Plecing kangkung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Plecing kangkung ialah masakan khas Indonesia yang berasal dari Lombok. Plecing kangkung terdiri daripada kangkung yang dicelur dan disajikan dalam keadaan sejuk dan segar dengan sambal tomato, yang dibuat dari cili padi, garam, belacan dan tomato, dan kadang kala diberi titisan air limau. Sebagai pendamping ayam taliwang, plecing kangkung biasanya disajikan dengan tambahan sayuran seperti tauge, kacang panjang, kacang tanah goreng, ataupun urap.

Kangkung yang digunakan untuk masakan ini bukan tanaman kangkung sayur yang biasa di Pulau Jawa, tetapi berupa kangkung air yang biasanya ditanam di sungai yang mengalir dengan kaedah tertentu, yang menghasilkan kangkung dengan batang besar yang rangup.