Pokok Dedap Serap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pokok Dedap Serap
Tree I IMG 6180.jpg
Pokok di Kolkata, Bengal Barat, India.
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tanpa pangkat): Angiosperm
(tanpa pangkat): Eudikot
(tanpa pangkat): Rosids
Order: Fabales
Keluarga: Fabaceae
Genus: Erythrina
Spesies: E. variegata
Nama binomial
Erythrina variegata
L.

Pokok Dedap Serap atau juga dikenali sebagai Dedap batik, adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Ia digunakan dalam perubatan tradisi Melayu. Nama sainsnya Erythrina variegata [1]

Pokok Dedap Serap setinggi 18-20m. Mempunyai batang berkulit lembut dan mempunyai garisan hijau. Daun beraneka warna serta kuning pudar di sepanjang tulang daun danurat sisi. Bunga berwarna merah menyala. saiz ranting 50-60cm.

Pokok Dedap Serap tumbuh di tanah lembap dan taburan hujan 800-1500mm setiap tahun. Tumbuh pada pH 4.5-8.0. Sesuai ditanam di sepanjang tepi jalan raya dan taman-taman. Batang pokok pendek dan tegap, tumbuh di kawasan yang rendah dan hidup berasingan, lebih kurang 10m bersebelahan. Bentuk daun majmuk, setiap tangkai mempunyai 3 daun berbentuk hati. Tabiat hidup berasingan. Bentuk bunga jambak bunga 25cm panjang, menghasilkan bunga berwarna merah terang 6-7cm panjang. Bentuk buah lampai dan langsing mencapai sehingga 27cm panjang, biji berwarna merah tua gelap. Kegunaan sebagai kayu sokongan, penghalang angin,perubatan, kayu balak dan pokok pelindung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z