Pistol pelepas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pistol pelepas biasanya digunakan di dalam acara balapan. Pistol ini digunakan oleh pelepas untuk melepaskan peserta larian di dalam acara balapan. Peserta larian akan memulakan larian setelah mendengar bunyi tembakan pistol pelepas. Kebiasaannya pelepas akan menggunakan papan penutup yang berbetuk bulat dan mempunyai pemegang untuk melindungi pistol pelepas daripada dilihat oleh peserta larian.

Pistol pelepas yang digunakan di Jerman Timur dalam pertandingan 1961.
Ellen van Dijk melepaskan tembatan pemula bagi 2013 Enam Hari di Amsterdam.

Pistol pelepas atau pistol pemula adalah senjata tangan (biasanya revolver yang direka khas) yang ditembak bagi memulakan permulaan sukan trek dan padang, termasuk perlumbaan pertandingan renang. Bunyi tembakan yang kuat ketika tembakan pistol dilepaskan merupakan isyarat bagi atlik untuk memulakan pertandingan. Biasanya kepulan asap kelihatan apabila tembakan dilepaskan. Peluru kapur/kosong atau Percussion cap digunakan bagi mengelakkan kecederaan. Pistol pelepas mungkin merupakan versi pistol biasa yang diubah suai bagi menghalang tembakan peluru, paling biasa dengan memetri halangan dalam laras psitol. Apabila pemasa eletronik automatik sepenuhnya digunakan, penderia sering dilekatkan pada pistol, yang memberikan isyarat eletronik pada sistem penetap masa sebaik sahaja tembakan dilepaskan. Bagi peserta pekak atau bagi sistem eletrobik moden, cahaya mungkin turut digunakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]