Plutarch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Plutarch

Mestrius Plutarchus (k.k. 46- 127), dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Plutarch, ialah seorang ahli sejarah, periwayat, dan penulis esei Yunani.

Dilahirkan di Chaeronea, sebuah bandar kecil di kawasan Yunani yang dikenali sebagai Boeotia, mungkin pada masa pemerintahan Claudius, Maharaja Rom, Plutarch jauh mengembara di dunia Mediterranean, termasuk dua kali ke Rom. Disebabkan kekayaan ibu bapanya, Plutarch dapat membelajari falsafah, retorik, dan matematik di Akademi Athens selepas tahun 67.

Plutarch mempunyai beberapa kawan yang amat berpengaruh, termasuk Soscius Senecio dan Fundanus. Kedua-dua kawan ini adalah senator yang beliau mendedikasikan sebilangan penulisannya yang kemudian. Plutarch tinggal di Chaeronea untuk kebanyakan hidupnya dan diperkenalkan dalam misteri Apollo, dewa Yunani. Bagaimanapun, tanggungjawabnya sebagai orang yang lebih lama kepada dua orang pendeta Apollo di Tempat Keramat di Delphi (Oracle of Delphi, di mana beliau bertanggungjawab untuk mentafsirkan petanda-petanda Pythia) tidak mengambil banyak masanya — beliau mengamalkan kehidupan sosial dan awam yang aktif dan menghasilkan amat banyak tulisan, kebanyakan daripada ini masih wujud.


Kerja sebagai majistret dan duta[sunting | sunting sumber]

Selain daripada tugas-tugasnya sebagai pendeta kuil Delphi, Plutarch juga memegang jawatan majistret di Chaeronea dan beliau pernah mewakili tempat asalnya untuk berbagai-bagai misi ke negara-negara asing semasa tahun-tahun dewasa awalnya. Kawannya, Lucius Mestrius Florus, seorang konsul Rom, menaja Plutarch sebagai warganegara Rom dan, menurut George Syncellus, ahli sejarah abad ke-10, pada hidup akhirannya, Maharaja Hadrian melantik beliau sebagai peguam cara Achaea – satu jawatan yang memberikannya hak untuk memakai jubah dan perhiasan konsul. (Suda, sebuah ensiklopedia Yunani zaman pertengahan, menyatakan bahawa Trajan, pendahulu Hadrian, melantik Plutarch sebagai peguam cara Illyria, tetapi kebanyakan ahli sejarah menganggap bahawa ini tidak mungkin kerana Illyria bukan sebuah wilayah yang mempunyai peguam cara, dan Plutarch mungkin tidak bertutur dalam bahasa Illyria.

Kehidupan-kehidupan Selari[sunting | sunting sumber]

Karya Plutarch yang paling terkenal ialah Kehidupan-kehidupan Selari, sebuah siri biografi tokoh-tokoh Yunani dan Rom yang masyhur, disusun dalam bentuk diad untuk menunjukkan kebaikan atau kelemahan moral mereka yang sama. Manuskrip Kehidupan-kehidupan yang masih wujud mengandungi 23 pasang biografi, dengan setiap pasang mengandungi satu Kehidupan Yunani dan satu Kehidupan Rom, bersama-sama dengan empat Kehidupan tunggal yang berasingan. Sebagaimana yang Plutarch menerangkan dalam perenggan pertama untuk Kehidupan Alexander, beliau tidak mengambil berat tentang penulisan sejarah pada dirinya, tetapi hanya hendak memeriksa pengaruh dengan teliti peribadi — baik atau buruk — terhadap kehidupan dan takdir tokoh-tokoh yang masyhur. Sesetengah daripada Kehidupan-kehidupan yang lebih menarik — umpamanya, peribadi Heracles dan Philip II dari Macedon — tidak wujud lagi, dan banyak daripada Kehidupan-kehidupan yang lain telah dipotong, mengandungi lompang yang ketara, atau diubah oleh pengarang-pengarang yang kemudian.

Kehidupan Alexander[sunting | sunting sumber]

Kehidupan Alexander ialah salah satu daripada lima sumber tertier yang masih wujud tentang penakluk Macedonia, dan mengandungi anekdot dan pemerihalan peristiwa-peristiwa yang tidak wujud dalam sumber yang lain. Serupa juga, potretnya untuk Numa Pompilius, seorang maharaja Rom yang awal, juga mengandungi maklumat yang unik mengenai takwim Rom yang awal.

Karya-karya yang lain[sunting | sunting sumber]

Moralia[sunting | sunting sumber]

Karya-karya Plutarch yang lain yang masih wujud telah dikumpulkan di bawah tajuk Moralia (diterjemahkan secara kurang tepat sebagai Adat resam dan Mores). Ini merupakan sebuah himpunan bersifat eklektik yang mengandungi tujuh puluh lapan esei dan upacan transkripsi, dan yang termasuk:

  • Mengenai Nasib atau Sikap Baik Alexander Agung – satu tambahan yang penting untuk Kehidupan raja yang agung itu;
  • Mengenai Penyembahan Isis dan Osiris – satu sumber matlumat yang genting mengenai upacara agama Mesir; dan
  • Mengenai Niat Jahat Herodotus – satu usaha retorik yang serupa dengan ucapan-ucapan mengenai pencapaian Alexander, dan yang Plutarch mempergunakan untuk mengkritikkan apa yang beliau melihatkan sebagai pandangan berat sebelah yang sistematik dalam karya Herodotus;

bersama-sama dengan karya-karya yang lebih bersifat falsafah, seperti Kemerosotan Tempat-tempat Keramat, Mengenai Kelewatan Balas Dendam Tuhan, Mengenai Ketenangan Fikiran, dan karya-karya yang lebih ringan, seperti Odysseus dan Gryllus, sebuah dialog yang lucu antara Ulysses Homer dengan Circe, salah satu daripada babi tersihir. Moralia ditulis lebih dahulu, sedangkan Kehidupan menelan kebanyakan daripada dua dekad terakhir hayat Plutarch.

Sesetengah edisi Moralia termasuk banyak karya yang kini dikenali sebagai pseudepigrafa: antaranya ialah Kehidupan-kehidupan Sepuluh Ahli Pidato (biografi Sepuluh Ahli Pidato Athens kuno, berdasarkan Doktrin-doktrin Ahli-ahli Falsafah oleh Caecilius dari Calacte), dan Mengenai Muzik. Seorang "pseudo-Plutarch" dipertanggungjawabkan terhadap kesemua karya ini, walaupun pengarangnya memang tidak dapat diketahui. Walaupun pemikiran dan pendapat itu bukannya kepunyaan Plutarch sendiri tetapi dari tempoh yang tidak lama kemudian, asal kesemua ini adalah klasik dan amat bernilai kepada para ahli sejarah.

Quaestiones[sunting | sunting sumber]

Sepasang karya yang menarik tetapi kurang masyhur ialah Soalan-soalan yang merupakan perincian terselindung tentang tabiat dan kultus masing-masing untuk Rom dan Yunani.

Pengaruh Plutarch[sunting | sunting sumber]

Karya-karya Plutarch amat mempengaruhi kesusasteraan Inggeris dan Perancis. William Shakespeare memparafrasakan sebilangan bahagian daripada terjemahan Thomas North untuk Kehidupan pilihan dalam drama-dramanya, dan kekadang memetiknya secara kata demi kata. Ralph Waldo Emerson dan penyokong-penyokong Transendentalisme amat dipengaruhi oleh Moralia. (Emerson menulis pengenalan yang indah untuk edisi lima jilid Moralia pada abad ke-19). Boswell memetik ayat Plutarch mengenai penulisan tentang kehidupan, berbanding biografi, dalam pengenalan untuk karyanya, Kehidupan Samuel Johnson. Peminat-peminat Plutarch yang lain termasuk Ben Jonson, John Dryden, Alexander Hamilton, John Milton, dan Sir Francis Bacon, serta tokoh-tokoh yang begitu berbeza seperti Cotton Mather, Robert Browning dan Montaigne. Montaigne memperoleh banyak ilham dan idea daripada Moralia Plutarch untuk karyanya, Esei.

Petikan[sunting | sunting sumber]

  • "Kekejaman membentukkan seksaan diri. Dia adalah tukang yang amat baik untuk hidup yang sengsara."
  • "Mempunyai keturunan yang baik adalah sesuatu yang elok, tetapi kemuliaannya adalah kepunyaan nenek moyang kita."
  • "Akal bukannya sebuah bekas untuk diisi, tetapi satu api untuk dinyalakan." —Mengenai Mendengar Syarahan
  • "Hanya untuk mengambil beberapa suap daging, kita merampas satu jiwa daripada matahari dan cahaya, dan daripada bahagian hidupnya yang ia dilahirkan ke dalam dunia ini untuk menikmati." —Mengenai Makan Daging
  • "Pemusnah kebebasan yang benar ialah mereka yang menyebarkan kedermawanan, derma, dan manfaat (hadiah atau wang yang keterlaluan)"

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Kehidupan-kehidupan" oleh Plutarch – oleh Alan Wardman ISBN 0-236-17622-6
  • "Kehidupan-kehidupan: Menjelajah tabiat baik dan buruk" oleh Plutarch – oleh Timothy E. Duff (Oxford UP: 2002 pb) ISBN 0-19-925274-2
  • "Gema Yunani" oleh Edith Hamilton. Perpustakaan Norton, W.W. Norton and Company, Inc. 1957. m.s. 194. ISBN 0-393-00231-4

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource
Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: