Pokok Bakau Putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Berus)
Jump to navigation Jump to search
Pokok Bakau Putih
260px
Pengelasan saintifik


Pokok Bakau Putih atau juga dikenali sebagai pokok Berus[1], ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Rhizophoraceae yang terdapat dari Asia Tenggara sehingga ke Australia. Nama botaninya Bruguiera cylindrica.[2]

Pokok Bakau Putih boleh tumbuh dalam tanah yang tidak sesuai untuk spesies-spesies pokok bakau yang lain. Kayu pokoknya boleh digunakan sebagai kayu api atau kayu binaan. Radikel-radikel (struktur yang kelihatan seakan-akan akar kecil) muda boleh dimakan sebagai sayur atau diawet selepas mendidih.

Pokok Bakau Putih mungkin merupakan pokok bakau yang paling banyak terdapat di Singapura.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Bakau Putih yang mempunyai akar-akar banir dan pneumatofor-pneumatofor yang berlutut tumbuh sehingga 20 meter (65 kaki). Ciri-ciri fizikal yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Licin dan berwarna kelabu. Baunya yang aneh menakutkan ikan-ikan.
  • Daun: Tumbuh bertentangan, dengan lai yang nipis, berbentuk elips dan berwarna hijau muda. Warna stipulnya kuning pucat atau kehijau-hijauan.
  • Bunga: 2-5 bunga pada setiap rumpun. Sepal-sepal yang berwarna hijau muda menjulur pada sudut tegak terhadap buah. Biji-bijinya bercambah di dalam buahnya. Hipokotilnya (bahagian embrio yang terletak betul-betul di bawah kotiledon) sehingga 15 sentimeter panjang, dan kelihatan seakan-akan rokok hijau atau keungu-unguan yang sedikit melengkung.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]