PlayStation 5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PlayStation 5
PembangunSony Interactive Entertainment
PengilangSony
Keluarga produkPlayStation
JenisKonsol permainan video
Tarikh jualanAmerika, Kanada, Mexico, Australia, New Zealand, Jepun & Korea Selatan: 12 November 2020

Seluruh dunia: Mulai 19 November 2020
Malaysia & Filipina: 11 Disember 2020[1][2]

China: Belum ditentukan
Harga pengenalan(Asli / Digital)
Asia Tenggara[3][4]
Antarabangsa
MediaUltra HD Blu-ray, Blu-ray, DVD
CPUAMD Zen 2 8 teras, frekuensi pelbagai, mencapai 3.5 GHz
Muatan storanSSD khas 825 GB
IngatanGDDR6 SDRAM 16 GB
PaparanHDMI: 480p, 720p, 1080i, 1080p, 4K UHD, 8K UHD
GrafikAMD RDNA 2 khas, frekuensi pelbagai, mencapai 2.23 GHz
InputHDMI 2.1
Input pengawalDualSense
Perkhidmatan
dalam talian
PlayStation Network
Keserasian ke
belakang
Kebanyakan permainan video PlayStation 4 dan PlayStation VR
PendahuluPlayStation 4
Laman sesawangwww.playstation.com/en-us/explore/ps5/

PlayStation 5 (PS5) ialah sebuah konsol permainan video yang dibangunkan oleh Sony Interactive Entertainment. Konsol ini telah dilancarkan pada akhir tahun 2020 sempena musim jualan akhir tahun itu.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Berita terawal berkenaan PlayStation 5 (PS5) dihebahkan oleh ketua arkitek Mark Cerny dalam sebuah wawancara bersama-sama pihak majalah Wired pada April 2019.[6] Pada Oktober 2019, pihak Sony mengumumkan bahawa konsol itu akan dilancarkan di seluruh dunia menjelang akhir 2020. Pada bulan itu juga, ciri-ciri perkakasan konsol itu juga diumumkan.[7] Maklumat ciri-ciri yang menyeluruh telah diuar-uarkan oleh pihak Sony pada 18 Mac 2020.[8]

Pihak Sony telah menyiarkan sebuah pertunjukan berkenaan PS5 yang termasuk pendedahan pertama rupa konsol PS5; pertunjukan tersebut pada asalnya dirancang disiarkan pada 6 Jun, tetapi ditunda ke 11 Jun berikutan perkembangan protes George Floyd pada masa itu, dengan kenyataan bahawa pihak Sony akan "berundur supaya suara-suara yang lebih penting dapat didengari."[9][10]

Alat kawalan DualSense

Perkakasan[sunting | sunting sumber]

Alat kawalan DualSense[sunting | sunting sumber]

Alat kawalan tak berwayar PlayStation 5, dengan nama DualSense diumumkan pada 7 April 2020.[11] Alat kawalan baharu ini memiliki pencetus adaptif yang dapat mengubah kekerasan tombol berdasarkan babak permainan seperti dalam babak memanah. Nama butang "Share" yang digunakan pada alat kawalan PS4, DualShock diubah nama menjadi "Create". DualSense memiliki mikrofon yang tersendiri, membolehkan pemain dapat bersembang hanya melalui alat kawalan mereka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PlayStation 5 Dilancar Di Malaysia Pada 11 Disember – RM1869 Untuk PS5 Digital, RM2299 Untuk PS5 Ultra HD Blu-Ray". Amanz. 11 November 2020. Dicapai pada 11 November 2020.
  2. ^ "PlayStation®5 Launches In The Philippines On 11th December 2020 (Dalam Bahasa Inggeris)". PlayStation® (dalam bahasa Inggeris). 11 December 2020. Dicapai pada 11 December 2020.
  3. ^ "PlayStation 5 Price Comparison Around The World: Ours Isn't Too Bad". Lowyat.net (dalam bahasa Inggeris). 11 November 2020. Dicapai pada 13 November 2020.
  4. ^ "A cheaper PS5: PS5 Digital Edition is also out today for ₱23,990". spin.ph (dalam bahasa Inggeris). 11 December 2020. Dicapai pada 11 December 2020.
  5. ^ Ryan, Jim (8 Oktober 2019). "An Update on Next-Gen: PlayStation 5 Launches Holiday 2020". PlayStation Blog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2019.
  6. ^ Rubin, Peter (16 April 2019). "Exclusive: What to Expect From Sony's Next-Gen PlayStation". Wired (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2019.
  7. ^ 次世代コンソールゲーム機 「プレイステーション 5」に名称決定 (dalam bahasa Jepun), Sony Interactive Entertainment, 8 Oktober 2019, diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2019
  8. ^ Nishino, Hideaki (18 Mac 2020). "Unveiling New Details of PlayStation 5: Hardware Technical Specs". PlayStation Blog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2020.
  9. ^ Dornbush, Jonathon (1 Jun 2020). "Sony Delays PS5 June Reveal Event". IGN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2020.
  10. ^ Shuhman, Sid (8 Jun 2020). "This Thursday, See the Future of Gaming on PS5". PlayStation Blog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2020. Dicapai pada 8 Jun 2020.
  11. ^ Nishino, Hideaki (7 April 2020). "Introducing DualSense, the New Wireless Game Controller for PlayStation 5". PlayStation Blog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2020. Dicapai pada 7 April 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]