Pitt Hanif
Pitt Hanif | |
|---|---|
| Kelahiran | Mohd Firdaus bin Mohamad Hanif 20 Disember 1976 |
| Meninggal dunia | 26 Oktober 2019 (umur 42) |
| Sebab kematian | Lemas akibat bot karam |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, 68200 Kuala Lumpur |
| Pekerjaan | Penulis skrip, pengarah, pelakon |
| Tahun aktif | 2009–2019 |
| Pasangan | Farah Ahmad (k. 2003–2019) |
| Anak-anak | 3 (termasuk Mhia Farhana) |
| Ibu | Fauziah Nawi |
| Bapa | Mohamad Hanif Gedek |
| Saudara | Siti Noor Fateha Mohamad Hanif (Fateha Hanif; adik) |
Mohd Firdaus Mohamad Hanif (20 Disember 1976 – 26 Oktober 2019) ialah seorang penulis skrip dan pengarah televisyen dan filem Malaysia dan anak kepada pelakon veteran Hajah Fauziah Nawi. Beliau terkenal sebagai penulis skrip filem One Two Jaga (2018) arahan Namron.[1]
Kehidupan peribadi dan kematian
[sunting | sunting sumber]Pitt Hanif ialah anak sulung daripada dua beradik, beliau mempunyai seorang adik perempuan di mana penglibatannya hanya di belakang tabir sahaja.
Pitt meninggal dunia selepas mayatnya ditemui terapung pada jam 4.25 petang Ahad, 27 Oktober 2019 selepas bot yang dinaiki karam pada 26 Oktober 2019. Walaubagaimana pun tarikh kematian tercatit pada tarikh 27 Oktober 2019 iaitu tarikh arwah dijumpai. Beliau dilaporkan hilang ketika memancing berhampiran Jambatan Gemunchur, Kampung Mela, dekat Lipis. Bot dinaiki beliau bersama seorang rakannya dikatakan terputus dua mengakibatkan mangsa dibawa arus deras. Jenazah beliau dihantar ke Hospital Besar Kuala Lipis sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengkebumian.[2][3] Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur jam 2 pagi 28 Oktober 2019.[4][5]
Beliau meninggalkan isteri, Farah Ahmad dan tiga anak yang semuanya perempuan, iaitu Dhia Farhana, Mhia Farhana dan Thia Farhana.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Catatan | ||
|---|---|---|---|---|---|
| Penulis skrip | Penolong pengarah | Pengarah | |||
| 2009 | Talentime | ||||
| 2014 | Kami Histeria | ||||
| Lelaki Harapan Dunia | Sebagai pelakon; Pembantu Tok Bomoh | ||||
| 2015 | Suami Aku Ustaz | ||||
| Pekak | |||||
| 2017 | J Revolusi | ||||
| 2018 | Busker | ||||
| 2018 | One Two Jaga | ||||
| 2023 | Coast Guard Malaysia: Ops Helang | Filem arahan pertama dan terakhir beliau, dikeluarkan secara anumerta | |||
Filem pendek
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Catatan |
|---|---|---|
| 2014 | Pejam Pelik | Sebagai penolong pengarah |
Videografi
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Penyanyi |
|---|---|---|
| 2019 | "Blank Marquee" | Yuna |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Cerita Asal Terbaik (One Two Jaga)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bibi Nurshuhada Ramli (5 Oktober 2017). "Screenplay history with 'One Two Jaga'". New Straits Times. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
- ^ Nik Sukry Ramli (27 Oktober 2019). "Pitt Hanif ditemui lemas". Berita Harian. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (27 Oktober 2019). "Jenazah Pitt Hanif ditemui dalam keadaan baik - "Mama minta maaf tak jaga Pitt seperti mana janji pada arwah abah"". mStar Online. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
- ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (28 Oktober 2019). "Pitt Hanif selamat dikebumikan". Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
- ^ Feride Hikmet Atak (28 Oktober 2019). "Jenazah Pitt Hanif selamat dikebumikan". Berita Harian. Dicapai pada 28 Oktober 2019.