Plaza Blok M

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Plaza Blok M
Blok M Plaza in the evening April 2019 2.jpg
LokasiJakarta
AlamatKebayoran Baru, Jakarta Selatan
Tarikh pembukaan1990

Plaza Blok M adalah sebuah pusat membeli-belah yang berada di kawasan Kebayoran Baru, tepatnya di Jl. Bulungan No: 76, yang merupakan Daerah Pusat Perniagaan di Jakarta Selatan, Indonesia.

Blok M Plaza dibina pada tahun 1990 dan terdiri daripada tujuh tingkat kedai serta 13 tingkat tempat letak kereta yang mampu menampung sekitar 700 buah kereta dan 300 buah motosikal. Bangunan ini dirasmikan oleh mendiang Ibu Tien Soeharto pada 30 Mei 1991.

Plaza Blok M telah menjadi sebuah pusat membeli-belah yang banyak dikunjungi dan hingga saat ini, banyak barang yang biasa dinikmati di sini, mulai dari gula-gula hingga pakaian-pakaian, baik pakaian kerja mahupun pakaian harian. Hingga saat ini, Plaza Blok M masih terus melakukan pembaikan, dari tempat letak kereta hingga bahagian dalam Plaza Blok M.

Puatan luar[sunting | sunting sumber]