Playboy Itu Suami Aku
Playboy Itu Suami Aku | |
---|---|
![]() | |
Genre | Drama |
Ditulis oleh | Suri Ryana Wan Mahani Wan Hassan |
Pengarah | Azmi Hatta |
Pengarah kreatif | Kas Roshan |
Dibintangi oleh | Fattah Amin
Risteena Munim Chacha Maembong Putri Najuwa |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit | Mohd Ruslan Haji Osman Tengku Noraishah Tengku Haji Aabdul Aziz |
Tempoh siaran | 47 minit |
Syarikat penerbitan | Temenggong Pictures SDN BHD |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 11 November 2013 – 30 Disember 2013 |
Status | Tamat |
Kronologi | |
Mengikuti | Love You Mr. Arrogant |
Diikuti oleh | Ariana Rose |
Rancangan berkaitan | Tundukkan Playboy Itu |
Playboy Itu Suami Aku?! merupakan drama yang menggantikan drama Love You Mr. Arrogant dalam Slot Akasia di TV3. Drama ini diapdatasikan dari novel "Playboy Itu Suami Aku?!" terbitan Kaki Novel karya Suri Ryana. Drama 28 episod, terbitan Temenggong Pictures ini mula ditayangkan pada 11 November 2013 di Slot Akasia, TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Drama arahan Azmi Hatta ini dibintangi oleh Fattah Amin, Risteena Munim, Chacha Maembong dan Putri Najuwa.
Isi kandungan
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Afina Aulia (Risteena Munim), seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Raja Adrian Benjamin (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya Aulia (Chacha Maembong) ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.Dia juga seorang playgirl dan Adrian merupakan salah seorang dari teman lelaki Fisya.
Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun nama 'manjanya' yang diberikan oleh Afina iaitu ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.
Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.
Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.
Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di sebuah tempat rahsia.Afina juga telah berubah penampilan dari seorang gadis nerd menjadi seorang gadis yang amat cantik.
Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri (Jay Iswazir) dan memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.
Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Adrian pula mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran di luar negara.
Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan.Fisya pula yang sudah pulang ke Malaysia merancang untuk merampas Adrian dari Afina. Dia mengugut Afina jika dia tidak meninggalkan Adrian, Adrian akan dibunuh.Akhirnya, Afina membawa diri ke Seoul dan tinggal bersama Syaf yang melanjutkan pelajaran disana. Akhirnya kejahatan Fisya terbongkar. Adrian berjumpa dengan Afina dengan bantuan Syaf.Adrian menceritakan segalanya termasuklah Fisya yang meninggal akibat dilanggar oleh Nazri akibat tidak menunaikan janjinya. Afina dan Adrian akhirnya hidup bahagia selamanya.[1][2]
Pelakon[sunting | sunting sumber]
Pelakon utama[sunting | sunting sumber]
- Fattah Amin sebagai Raja Adrian Benjamin
- Risteena Munim sebagai Afina Aulia
- Chacha Maembong sebagai Afisya Aulia/Fisya
Pelakon sampingan[sunting | sunting sumber]
- Wan Sharmila sebagai Syaf
- Ayang Abbas sebagai Dila
- Nor Albaniah Raffie sebagai Azizah
- Khairil Anwar sebagai Rahim
- Dilla Ahmad sebagai Puan Sri Zahida
- Ben Amir sebagai Sam (Kawan King)
- Hafiz Halim sebagai Fahmi
- (YuhaizahLee) Ayu Ruhaizah sebagai Rita (Kawan/Housemate Dahlia)
- Jay Iswazir sebagai Nazri
Runut bunyi[sunting | sunting sumber]
Playboy Itu Suami Aku: The Soundtrack | |
---|---|
Runut bunyi oleh Pelbagai | |
Dikeluarkan pada | 2013 |
Genre | Pop |
Masa | 16:58 |
Lagu tema drama ini ialah "Rindukanlah" nyanyian Encik Mimpi. Selain lagu ini, terdapat beberapa buah lagu lagi yang menghiasi setiap babak yang menarik dalam drama Playboy Itu Suami Aku antaranya adalah seperti berikut:[3]
Senarai runut[sunting | sunting sumber]
No. | Tajuk | Artist | Masa |
---|---|---|---|
1. | "Rindukanlah" | Encik Mimpi | |
2. | "Sandiwara Cinta" | Republik | |
3. | "Curiga" | Malisa J feat. Sabiq | |
4. | "Aku Jatuh Cinta" | Tompi | |
5. | "Pencuri" | Mark Adam | |
6. | "Bukan Pacarmu" | Tompi | |
7. | "Menghujam Jantungku" | Tompi |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ DRAMA PLAYBOY ITU SUAMI AKU (TV3). infotaip. November 8, 2013.
- ^ Sinopsis Drama Bersiri Playboy Itu Suami Aku. Sensasi Selebriti (budiey). 8 NOV, 2013.
- ^ Senarai lagu tema (OST) drama Playboy Itu Suami Aku MySumber
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 7.00 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Playboy Itu Suami Aku | Berikutnya |
Love You Mr. Arrogant | Ariana Rose |