Pokok Belinjau
Belinjau Melinjau Belingar | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | G. gnemon
|
Nama binomial | |
Gnetum gnemon |
Belinjau (Jawi: بلينجاو ), juga dikenali sebagai melinjau atau belingar, ialah salah satu spesies Gnetum yang berasal dari Asia Tenggara dan pulau-pulau Lautan Pasifik barat, iaitu dari Assam selatan dan timur merentasi Malaysia dan Indonesia sehingga ke Filipina dan Fiji. Nama saintifiknya Gnetum gnemon.
Huraian botani[sunting | sunting sumber]
Berlainan dengan kebanyakan spesies Gnetum yang lain yang merupakan pokok akar, Pokok Belinjau ialah pokok yang kecil hingga sederhana sehingga 15-20 meter tingginya.
Daunnya malar hijau, bertentangan, dengan 8-20 sentimeter panjangnya dan 3-10 sentimeter lebarnya. Warnanya kuning gangsa ketika muda, tetapi menjadi hijau tua yang kilat ketika matang. Pokok Belinjau tidak menghasilkan sebarang bunga dan buah sejati kerana pokok ini bukannya tumbuhan angiosperma. Strobilusnya yang seakan-akan buah tidak melebihi kulit serta biji yang besar bak kekeras, dengan panjangnya 2-4 sentimeter.
Pokok belinjau tergolong dalam kumpulan gimnosperma, iaitu pokok yang hidup di zaman purba.
Kegunaan[sunting | sunting sumber]
Pokok Belinjau jarang ditanam secara intensif. Kayunya dapat digunakan sebagai bahan papan. Daun yang muda, "bunga" (baik jantan mahupun betina) dan bijinya (baik yang muda mahupun yang sudah masak) boleh digunakan sebagai sayur (misalnya sebagai sayur ulam). Biji belinjau boleh dikisar menjadi tepung dan digoreng menjadi emping atau ditumbuk dan dijadikan kerepek binjai.
Sebagai sumber makanan, biji belinjau mengandungi kadar urea yang agak tinggi dan oleh itu, tidak sesuai dimakan pada jumlah yang banyak terutama bagi mereka yang menghadapi masalah gout.
Khasiat[sunting | sunting sumber]
Pucuk dan buah muda belinjau mengandungi khasiat makanan yang agak tinggi, terutama vitamin A dan vitamin C. Dalam setiap 100 gram (g), bahagian yang boleh dimakan mengandungi: Air 75.1 (miligram) mg, protein 6.6 g, lemak 1.2 g, karbohidrat 9.1 g, serat 6.8 g, kalsium 151 mg, fosforus 224 mg, ferum 2.5 mg, vitamin A 10889 I.U. Niasin 1.2 mg dan vitamin C 121 mg.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pokok Belinjau. |
- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura
Rencana mengenai tumbuhan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |