Pliosen

Tempoh (epok) Pliosen dalam skala masa geologi bermula dari 5.333 juta hingga 2.58[1] juta tahun sebelum kini. Ini merupakan tempoh kedua bagi usia Neogen dalam era Senozoik. Pliosen berlaku selepas tempoh Miosen dan diikuti dengan epok Pleistosen. Sebelum pengemaskinian skala masa geologi pada 2009 yang menetapkan empat pengglasieran terkini dalam Pleistosen, Pliosen juga tertakluk dalam tahap pengglasieran Gelasian yang berlaku pada 2.588 - 1.806 juta tahun dulu, dan kini termasuk dalam Pleistosen.[2]
Seperti tempoh-tempoh geologi terdahulu, stratum geologi yang menetapkan mula akhir Pliosen sudah ditetapkan dengan elok, tetapi waktu yang tepat masih agak kurang jelas. Sempadan mula Pliosen tidak tertakluk kepada suatu peristiwa global, tetapi pada sempadan setempat di antara zaman Miosen yang panas dan Pliosen yang lebih dingin. Sempadan akhir ditakrifkan pada permulaan pengglasieran Pleistosen.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ See the 2014 version of the ICS geologic time scale Diarkibkan 2014-05-30 di Wayback Machine
- ^ Ogg, James George; Ogg, Gabi; Gradstein F. M. (2008). The Concise Geologic Time Scale. Cambridge University Press. m/s. 150–1. ISBN 9780521898492.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Media berkenaan Pleistosen di Wikimedia Commons