PlayStation Portable

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"PSP" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat PSP (nyahkekaburan).
PlayStation Portable. (PSP)
PSP Logo.svg
Psp-1000.jpg
Reka bentuk model dan logo asal PSP
Pengilang Sony Computer Entertainment
Keluarga produk PlayStation
Jenis Konsol permainan video mudah alih
Generasi Ke-7
Ketersediaan runcit Jepun: 12 Disember 2004
A.S. & Kanada: 24 Mac 2005
Eropah & Australia: 1 September 2005
Bil. dijual Seluruh dunia: 82 juta (sehingga November 2013)[1][2][3]
Media UMD, pengedaran digital
CPU MIPS berasaskan R4000; terjam daripada 1 hingga 333 MHz
Muatan storan Memory Stick Duo dan Memory Stick PRO Duo (2, 4, 8 atau 16 GB)
Ingatan 32 MB, atau 64 pada model 2000, 3000 dan PSPGo.
Paparan LCD TFT 480 x 272 piksel dengan 16.8 juta warna, 16:9 skrin lebar, 3.8 in (97 mm) (PSP GO), 4.3 in (110 mm) (model lain)
Ketersambungan Wi-Fi (802.11b), IrDA, USB
Dimensi PSP1000/2000:
74 mm (2.9 in) (t)
170 mm (6.7 in) (l)
23 mm (0.91 in) (d)
PSP3000:
71 mm (2.8 in) (t)
169 mm (6.7 in) (l)
19 mm (0.75 in) (d)
PSPGO:
69 mm (2.7 in) (t)
128 mm (5.0 in) (l)
16.5 mm (0.65 in) (d)
Berat PSP1000:
280 gram (9.9 oz)
PSP3000:
189 gram (6.7 oz)
PSP GO:
158 gram (5.6 oz)
Permainan terlaris Monster Hunter Freedom Unite (3.5 juta) (sehingga 30 Jun 2010)
Pengganti PlayStation Vita

PlayStation Portable (PSP) (ᴊᴘ プレイステーション・ポータブル) adalah sebuah konsol permainan video mudah alih yang dibangunkan oleh Sony Computer Entertainment[4]. Pembangunan mengenai konsol ini diumumkan pada acara E3 2003[5], dan telah diperkenalkan pada 11 Mei 2004 semasa sidang akhbar Sony sebelum bermulanya acara E3 2004[6]. Konsol ini dilancarkan di Jepun pada 12 November 2004[7], di kawasan Amerika Utara pada 24 Mac 2005[8] dan di kawasan yang menggunakan PAL pada 1 September 2005[9]. Konsol ini bersaing dengan beberapa konsol utama lain seperti Nintendo DS sebagai sebahagian daripada generasi ketujuh konsol permainan video.

PlayStation Portable merupakan konsol mudah alih pertama yang mampu bersaing secara terus dengan konsol Nintendo DS oleh kerana spesifikasinya yang dianggap berkuasa, berbanding dengan konsol mudah alih lain seperti Neo Geo Pocket dan Nokia N-Gage yang gagal memecahkan dominasi Nintendo dalam pasaran konsol permainan video mudah alih[10]. Konsol ini memiliki cip mikropemproses grafik yang berupaya memaparkan grafik yang lebih mendalam[11] serta memiliki keupayaan memainkan bahan media lain seperti memainkan video dan paparan saluran televisyen, menjadikan PlayStation Portable ini sebuah peranti mudah alih multimedia yang banyak digunakan pada ketika itu[12]. Ianya juga memiliki sambungan yang boleh digunakan untuk menyambung konsol ini kepada PlayStation 3 serta PSP lain dan juga sambungan Internet[13][14].

Model asal PSP (PSP-1000) kemudian digantikan dengan model semakan (PSP-2000) atau Slim & Lite yang menawarkan perubahan dari segi penampilan fizikal pada tahun 2007. Model semakan berikutnya, PSP-3000 menawarkan fungsi mikrofon terbina serta rekaan skrin yang baru yang dikeluarkan pada tahun 2008. Model semakan terakhir yang dikenali sebagai PSP Go diperkenalkan pada tahun 2009, diikuti dengan model bajet, PSP-E1000 dikeluarkan pada tahun 2011. PlayStation Portable akhirnya digantikan dengan PlayStation Vita yang dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember 2011 di Jepun dan pada bulan Februari 2012 di seluruh dunia.

Pasaran PlayStation Portable ditamatkan secara rasmi sekitar tahun 2014 di seluruh dunia[15], yang telah mencatatkan jualan sebanyak 80 juta unit terjual setelah 10 tahun dilancarkan[1].


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nintendo merupakan pengeluar konsol permainan video mudah alih utama dunia. Mereka telah mendominasi pasaran ini sejak tahun 1989 dengan pengenalan konsol Game Boy dan menerima saingan daripada beberapa konsol lain seperti Game Gear keluaran Sega dan WonderSwan keluaran Bandai. Walau bagaimanapun, konsol permainan video yang dikeluarkan Nintendo masih lagi kukuh di pasaran sehinggalah Sony mengumumkan akan niat mereka yang ingin memasuki pasaran ini.

Sony mula mengumumkan pembangunan konsol PlayStation Portable menerusi sidang akhbar yang diadakan sebelum bermulanya acara E3 200[16]. Walaupun tiada prototaip diperkenalkan[16], Sony mengumumkan butiran lanjut mengenai spesifikasi teknikal berkaitan konsol terbaru ini[17]. Ketua pengarah eksekutif Sony Computer Entertainment pada ketika itu, Jose Villeta, menganggap konsol ini sebagai "Walkman pada abad ke-21" yang merujuk kepada keupayaan konsol ini memainkan pelbagai bahan media[18]. Beberapa laman reviu permainan video sangat tertarik akan keupayaan konsol ini dan mengharapkan sesuatu yang positif akan keupayaan konsol ini sebagai platform permainan video[5][16][19].

Gambaran konsep pertama PSP muncul pada bulan November 2003 dalam mesyuarat korporat Sony dan ianya memaparkan konsol PSP dengan butang yang rata serta ketiadaan kayu analog[20]. Ramai yang menyatakan rasa hampa mereka kerana kayu analog ini tidak disertakan[21], Sony meneruskan pengumuman rasmi mereka mengenai konsol PlayStation Portable ini dalam sidang akhbar semasa acara E3 2004 berlangsung[22]. Dalam sidang akhbar itu juga, Sony mengumumkan butiran lanjut mengenai konsol ini serta aksesori tambahan yang boleh digunakan[23] serta senarai 99 buah syarikat pembangun permainan video yang menyatakan sokongan akan konsol ini[24].

Pelancaran[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Oktober 2004, Sony mengumumkan bahawa PSP akan dilancarkan di Jepun pada 12 Disember 2004, dengan harga pengenalan sebanyak ¥19,800 untuk model asas dan ¥24,800 untuk pakej Value System[25]. Pada hari pertama konsol ini dilancarkan, ianya telah terjual lebih dari 200000 unit[26]. Pada 3 Februari 2005, Sony mengumumkan bahawa PSP akan mula dijual di kawasan Amerika Utara pada 24 Mac 2005, pada harga US$249/CA$299[27]. Ada di antara pengguna yang merungut akan harga yang lebih tinggi[28], US$20 lebih daripada harga jualan untuk pasaran Jepun dan lebih dari $100 tinggi berbanding dengan konsol Nintendo DS[29]. Di sebalik kebimbangan ini, pelancaran konsol PSP di kawasan Amerika Utara berjaya[30][31], walaupun terdapat laporan yang menyatakan bahawa hasil jualan konsol ini tidak seperti yang diharapkan[32], di sebalik dakwaan Sony yang menyatakan bahawa 500 000 unit telah terjual pada dua hari pertama[33].

Pada awalnya, konsol PSP dijangka akan dilancarkan serentak bagi kawasan Amerika Utara dan kawasan yang menggunakan PAL[23], namun begitu, pada 15 Mac 2005, Sony mengumumkan bahawa pelancaran di kawasan PAL ditangguhkan akibat permintaan yang tinggi di Jepun dan Amerika Utara[34]. Sebulan kemudian, pada 25 April 2005, Sony mengumumkan bahawa konsol PSP akan dilancarkan di kawasan PAL pada 1 September 2005, dengan harga pengenalan sebanyak €249/£179[35]. Sony mempertahankan pengenalan harga yang tinggi, lebih US$100 daripada harga di kawasan Amerika Utara dengan alasan bahawa pengguna di kawasan Amerika Utara perlu membayar cukai jualan tempatan dan cukai Cukai barangan dan perkhidmatan VAT adalah lebih tinggi di kawasan United Kingdom berbanding di Amerika Syarikat[36]. Di sebalik pengenalan harga yang tinggi, pelancaran konsol PSP di kawasan PAL dikatakan berjaya, telah terjual sebanyak lebih 185000 unit di kawasan United Kingdom sahaja, kehabisan stok di kesemua kedai elektronik dalam masa tiga jam selepas pelancaran, lebih dua kali ganda rekod jualan hari pertama yang dicatatkan oleh konsol Nintendo DS sebanyak 87000 unit.


Model[sunting | sunting sumber]

Model Imej Sambungan/storan Sambungan tanpa wayar RAM dan storan terbina CPU Paparan Tarikh pengeluaran asal Versi asal perisian sistem Bateri Status pengeluaran
PSP-1000 Piano Black PSP-1000 USB 2.0, UMD, Sambungan serial, Bicu audio, Memory Stick PRO Duo 802.11b Wi-Fi, IRDA 32 MB, 32 MB Perisian sistem MIPS R4000 berkelajuan 1~333 MHz 4.3 in (110 mm) 16:9 TFT pada 480 × 272, 16.77 juta warna 12 Disember 2004 (Jepun) 1.00 3.6 V DC 1800 mAh, Naiktaraf sehingga 2200 mAh Tidak dikeluarkan
PSP-2000 Piano Black PSP-2000 USB 2.0, UMD, Video Out, Bicu audio, Memory Stick PRO Duo 802.11b Wi-Fi 64 MB, 64 MB Perisian sistem September 2007 3.60 3.6 V DC 1200 mAh, Naiktaraf sehingga 2200 mAh Tidak dikeluarkan
PSP-3000 Silver PSP-3000 USB 2.0, UMD, Video Out, Mikrofon, Bicu audio, Memory Stick PRO Duo Oktober 2008 4.20 Tidak dikeluarkan
(2012)
PSP Go (PSP-N1000) Piano Black PSPGo Sambungan semua dalam satu, Bicu audi, Mikrofon, Memory Stick Micro (M2) 802.11b Wi-Fi, Bluetooth 2.0 + EDR 64 MB, 16 GB Data pengguna berkongsi dengan perisian sistem 3.8 in (97 mm) 16:9 TFT pada 480 × 272, 16.77 juta warna Oktober 2009 5.70 3.6 V DC Bateri terbina Tidak dikeluarkan
(2011/2013)
PSP Street (PSP-E1000) PSP-E1000 USB 2.0, UMD, Bicu audio, Memory Stick PRO Duo Tidak 64 MB, 64 MB Perisian sistem [37] 4.3 in (110 mm) 16:9 TFT pada 480 × 272, 16.77 juta warna Oktober 2011 6.50 Tidak dikeluarkan
(2014)


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Sony to Stop Selling PlayStation Portable by End of Year". Time. 3 Jun 2014. Diarkibkan daripada original pada 3 Jun 2014. Dicapai pada 30 Disember 2016. 
  2. ^ Metro.co.uk, David Jenkins for (27 November 2013). "Xbox One v PlayStation 4: Who will win the next-gen console race?". Dicapai pada 30 Disember 2016. 
  3. ^ Moriarty, Colin (17 November 2014). "Vita Sales Are Picking Up Thanks to PS4 Remote Play". Dicapai pada 30 Disember 2016. 
  4. ^ "PSP Technical Specifications". Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada original pada 2008-03-13. Dicapai pada 12 Mac 2008. 
  5. ^ a b "E3 2003: Sony Goes Handheld!". IGN. 13 Mei 2005. Dicapai pada 12 Mac 2008. 
  6. ^ Miller II, Stanley A. (11 Mei 2004). "Sony aims to take on rivals". Milwaukee Journal Sentinel. 
  7. ^ "PSP Japanese launch impressions". 1UP. 11 Disember 2004. Dicapai pada 12 Mac 2008. 
  8. ^ Thorsen, Tor (24 Mac 2005). "The US PSP Launch". GameSpot. Dicapai pada 12 Mac 2008. 
  9. ^ "Sony PSP launches across Europe". The BBC. 1 September 2005. Dicapai pada 12 Mac 2008. 
  10. ^ Patsuris, Penelope (7 Jun 2004). "Sony PSP Vs. Nintendo DS". Forbes. Dicapai pada 17 Mei 2017. 
  11. ^ Roper, Chris (28 Mac 2005). "Sony PSP vs. Nintendo DS". IGN. Dicapai pada 12 Mac 2008. 
  12. ^ Waters, Darren (30 Ogos 2005). "Sony promotes vision of mobile video". BBC News. 
  13. ^ "User's Guide – Remote Play". Sony Computer Entertainment. Dicapai pada 12 Mac 2008. 
  14. ^ "Support – PSP – Connecting to the Internet". Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada original pada 13 Mac 2008. Dicapai pada 12 Mac 2008. 
  15. ^ "Sony to Stop Selling PlayStation Portable by End of Year". Majalah Times. Time Inc. 3 Jun 2014. Diarkibkan daripada original pada 4 Jun 2014. Dicapai pada 4 Jun 2014. 
  16. ^ a b c Bramwell, Tom (13 Mei 2003). "E3 2003: Sony announces PlayStation Portable". Eurogamer. Dicapai pada 13 Mac 2008. 
  17. ^ "E3 2004: PSP press release". gamedaily.com. 13 Disember 2003. Diarkibkan daripada original pada 23 Mac 2008. Dicapai pada 13 Mac 2008. 
  18. ^ Parker, Sam (13 Mei 2003). "Sony announces PSP handheld". GameSpot. Dicapai pada 13 Mac 2008. 
  19. ^ "E3 2003: More details about the PSP". ps2fantasy.com. 13 Mei 2003. Dicapai pada 13 Mac 2008. 
  20. ^ Fahey, Rob (5 November 2005). "Sony's PSP concept model causes a stir". gamesindustry.biz. Diarkibkan daripada original pada 2008-12-16. Dicapai pada 13 Mac 2008. 
  21. ^ Harris, Craig (4 November 2003). "PSP Concept System". IGN. Dicapai pada 13 mac 2008. 
  22. ^ "The PSP FAQ". IGN. 28 mei 2004. Dicapai pada 13 Mac 2008. 
  23. ^ a b Thorsen, Tor (11 Mei 2004). "Sony shows off the PSP at E3". GameSpot. Dicapai pada 13 Mac 2008. 
  24. ^ Guttridge, Luke (11 Mei 2004). "E3 2004: Sony debut eagerly awaited PSP handheld". play.tm. Diarkibkan daripada original pada 2012-05-30. Dicapai pada 13 Mac 2008. 
  25. ^ "Japanese Price and Date set". IGN. 17 Oktober 2004. Dicapai pada 15 Mac 2008. 
  26. ^ Locklear, Fred (13 Disember 2004). "200k pretty sweet purchases during Sony's Japan PSP launch". Ars Technica. Dicapai pada 15 Mac 2008. 
  27. ^ "PSP (PlayStation Portable) set to release on March 24 across North America". Sony Computer Entertainment. 3 Februari 2005. Dicapai pada 15 Mac 2008. 
  28. ^ Casamassina, Matt (3 Februari 2005). "PSP US Launch Date and Price Revealed". IGN. Dicapai pada 15 Mac 2008. 
  29. ^ Smith, Tony (4 Februari 2005). "Sony names US PSP launch date, price". The Register. Dicapai pada 15 Mac 2008. 
  30. ^ "PSP Launch: The Sony Metreon". IGN. 24 Mac 2005. Dicapai pada 15 Mac 2008. 
  31. ^ Thorsen, Tor; Tim Surette (24 Mac 2005). "Spot On: The US PSP Launch". GameSpot. Dicapai pada 15 Mac 2008. 
  32. ^ Lyman, Jay (5 April 2004). "Sony PSP Sales get off to lackluster start". technewsworld.com. Dicapai pada 15 Mac 2008. 
  33. ^ "PSP (PlayStation Portable) sells more than a half million units in its first two days". Sony Computer Entertainment. 6 April 2005. Dicapai pada 15 Mac 2008. 
  34. ^ "PSP Release Postponed in Europe". GamingWorldX. 15 Mac 2005. Diarkibkan daripada original pada 11 Mei 2008. Dicapai pada 15 Mac 2008. 
  35. ^ Miles, Stuart (25 April 2005). "Sony sets launch date in Europe for PSP". pocket-lint.co.uk. Dicapai pada 15 Mac 2008. 
  36. ^ "PSP European launch in September". The BBC. 26 Mac 2005. Dicapai pada 18 Mei 2017. 
  37. ^ "PSP E-1004 Review". PSP E-1000 Review. Eurogamer. Dicapai pada 21 Februari 2012. 


Pautan luar[sunting | sunting sumber]