Pohjola

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pohjola adalah lokasi dalam lagenda Finnish, merujuk Pohja (Utara), sebagai arah kompas, tanah Utara — seluruh kawasan kutub, dan sebagai dunia Kalevala, tempat tinggal Sami.

Dalam dunia sebenar, Pohjola merangkumi sebahagian dari Lapland dan Kainuu silam. Pohjola juga boleh dianggap sebagai tempat mistik sepenuhnya, sumber kejahatan — menyeramkan, tanah sentiasa beku jauh ke utara. Penyakit dan frost kemungkinannya diambil dari Pohjola ini. Pohjola adalah musuh Väinölätanah Kalevala.

Dalam mitos, Pemilik wanita Pohjola adalah Louhi, ahli sihir jahat yang amat berkuasa. Seorang tukang besi agung Seppo Ilmarinen membentuk Sampo di atas permintaannya dan memberikan kepadanya sebagai mahar anak perempuannya. Sampo adalah pengisar anjaib sama seperti Cornucopia, yang boleh memberikan hasil kepada rakyat Pohjola, tetapi penutup geloranya "churning lid" adalah simbol bintang-bintang di langit, dihiasi bintang, berputar pada paksi tengah atau tiang dunia. Watak Kalevala lain juga sebagai cuba untuk melamar anak -anak perempuan Pohjola. Ini termasuk Lemminkäinen dan Väinämöinen yang bijaksana. Louhi menuntut keanjaipan yang seumpama Sampo dari mereka, seperti memanah Angsa Tuonela. Apabila pelamar berjaya mendapat anak perempuannya, pesta pernikahan makan, dan minum besar-besaran akan diadakan di dewan besar Pohjola.

Batu asas dunia, akar kepada "pokok dunia", didapati, dari sudut pandangan mitos Finland, disebelah sana kaki langit utara, di Pohjola. Penempaan dan penyimpanan Sampo dan kekayaannya oleh ahli sihir Louhi jauh dalam gunung besar dalam cengkaman kegelapan Pohjola; perjuangan dan perperangan oleh penduduk selatan untuk membebaskan Sampo dan mendapatkannya bagi memenuhi kehendakan mereka dan akhirnya kemusnahan Sampo dan kehilangan penutup yang amat penting (yang membayangkan perpecahan pokok dunia di kutub utara) bersama-sama membentuk kebanyakan bahan Kalevala.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]