Pokok Damar Hitam Siput Jantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Damar Hitam Siput Jantan
frames
Pengelasan saintifik
Nama binomial yang lain

Shorea ridleyana King p.p.
Shorea kalunti Merr.
Hopea albescens Ridley
Cotylelobium hopeifolium Heim


Pokok Damar Hitam Siput Jantan (juga digelarkan Pokok Seraya, Pokok Seraya Labu) adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Filipina. Pokok ini kini amat kurang disebabkan pembalakan. Nama botaninya *Shorea hopeifolia (Heim). [1]


Morfologi[sunting | sunting sumber]

Pokok Damar Hitam Siput Jantan adalah pokok besar yang bertumbuh sehingga 40-50 meter (130-165 kaki) dengan diameter batangnya sebanyak 130 sentimeter (4 kaki 3 inci).

Kulit pokok ini tebal dan licin, dengan sisik tertekan yang serupa dengan Pokok Guijo. Kekadangnya kulit pokok yang besar mempunyai rabung-rabung lintang yang panjangnya lebih kurang sama dengan lebarnya antara 10-20 sentimeter, dan yang berjarak 3-10 sentimeter antara satu sama lain. Kulit ini meleleh cecair perang tua yang menjadi damar hitam apabila kering.

Daun pokok ini bak kulit lembu, licin dan kilat, serta berbentuk ovat bujur atau ovat eliptik. Warnanya merah tua atau hitam apabila kering, dan saiznya 7-10 sentimeter panjang x 3.5-5 sentimeter lebar. Petiolnya halus, genikulat, dan berukuran 8-10 milimeter panjang.

Pokok Damar Hitam Siput Jantan berbunga pada bulan April di Davao, Filipina, dan berbuah pada bulan Mei dan Jun di Zamboanga. Bunganya hampir 7 milimeter panjang dengan pedikel yang berukuran 1 milimeter panjang amat kuat, sedangkan pedikel buahnya kira-kira 3 milimeter panjang.

Ciri yang membezakan Pokok Damar Hitam Siput Jantan ialah saraf daun yang amat halus, dan hampir tidak terjulur dari permukaan bawah daun, dengan tulang daun sekunder yang jelas dan yang berwarna kemerah-merahan atau kehitam-hitaman, seringnya dengan sepasang domatium glabrus pada pangkalnya.

Kayu pokok ini amat serupa dengan Shorea assimica ssp. philippinensis, kecuali warnanya kekuning-kuningan berbanding warna muda. Oleh itu, kayu ini dijual di bawah tanda dagang "meranti kuning".


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]