Pisang awak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pisang awak merupakan jenis pisang yang ditanam bagi buah dan daunnya. Nama sains pokok Pisang Awak ialah Musa acuminata x balbisiana Colla (ABB Group) cv. 'Pisang awak'.[1]

Di Indonesia ia dikenali sebagai pisang klotok. Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian.

Ciri-ciri[2]:

  • Merupakan varieti masakan, berbiji dan tanpa biji.
  • Ketinggian batang palsu 4 - 5 meter.
  • Mula berbuah selepas setahun dan buah matang selepas 4 - 5 bulan berbunga.
  • Berat tandan buah 20 - 30 kg dan mempunyai 9 - 12 sikat.
  • Setiap sikat mempunyai sehingga 16 biji pisang.
  • Varieti pisang awak : awak kepek (sedikit masam manis), awak lilin (manis), awak legor.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sorting Musa names
  2. ^ Mohamad Idris Zainal Abidin(1991). Pengeluaran Buah-Buahan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-1597-2.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]