Poh Ling Yeow
Poh Ling Yeow | |
---|---|
Kelahiran | 1973 (umur 50–51) |
Warganegara | Malaysia |
Kerakyatan | Australia |
Pendidikan | Sarjana Muda Reka Bentuk |
Pusat pendidikan | University of South Australia |
Pekerjaan |
|
Pangkat | Naib juara, MasterChef Australia (siri 1) |
Pasangan | Jono Bennett (k. 2014) Matt Phipps (cerai)[1] |
Laman web rasmi | pohlingyeow.com Poh & Co. Poh's Kitchen Jamface by Poh |
Poh Ling Yeow (Bahasa Cina: 杨宝玲 ; pinyin: Yáng Bǎolíng[2] lahir 1973) ialah seorang chef, artis, pelakon, pengarang dan penyampai televisyen Australia berkelahiran Malaysia.
Dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia, dari keluarga Cina generasi kelima, Yeow bersekolah di SMK Convent Bukit Nanas.[3] Dia berhijrah ke Australia pada usia 9 tahun dengan ibu bapa dan abangnya, akhirnya menetap di Adelaide, Australia Selatan.[4] Setelah menghadiri Seymour College dan kemudian University of South Australia (di mana dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk ),[5] Yeow bekerja sebagai pereka grafik, pengilustrasi dan artis solek.
Yeow memakai nama Barat Sharon[6][7] hingga usia 25 tahun, tetapi kembali ke Poh Ling untuk merangkul warisan budaya.[8] Dia menjadi artis profesional sepenuh masa pada tahun 2002.[9]
MasterChef Australia
[sunting | sunting sumber]Yeow terpilih dalam 20 peserta terbaik untuk siri pertama MasterChef Australia dari lebih 7000 orang pemohon.[10] Persaingan dan penyingkiran bermula pada Mei 2009. Yeow tersingkir pada 18 Jun 2009 ketika dia salah meneka ramuan di minestrone.[11] Beliau salah satu daripada tiga peserta yang tersingkir yang dibenarkan untuk kembali ke program pada 1 Julai 2009.[12] Beliaubertahan dalam penyingkiran dan mara lebih jauh untuk bersaing di peringkat akhir pada 19 Julai 2009 menentang Julie Goodwin.[13] Goodwin memenangi gelaran itu, dengan naib juara menjadi milik Yeow.[14]
Pada tahun 2019, Yeow kembali ke MasterChef Australia sebagai mentor, berkongsi peranan dengan naib juara musim kelapan, Matt Sinclair dan pemenang musim ketujuh, Billie McKay.[15]
Pada tahun 2020, Yeow akan kembali ke MasterChef sebagai peserta dalam Back to Win.[16]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hornery, Andrew (26 March 2015). "Private Sydney: Chef Poh Ling Yeow invites cameras into her home". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 14 July 2018.
- ^ "反种族歧视专员称亚裔澳人缺失公共形象". ozdaily.net. Dicapai pada 14 July 2018.
- ^ D'Cruz, Neville (2009-07-20). "Malaysian-born Yeow Wins Aussie Hearts In Cooking Contest". bernama.com. Dicapai pada 2009-07-24.
- ^ Davies, Nathan (2009-07-11). "Poh dishes up her MasterChef secret". news.com.au. Dicapai pada 2009-07-18.
- ^ "UniSA Alumni Awards". UniSA Alumni Awards. Dicapai pada 3 September 2018.
- ^ "Masterchef Poh Ling Yeow's secret past". news.com.au. 2009-07-25. Dicapai pada 2009-07-26.
- ^ Thompson, Peter. "Talking Heads-Poh Ling Yeow". Australian Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2011. Dicapai pada 2 May 2011.
- ^ McDonald, Patrick (2006-02-11). "Little China girl". The Advertiser. Dicapai pada 2009-07-18.
- ^ "Poh Ling Yeow". libbyedwardsgalleries.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2009. Dicapai pada 2009-07-18.
- ^ Knox, David (2009-01-11). "7000 apply to become MasterChef". tv.com. Dicapai pada 2009-07-18.
- ^ "MasterChef's Poh Ling Yeow eliminated from the show". news.com.au. 2009-06-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 June 2009. Dicapai pada 2009-07-18.
- ^ "Booted MasterChef Poh Ling Yeow love life heats up with crew guy". news.com.au. 2009-07-02. Dicapai pada 2009-07-18.
- ^ Clune, Richard (2009-07-19). "MasterChef final expected to draw record television audience". news.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 July 2009. Dicapai pada 2009-07-19.
- ^ "MasterChef winner named". news.com.au. 2009-07-19. Dicapai pada 2009-07-19.
- ^ [https://tvtonight.com.au/2019/04/returning-masterchef-australia-8.html}
- ^ Knox, David (19 February 2020). "MasterChef Australia 2020: meet the cast". TV Tonight. Dicapai pada 19 February 2020.