Pergi ke kandungan

Pitta (genus)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pitta
Pacat Bising di Australia
Siulan Pacat Sayap Biru
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Pittidae
Genus: Pitta
Vieillot, 1816
Spesies

See text.

Pitta adalah satu genus burung dalam keluarga Pittidae atau burung Pacat. Burung ini suka bersendirian dan memiliki bulu yang berwarna terang serta mencari makan di atas lantai hutan. Ia mempunyai kaki panjang, ekor pendek dan sayap berbentuk bulat.[1] Bulunya berwarna hijau dibahagian atas dengan sayap dengan tompokan warna biru. Kebanyakan mempunyai kepala berwarna gelap.[2] Pembinaan sarang, pengeraman dan penjagaan anak dilakukan oleh kedua-dua burung jantan dan betina.[3] Telur akan menetas selepas dieram sekitar 17 hari, manakala anak-anaknya adalah altricial dan nidicolous.[3] Beberapa spesies merupakan jenis migrasi.[2]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Genus Pitta telah disusun oleh ahli ornitologi Perancis Louis Jean Pierre Vieillot pada tahun 1816.[4] Pada tahun 1855, seorang ahli ornitologi Inggeirs George Robert Gray telah menandakan spesies sejenis sebagai Corvus triostegus Sparrman. Ini merupakan satu sinonim junior untuk Corvus brachyura Linnaeus, Pacat India.[5][6] Perkataan Pitta berasal daripada bahasa Telugu yang bermakdus "cantik", "bauble" atau "haiwan kesayangan".[7]

Genus ini mengandungi 14 spesies, yang bertaburan dari Afrika, melalui selatan, timur dan tenggara Asia, New Guinea, Kepulauan Solomon dan Australia.[8] Dahulunya ia merupakan genus tunggal dalam keluarga dengan 31 spesies.[1] Bagaimanapun, selepas satu kajian pada tahun 2006, beberapa spesies telah dipindahkan kepada dua genera baharu, Erythropitta dan Hydrornis. Bagaimanapun, kesemua anggota keluarga ini terus dikenali sebagai "pitta".[2]

Terdapat 14 spesies dalam genus ini iaitu:[8]

ImejNama sainsNama biasaTaburan
Pitta sordidaPacat Gembala PelandukTanah besar dan pulau di Asia Tenggara
Pitta maximaPacat Dada GadingMaluku Utara
Pitta superbaSuperb pittaPulau Manus (utara Papua New Guinea)
Pitta steeriiPacat Dada Biru LangitFilipina
Pitta angolensisPacat Afrikatropika dan subtropika Afrika
Pitta reichenowiPacat Dada Hijautropika Africa
Pitta brachyuraPacat IndiaIndian subcontinent
Pitta nymphaPacat Pari-pariAsia Timur
Pitta moluccensisPacat Sayap BiruAustralia dan Asia Tenggara
Pitta megarhynchaPacat Bakautimur India hingga barat Asia Tenggara
Pitta elegansPacat EleganKepulauan Sunda Kecil
Pitta versicolorPacat Bisingtimur Australia dan selatan New Guinea
Pitta anerythraPacat Muka Hitambarat Melanesia
Pitta irisPacat Pelangiutara Australia
  1. 1 2 Zimmerman, Dale A.; dll. (1999). Birds of Kenya and Northern Tanzania. Princeton University Press. m/s. 495. ISBN 0691010226.
  2. 1 2 3 Irestedt, M.; Ohlson, J.I.; Zuccon, D.; Källersjö, M.; Ericson, P.G.P. (2006). "Nuclear DNA from old collections of avian study skins reveals the evolutionary history of the Old World suboscines (Aves: Passeriformes)" (PDF). Zoologica Scripta. 35: 567–580. doi:10.1111/j.1463-6409.2006.00249.x.
  3. 1 2 Tarboton, Warwick (2001). A Guide to the Nests and Eggs of Southern African Birds. Cape Town: Struik. m/s. 141. ISBN 1-86872-616-9.
  4. Vieillot, Louis Jean Pierre (1816). Analyse d'une Nouvelle Ornithologie Elementaire (dalam bahasa French). Paris: Deterville/self. m/s. 42, Num. 137.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. Gray, George Robert (1855). Catalogue of the genera and subgenera of birds contained in the British Museum. London: British Museum. m/s. 43.
  6. Traylor, Melvin A. Jr, penyunting (1979). Check-list of Birds of the World. Volume 8. Cambridge, Massachusetts: Museum of Comparative Zoology. m/s. 310. |volume= has extra text (bantuan)
  7. Jobling, J.A. (2019). del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J.; Christie, D.A.; de Juana, E. (penyunting). "Key to Scientific Names in Ornithology". Handbook of the Birds of the World Alive. Lynx Edicions. Dicapai pada 5 January 2019.
  8. 1 2 Gill, Frank; Donsker, David, penyunting (2019). "NZ wrens, broadbills & pittas". World Bird List Version 8.2. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 14 January 2019.