Pokémon: Volcanion dan Magearna Mekanikal yang Mengagumkan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Filem Pokémon:
Volcanion dan Magearna Mekanikal yang Mengagumkan
Jepunポケモン・ザ・ムービーXY&Z ボルケニオンと機巧のマギアナ
HepburnPokemon Za Mūbī Ekkusu, Wai ando Zetto: Borukenion to Karakuri no Magiana
Secara harfiahnyaPokémon the Movie XY&Z: Volcanion and the Exquisite Magearna
PengarahKunihiko Yuyama
Lakon layarAtsuhiro Tomioka
BerdasarkanPokémon oleh
Dihasilkan olehSatoshi Shimohira
Susumu Matsuyama
Kenichi Arai
Dibintangilihat dibawah
SinematografiAya Aoshima
Disunting olehToshio Henmi
Muzik olehShinji Miyazaki
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehToho
Tarikh tayangan
  • 16 Julai 2016 (2016-07-16) (Jepun)
Masa tayangan
95 minit
NegaraJepun
BahasaBahasa Jepun
Pecah panggungJepun:
¥2.15 bilion[1] (US$20.2 million)[2]
Overseas:
$5,871,077

Filem Pokémon: Volcanion dan Magearna Mekanikal yang Mengagumkan[3], dikenali di Jepun sebagai Pokémon the Movie XY&Z: Volcanion and the Exquisite Magearna (Jepun: ポケモン・ザ・ムービーXY&Z ボルケニオンと機巧のマギアナ, Hepburn: Pokemon Za Mūbī Ekkusu, Wai ando Zetto: Borukenion to Karakuri no Magiana) ialah sebuah anime pengembaraan Jepun 2016 dan filem ke-19 dalam siri filem Pokémon yang dihasilkan oleh OLM, dan juga merupakan filem ketiga dan terahkir dalam siri XY. Ia diarahkan oleh Kunihiko Yuyama dan ditulis oleh Atsuhiro Tomioka.[4] Filem ini membintangi suara Rica Matsumoto, Ikue Ōtani, Mayuki Makiguchi, Yūki Kaji, Mariya Ise, Megumi Hayashibara, Shin-ichiro Miki, Inuko Inuyama, Somegoro Ichikawa, Yuka Terasaki, Kōichi Yamadera, Mayu Matsuoka, dan Shoko Nakagawa. Filem ini menumpukan kepada Ahli Majlis Alva dari Kerajaan Azoth, yang mencuri "Soul-Heart" dari Pokémon artifak Magearna untuk menyalur kuasa dan mengawal sebuah kubu terbang dalam kerajaan itu. Pokémon Mitos Volcanion bersekutu dengan Pelatih Pokémon Ash Ketchum dan rakannya, Pikachu, Serena, Clemont, dan Bonnie untuk mengambil Soul-Heart Magearna.

Ia dikeluarkan di Jepun pada 16 Julai 2016. Di Amerika Syarikat, ia disiarkan di Disney XD pada 5 Disember 2016,[5]. Di Malaysia, disiarkan di pawagam pada 10 November 2016 dan menggunakan versi Jepun untuk versi alih suara Bahasa Melayu tetapi menggunakan nama dari versi Bahasa Inggeris.[6] Ia juga disiarkan di Astro First. [7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2016". Eiren. Motion Picture Producers Association of Japan. Dicapai pada 13 Februari 2019.
  2. ^ "Pokémon movie ends in theatres after tenth weekend". Dicapai pada Julai 24, 2016.
  3. ^ https://my.portal-pokemon.com/movie/
  4. ^ "Director and writer of Pokémon movie 19". Diarkibkan daripada yang asal pada May 19, 2017. Dicapai pada April 21, 2016.
  5. ^ "Pokémon Moves to Disney XD with a Big Movie Debut". Pokemon.com. November 17, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada July 6, 2017. Dicapai pada November 17, 2016.
  6. ^ http://www.cinema.com.my/bm/movies/details.aspx?search=2016.11677.pokemonvolcanionbm.23244
  7. ^ https://www.facebook.com/watch/?v=1057246857738171

Nota[sunting | sunting sumber]