Pokok Bayas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bayas
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
O. horridum
Nama binomial
Oncosperma horridum

Pokok Bayas ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Nama botaninya Oncosperma horridum.[1][2]

Batang pokok bayas adalah keras dan tahan air garam, serangga penggorek, dan anai-anai. Oleh itu, kayu pokok ini telah digunakan untuk membina kelong-kelong. Batang pokok ini juga digunakan untuk lantai, ketika dipotong menjadi kepingan, sedangkan keping-keping yang lebih kecil digunakan sebagai kasau dan dinding.

Umbutnya yang dikeluarkan dari dalam batang, dicencang halus, dibasuh bersih lalu dimakan mentah dan segar. Ia juga sedap jika dibuat kerabu. Rasanya manis dan rangup.

Ciri botani[sunting | sunting sumber]

Pokok Bayas ialah palma bersaiz besar setinggi 30 m, tumbuh berumpun. Rumpun-rumpun dibentuk apabila pokok-pokok muda tumbuh daripada tunas pada pangkal pokok palma induk. Batang pokok serta tangkai daun mempunyai duri, berwarna coklat keperangan. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Daun: Daun majmuk, besar, anak daun tersusun seperti lelipan, panjang menirus dengan hujung meruncing dan berwarna hijau tua apabila tua. Daunnya tumbuh dengan tegak, dan cenderung menuju ke atas.
  • Bunga: Tumbuh bertiga-tiga, dengan bunga betina di tengah, dan bunga jantan di sebelah kiri kanan. Bunga-bunga ini dilindungi oleh dua struktur besar yang berbentuk bot dan berduri, digelar spate. Bunga majmuk, kecil putih kekuningan, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun.
  • Buah: Buah sederhana besar, bulat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hitam keungu-unguan setelah tua.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Umbut pokok bayas mengandungi air, serat, protein, lemak, kalsium, kalium, zat besi, zink, vitamin dan alkaloid.[perlu rujukan]

Umbutnya dimakan bagi menambah selera makan dan boleh dijadikan sebagai awet muda dan kaya dengan antioksidan. Ia tak digalakkan untuk orang yang mengalami kesejukan badang untuk mengambilnya dalam kuantiti yang banyak kerana mungkin akan mendatangkan kemudaratan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Timothy K. Broschat, Alan W. Meerow, P. B. Tomlinson. (2000) Ornamental Palm Horticulture. Florida: University Press of Florida. ISBN 0813018048
  2. ^ Phang Wien Ho et al. (1983) A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Singapura: Pusat Sains Singapura. ISBN 9971-88-010-5