Pergi ke kandungan

Ati-ati merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pokok Ati-ati Merah)

Ati-ati merah
Permukaan daun ati-ati merah
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Lamiales
Keluarga: Lamiaceae
Genus: Coleus
Spesies:
C. scutellarioides
Nama binomial
Coleus scutellarioides
(L.) Benth.
Sinonim[1]
  • Calchas acuminatus (Benth.) P.V.Heath
  • Calchas atropurpureus (Benth.) P.V.Heath
  • Calchas crispipilus (Merr.) P.V.Heath
  • Calchas scutellarioides (L.) P.V.Heath
  • Coleus acuminatus Benth.
  • Coleus atropurpureus Benth.
  • Coleus berkeleyi T.Moore
  • Coleus blancoi Benth.
  • Coleus blumei Benth.
  • Coleus crispipilus (Merr.) Merr.
  • Coleus dixii T.Moore
  • Coleus formosanus Hayata
  • Coleus gaudichaudii Briq.
  • Coleus gibbsiae S.Moore
  • Coleus gibsonii J.J.Veitch
  • Coleus grandifolius Blanco
  • Coleus grandifolius Benth.
  • Coleus hybridus Cobeau
  • Coleus igolotorum Briq.
  • Coleus ingratus (Blume) Benth.
  • Coleus integrifolius Elmer
  • Coleus laciniatus (Blume) Benth.
  • Coleus marshallii T.Moore
  • Coleus multiflorus Benth.
  • Coleus pubescens Merr.
  • Coleus pumilus Blanco
  • Coleus rehneltianus A.Berger
  • Coleus ruckeri T.Moore
  • Coleus saundersii T.Moore
  • Coleus savannicola K.Schum.
  • Coleus scutellarioides var. angustifolius Benth.
  • Coleus scutellarioides var. laxus Benth.
  • Coleus scutellarioides var. limnophilus Benth.
  • Coleus secundiflorus Benth.
  • Coleus veitchii Dombrain
  • Coleus verschaffeltii Lem.
  • Coleus zschokkei Merr.
  • Germanea nudiflora Poir.
  • Majana acuminata (Benth.) Kuntze
  • Majana blancoi (Benth.) Kuntze
  • Majana grandifolia (Benth.) Kuntze
  • Majana multiflora (Benth.) Kuntze
  • Majana pumila (Blanco) Kuntze
  • Majana scutellariodes (L.) Kuntze
  • Majana secundiflora (Benth.) Kuntze
  • Ocimum peltatum Schweigg. ex Schrank
  • Ocimum scutellarioides L.
  • Perilla nankinensis Wender.
  • Plectranthus aromaticus Roxb.
  • Plectranthus blumei (Benth.) Launert
  • Plectranthus ingratus Blume
  • Plectranthus laciniatus Blume
  • Plectranthus nudiflorus (Poir.) Willd.
  • Plectranthus scutellarioides Blume
  • Plectranthus scutellarioides (L.) R.Br.
  • Solenostemon blumei (Benth.) M.Gómez
  • Solenostemon scutellarioides (L.) Codd

Ati-ati merah (dikenali sebagai Coleus scutellarioides dalam penamaan saintifik) merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Lamiaceae. Ati-ati merah merupakan tumbuhan tempatan rantau Asia Tenggara sehingga Australia.

Interpretasi

[sunting | sunting sumber]

Ati-ati merah merupakan tumbuhan saka yang hidup semusim atau dalam jangka pendek, iaitu kira-kira tiga atau empat tahun.[2] Ati-ati merah boleh tumbuh setinggi satu meter, mempunyai cabang baik dan biasanya batangnya berliku membentuk sudut empat— namun kebanyakkan Coleus tumbuh kurang daripada 60 sentimeter.[3]

Bagi bentuk yang lebih pendek dan tumbuh melarat kadangkala digambarkan sebagai spesies yang berasingan (di bawah nama seperti Coleus pumilus atau Solenostemon pumilus).[3][4] Walaupun begitu, kini semua spesies itu dianggap sebahagian daripada C. scutellarioides yang berubah-ubah.[3] Dengan gaya penanaman moden dan hibrid, spesies telah berubah dari segi warna daun, corak serta bentuknya. Ati-ati merah yang telah dihidridkan mempunyai karakteristik daun yang agak berisi dan separa sukulen atau separa berair yang agak lembut. Saiznya berbeza-beza dari 1.5–10 cm (0.6–3.9 in) panjangnya dengan lebarnya sebanyak 1–6 cm (0.4–2.4 in). Daunnya biasanya membentuk bujur telur dan bersambungan dengan tangkainya (petiol) yang panjangnya mencecah 0.5–5 cm (0.2–2.0 in). Jidar daun dibahagikan kepada tahap yang berubah-ubah, dan terdapat bulu-bulu pada kedua-dua bahagian daun.[3]

Jambak bunga (infloresens) pula disokong pada hujung batang, seperti daun juga saiznya turut berubah-ubah yang boleh memanjang sehingga 4 cm (1.6 in). Bahagian sepal berbentuk seperti loceng, yang pada mulanya tumbuh pada julat panjang 1–2 mm (0.04–0.08 in) namun boleh memanjang sehingga 5–7 mm (0.2–0.3 in) apabila di dalam buah. Kelopaknya berwarna ungu kebiruan, bercantum antara satu sama lain dengan membentuk bunga labiate yang serupa dengan bentuk bibir. Panjang kelopak ialah 8–10 mm (0.3–0.4 in). Sebahagian stamen bercamtum dan dilitupi oleh bahagian bibir atas bunga. Bunga ati-ati merah dideskripsikan sebagai nutlet yang berwarna hitam yang panjangnya mencecah 1 mm (0.04 in).[3]

  1. ^ "Coleus scutellarioides (L.) Benth". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 2020-07-31.
  2. ^ How to Grow and Care for Coleus by Alexandra Jones from MyDomaine. 20 September 2022. Retrieved 1 August 2024.
  3. ^ a b c d e Suddee, S.; Paton, A.J. & Parnell, J.A.N. (2004). "A Taxonomic Revision of Tribe Ocimeae Dumort. (Lamiaceae) in Continental South East Asia II. Plectranthinae". Kew Bulletin. 59 (3): 379–414. doi:10.2307/4110950. JSTOR 4110950.
  4. ^ Nguyen, P.; Quesenberry, K. & Clark, D. (2008). "Genetics of Growth Habit and Development of New Coleus (Solenostemon) Varieties with Trailing Habit and Bright Color". Journal of Heredity. 99 (6): 573–580. doi:10.1093/jhered/esn054. PMID 18603655.