maka ia dijadikan masakan untuk semua musim.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pisang Tanduk / Horn Banana - Herbalwise Holdings. Dicapai pada 2022-08-19
  2. ^ "Musa paradisiaca". Malaysia Biodiversity Information System. Dicapai pada 2022-08-19.
  3. ^ Langhe, Edmond De; Vrydaghs, Luc; Maret, Pierre de; Perrier, Xavier; Denham, Tim (2009-07-30). "Why Bananas Matter: An introduction to the history of banana domestication". Ethnobotany Research and Applications (dalam bahasa Inggeris). 7: 165–177. doi:10.17348/era.7.0.165-177. ISSN 1547-3465.
  4. ^ Ploetz, R.C.; Kepler, A.K.; Daniells, J. & Nelson, S.C. (2007), "Banana and Plantain: An Overview with Emphasis on Pacific Island Cultivars", dalam Elevitch, C.R. (penyunting), Species Profiles for Pacific Island Agroforestry (PDF), Hōlualoa, Hawai'i: Permanent Agriculture Resources (PAR), dicapai pada 2013-01-10[pautan mati kekal]
  5. ^ Carney, Judith (2011-02-01). In the Shadow of Slavery. University of California Press. doi:10.1525/9780520949539. ISBN 978-0-520-94953-9.
  6. ^ a b "Plantain subgroup". ProMusa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-03-01.
  7. ^ Nik Wil, Nik Nurfaqih. "Pisang tanduk laris di Merlimau". Kosmo. Dicapai pada 13 November 2013.
  8. ^ 13 jenis buahan yang tersenarai di dalam Ladang Kontrak