Pkharuddin Ghazali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali (lahir 1963) merupakan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Ke-19 sejak 23 September 2022.


Pkharuddin bin Ghazali

D.B.N.S (Negeri Sembilan), P.J.N (Persekutuan)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Memegang jawatan
23 September 2022
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriDato Sri Ismail Sabri Yaakob (2021–2022)
Dato Seri Anwar Ibrahim (2022–kini)
MenteriDatuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin (2021–2022)
Puan Fadhlina Sidek (2022-kini)
Didahului olehDatin Sri Datuk Hajah Nor Zamani Abdol Hamid
Butiran peribadi
LahirPkharuddin bin Ghazali
Lahir 1963
Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanPendidik

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pkharuddin pernah berkhidmat dalam pelbagai organisasi kementerian sepanjang 33 tahun berkhidmat termasuk sebagai Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan dan Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan termasuk dan juga sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.

Pada 23 September 2022, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan bagi menggantikan Nor Zamani Abdol Hamid yang bersara pada 29 Julai 2022.


Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pkharuddin mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) pengkhususan bidang Geografi dari Universiti Malaya.