Pokok Bunga Tapak Dara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Tapak dara
Kemunting cina
YosriTapakDara.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. roseus
Sinonim

Templat:Species list (See also Synonyms section)

Pokok tapak dara bewarna putih.

Tapak dara, kemunting cina atau kembang sari cina, rumput jalang atau ros pantai (nama saintifik: Catharanthus roseus. [1], [2]) adalah sejenis spesies tumbuhan dalam keluarga Apocynaceae bertaburan di Madagaskar.

Pokok bunga Tapak Dara tergolong dalam tumbuhan renek yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Pokok bunga Tapak Dara mempunyai ketinggian 60 cm dengan daun berwarna hijau tua berukuran 2-4 cm yang berbulu di sisinya. Daunnya juga tersusun secara bertentangan.

Pokok bunga Tapak Dara mempunyai bunga yang terdiri dari 5 kelopak dan bewarna dari putih, biru, merah jambu dan juga ungu.

Bahan dari pokok ini digunakan untuk merawat leukemia dan penyakit Hodgkin. Pokok ini mengalami bahaya kepupusan akibat ditebang secara agresif.

Pokok bunga Tapak Dara adalah pokok yang di anggap beracun dengan bahan aktif seperti Vincristine, vinblastine, reserpine, ajmalicine dan serpentine. Kandungan lain Pokok bunga Tapak Dara adalah Catharanthine, leurosine, norharman, lochnerine, tetrahydroalstonine, vindoline, vindolinine, akuammine, vincamine, vinleurosin dan vinrosidin.

Kesan keracunan Pokok bunga Tapak Dara menunjukkan tanda-tanda seperti demam, loya dan muntah-muntah dalam tempoh 24 jam. Tanda-tanda yang lain adalah neuropati, kehilangan refleks tendon, berhalusinasi, koma, sawan dan kematian.

Catharanthus roseus

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]