Zbtb7

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokemon (gen))

Zbtb7, pada awalnya ia diberi nama Pokemon, merupakan suatu gen yang menjadi suis utama untuk pembentukan kanser. Ketua kepada kumpulan penyelidik yang terlibat dalam penemuan ini ialah ahli genetik Pier Paolo Pandolfi dari Memorial Sloav-Kettering Cancer Center (MSKCC) di New York City. Beliau mengatakan bahawa gen ini amat diperlukan supaya onkogen-onkogen lain dapat menghasilkan kanser. ‘’Zbtb7’’ adalah unik (satu-satunya gen) yang mengarahkan onkogen-onkogen lain menghasilkan kanser. Penemuan ini telah diterbitkan dalam majalah sains “Nature” pada bulan Januari 2005.

Zbtb7 adalah ahli kepada keluarga protein ZBTB protein yang mengandungi dominan jejari zink dan BTB.[1] Ia juga dikenali sebagai LRF10 (faktor yang berkaitan dengan leukemia/limfoma), OCZF11 (jejari zink yang berasal dari osteoklas),[2] dan FBI1 (1-3) (empat belas-tiga-tiga beta interaktan).[3][4][5]

Gen-gen[sunting | sunting sumber]

Kontroversi Pokemon[sunting | sunting sumber]

Nama asal bagi Zbtb7 ialah Pokemon. Ini merupakan singkatan kepada nama saintifiknya iaitu “faktor POK eritroid mieloid ontogenik”. Pokémon ialah suatu media francais yang terkenal dengan anime, manga, permainan kad, siri televisyen, filem dan permainan videonya yang berasal dari negara Jepun.

Pokémon USA iaitu syarikat hak milik Nintendo tidak mahu nama Pokémon dikaitkan dengan gen penyebab kanser. Oleh itu, Pokémon USA telah mengancam Memorial Sloav-Kettering Cancer Center (MSKCC) dengan menggunakan tindakan undang-undang ke atasnya pada bulan Disember 2005. Semenjak itu, Memorial Sloav-Kettering Cancer Center (MSKCC) mengubah nama gen tersebut kepada Zbtb7.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Takahiro Maeda, Robin M. Hobbs, et al. [[1]]. “Peranan proto-onkogen Pokemon dalam perubahan sel dan penahanan RSF”. Nature : 20 Januari 2005.
  • Brendan Sinclair. [[2]]. “Pokémon USA mendakwa penyelidik-penyelidik kanser”. GameSpot : 19 Disember 2005.
  1. ^ Guo, Changcheng; Xiong, Dabo; Yang, Bin; Zhang, Haiming; Gu, Wenyu; Liu, Min; Yao, Xudong; Zheng, Junhua; Peng, Bo (October 2017). "The expression and clinical significance of ZBTB7 in transitional cell carcinoma of the bladder". Oncology Letters. 14 (4): 4857–4862. doi:10.3892/ol.2017.6814. PMC 5649710. PMID 29085492.
  2. ^ Kukita, A; Kukita, T; Ouchida, M; Maeda, H; Yatsuki, H; Kohashi, O (15 September 1999). "Osteoclast-derived zinc finger (OCZF) protein with POZ domain, a possible transcriptional repressor, is involved in osteoclastogenesis". Blood. 94 (6): 1987–97. doi:10.1182/blood.V94.6.1987. PMID 10477728.
  3. ^ https://www.phosphosite.org/proteinAction?id=2894&showAllSites=true
  4. ^ Komiya, Yuko; Akiyama, Hirotada; Sakumoto, Ryuji; Tashiro, Fumio (February 2014). "FBI1/Akirin2 promotes tumorigenicity and metastasis of Lewis lung carcinoma cells". Biochemical and Biophysical Research Communications. 444 (3): 382–386. doi:10.1016/j.bbrc.2014.01.064. PMID 24468084.
  5. ^ Jiang, Yuyang (23 March 2012). "Zbtb7 suppresses the expression of CDK2 and E2F4 in liver cancer cells: Implications for the role of Zbtb7 in cell cycle regulation". Molecular Medicine Reports. doi:10.3892/mmr.2012.846. PMID 22447046.