Pokok Api-api Bulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pokok Api-api Bulu
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tanpa pangkat): Angiosperms
(tanpa pangkat): Eudicots
(tanpa pangkat): Asterids
Order: Lamiales
Keluarga: Acanthaceae
Genus: Avicennia
Spesies: A. lanata
Nama binomial
Avicennia lanata
Ridley

Pokok Api-api Bulu[1] adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Nama sainsnya Avicennia lanata Ridl.[2], [3]

Pokok ini boleh dikenal pasti melalui buahnya yang berbulu dan bahagia bawah daun yang berbulu. Bulu pada daun menyimpan air dengan memerangkap lapisan udara dan dengan itu mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan.

Disesetengah tempat,buahnya direbus dan dimakan, kadang kala ia dijual sebagai sayuran. Bunganya wangi dan menghasilkan madu dan didebungakan oleh serangga.. Avicennia menghasilkan antara madu yang terbaik.

Pokok bakau ini merupakan salah satu spesies cepat tumbuh dan yang digunakan dalam penanaman semula hutan bakau bagi melindungi persisiran pantai (yang lain adalah Sonneratia dan Rhizophora). Ia jarang dijadikan arang dan biasanya digunakan bagi menyalai ikan atau getah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]