Pokok Daun Patok Tuau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok Daun Patok Tuau
Pengelasan saintifik


Pokok Daun Patok Tuau (bahasa Inggeris: Babbler's Bill Leaf) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Acanthaceae yang berasal dari Asia Tenggara dan India. Nama botaninya Thunbergia grandiflora.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Daun Patok Tuau ialah sejenis pokok menjalar yang besar. Pokok ini tumbuh dengan cepat dan menjadi suatu tabir dedaun yang berwarna hijau tua. Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:

  • Daun: Licin, dan berbentuk bujur, dengan dua lobus kecil yang tajam pada pangkal daun.
  • Bunga: Berbentuk loceng dan berwarna ungu muda.
  • Buah: Berbentuk bulat dengan penghujung empat segi panjang, dan terbelah apabila masak. Biji-bijinya berkerut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.