Plasebo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Plasebo (dari istilah Latin placēbō, "saya akan menyenangkan"[1] dari placeō, "saya menyenangkan")[2][3] adalah sesuatu bahan atau rawatan dengan tiada kesan terapeutik aktif.[4] Plasebo boleh diberikan kepada penerima yang dalam usaha menipunya bahawa penerima tersebut menerima rawatan yang aktif. Dalam ujian dan penyelidikan perubatan dadah, plasebo boleh diwujudkan menyerupai ubat atau terapi aktif agar ia berfungsi sebagai kawalan, hal ini bertujuan mencegah penerima dan/atau orang lain dari mengetahui (dengan  persetujuan mereka) sama ada rawatan yang diterima adalah aktif atau tidak aktif, sebagai harapan tentang kecekapan boleh mempengaruhi hasil.[5][6] Ia merupakan suatu fenomena psikologi di mana penerima menganggap peningkatan dalam keadaan kerana jangkaan penerima itu sendiri kepada sesuatu rawatan dan bukannya  rawatan itu sendiri. Ia juga dikenali sebagai kesan plasebo atau tindak balas plasebo.[7][8] Penyelidikan tentang kesan ini masih berlangsung.[9]

Kesan plasebo menjadi tumpuan penyelidikan saintifik bertujuan untuk memahami mekanisme neurobiologi tindak balas tersembunyi terhadap kesakitan, imunotindasan (immunosuppression), penyakit Parkinson dan kemurungan.[10] Teknik pengimejan otak dilakukan oleh Emeran Mayer, Johanna Jarco dan Matt Lieberman menunjukkan bahwa plasebo boleh mempunyai kesan nyata, yang boleh diukur kepada perubahan fisiologi dalam otak.[11] Plasebo boleh menghasilkan beberapa objektif perubahan fisiologi seperti perubahan dalam degupan jantung, tekanan darah, dan aktiviti kimia dalam otak dalam kes yang melibatkan kesakitan, kemurungan, keletihan dan beberapa gejala penyakit Parkinson. Dalam kes lain seperti asma, kesannya bersifat subjektif semata-mata ketika pesakit melaporkan peningkatan meskipun tiadanya perubahan objektif dalam keadaan yang tersembunyi.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gensini GF, Conti AA, Conti A; Conti; Conti (April 2005). "Past and present of what will please the lord: an updated history of the concept of placebo". Minerva Medica. 96 (2): 121–4. PMID 16172581. CS1 maint: Multiple names: authors list (link)
  2. ^ Douglas Harper. "placebo". Online Etymology Dictionary. 
  3. ^ Templat:L&S
  4. ^ "placebo". Oxford University Press. Dicapai 21 January 2017. 
  5. ^ "placebo". 9 April 2016. Dicapai 21 January 2017. 
  6. ^ "placebo". Dicapai 21 January 2017. 
  7. ^ "placebo effect". Mirriam-Webster Incorporated. Dicapai 21 January 2017. 
  8. ^ "placebo effect". Dicapai 21 January 2017. 
  9. ^ Wechsler ME, Kelley JM, Boyd IO, Dutile S, Marigowda G, Kirsch I, Israel E, Kaptchuk TJ; Kelley; Boyd; Dutile; Marigowda; Kirsch; Israel; Kaptchuk (2011). "Active albuterol or placebo, sham acupuncture, or no intervention in asthma". New England Journal of Medicine. 365 (2): 119–126. doi:10.1056/NEJMoa1103319. PMC 3154208Boleh diakses secara percuma. PMID 21751905. 
  10. ^ Neurobiological Mechanisms of the Placebo Effect, Fabrizio Benedetti, Helen S. Mayberg, Tor D. Wager, Christian S. Stohler, and Jon-Kar Zubieta, The Journal of Neuroscience, 9 November 2005, 25(45) [1]
  11. ^ The neural correlates of placebo effects: a disruption account, Matthew D. Lieberman, Johanna M. Jarcho, Steve Berman, Bruce D. Naliboff, Brandall Y. Suyenobu, Mark Mandelkern, and Emeran A. Mayer [2]
  12. ^ "The Placebo Phenomenon". 14 December 2012.