Plato

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Plato

Plato ( Greek: Πλάτων, Plátōn) (sekitar 427 S.M. - sekitar 347 S.M.) ahli falsafah Yunani yang sangat berpengaruh, murid pada Socrates dan guru pada Aristoteles. Hasil kerjanya yang paling masyhur adalah Republik (dalam bahasa Yunani: Politeia, "negeri") yang dia menguraikan garis besar pandangannya pada keadaan "ideal". Dia juga menulis 'Hukum' dan banyak dialog di mana Socrates adalah peserta utama.

Sumbangan Plato yang terpenting adalah ilmunya mengenai ide. Dunia fana ini tiada lain hanyalah refleksi atau bayangan daripada dunia ideal. Di dunia ideal semuanya sangat sempurna. Hal ini tidak hanya merujuk kepada barang-barang fizikal yang boleh disentuh dan dlihat, tetapi juga mengenai konsep-konsep fikiran, hasil buah intelek. Sebagai contoh, konsep mengenai "kebajikan" dan "kebenaran".

Salah satu perumpamaan Plato yang termasyhur adalah perumpamaan tentang orang di gua.

Menurut Plato kota muncul akibat pembahagian buruh, dan pembahagian buruh tidak boleh wujud tanpa ketaksetaraan semula jadi dalam kemahiran dan pelbagaian kehendak manusia.[1] Beliau hendak menghalang perkaitan antara kelas pemerintah dengan kelas yang diperintah agar mengelak konflikt dalam masyarakat.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Plato, The Republic, Buku II
  2. ^ Roll Eric, Sejarah Pemikiran Ekonomi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur 1995

Lihat juga[sunting | sunting sumber]