Pergi ke kandungan

PlayStation X

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sony PSX
PembangunSony Computer Entertainment
PengilangSony Computer Entertainment
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi keenam
Ketersediaan runcitJepun 13 Disember 2003
DitamatkanFebruari 2005
Media
  • DVD atau CD
  • Cakera padat PlayStation
  • Cakera padat PlayStation 2
Sistem pengendalianXrossMediaBar, G Guide
CPUEmotion Engine 90nm EE+GS
InputAlat pengawal DualShock dan DualShock 2
Berat5.8 kg

PSX (ピーエスエックス, Pī Esu Ekkusu) atau dikenali juga dengan nama PlayStation X (プレイステーションエックス, Pureisutēshon Ekkusu) merupakan sebuah alat perakam digital yang dikeluarkan Sony yang berintegrasi sepenuhnya dengan konsol PlayStation 2. Konsol ini hanya dikeluarkan di Jepun pada 13 Disember 2003. Konsol ini dipasarkan oleh Sony Corporation karana dianya direka untuk kegunaan umum dan tidak dikhususkan untuk peminat permainan video[1].


Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Konsol ini merupakan alat perakam digital yang disertakan dengan alat kawalan jauh serta input untuk S-Video, Video Komposit dan sambungan RF. Konsol ini juga berupaya menerima siaran VHF dan CATV serta boleh disambungkan dengan PlayStation Portable untuk memindahkan data seperti video dan muzik menggunakan USB[2].

Konsol PSX berupaya untuk memainkan permainan video dari cakera padat yang dikeluarkan untuk PlayStation dan PlayStation 2 kerana cip mikpemproses yang digunakan mampu membaca data dari kedua-dua media tersebut. Permainan video yang memerlukan sambungan Internet juga boleh dimainkan dengan menggunakan sambungan jalur lebar yang tersedia. Manakala permainan video yang memerlukan cakera keras tetap seperti Final Fantasy XI juga boleh dimainkan dengan PSX[3].

Konsol ini juga merupakan peranti pertama Sony yang menggunakan grafik antaramuka XrossMediaBar (XMB) yang kemudiannya digunakan dalam peranti PlayStation Portable, PlayStation 3 dan television Sony BRAVIA[4].

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]

Konsol ini dijana dengan cip mikropemproses EE+GS yang merupakan gabungan di antara cip Emotion Engine dan Graphic Synthesizer, membolehkan grafik beresolusi tinggi dihasilkan[3].

Sistem teras
Cip mikropemproses Emotion Engine 90nm EE+GS 294 MHz
RAM 32 MB RDRAM
RAM video 4 MB DRAM
Grafik dan suara
Palet warna 24-bit / 32-bit
Resolusi skrin 256px x 224px hingga 1280px x 1024px
Saluran audio 48 saluran, 48 kHz, Dolby Digital 5.1[2]
Input
Alat pengawal 2
Sambungan jalur lebar Ethernet (100BASE-TX/10BASE-T)[2]
Siaran analog Sambungan VHF / UHF 75ΩF (I\O)[2]


  1. ^ Anoop Gantayat. "New From Sony: PSX". IGN.com. Dicapai pada 26 September 2015.
  2. ^ a b c d "Sony PSX (DVR)". Videogameconsolelibrary.com. Dicapai pada 26 September 2015.
  3. ^ a b "SONY MARKETING (JAPAN) ANNOUNCES LAUNCH OF "PSX" DESR-5000 and DESR-7000 TOWARDS THE END OF 2003". Sony. Dicapai pada 26 September 2015.
  4. ^ "Sony PSX". Theverge.com. Dicapai pada 26 September 2015.