Pokok Demokrasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tugu Pokok Demokrasi

Pokok Demokrasi merujuk kepada sebuah tugu yang dibina di bandar raya Ipoh, negeri Perak bagi memperingati persidangan. Beberapa ADUN Pakatan Rakyat di negeri Perak telah dihalang mengadakan persidangan di Dewan Undangan Negeri Perak disebabkan persidangan tersebut tidak mendapat perkenan Sultan Perak. Oleh itu, Adun Pakatan Rakyat dipimpin oleh Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin, Speaker DUN V. Sivakumar dan lain-lain telah mengadakan persidangan di bawah sebatang pokok yang jaraknya 200 meter dari bangunan Perak Darul Ridzuan. Persidangan ini tidak disertai 27 Adun UMNO dan 1 Adun MCA.

Punca[sunting | sunting sumber]

Sebelum itu PKR menggunakan strategi lompat parti dan tidak dianggap kesalahan moral. Beberapa wakil PR merisik hingga ke Taiwan setelah sekumpulan 49 ahli Parlimen Barisan Nasional diberi cuti 'lawatan sambil belajar' teknologi pertanian dan perindustrian di Taipei, Taiwan agar 16 September tidak menjadi kenyataan.

Selepas itu 3 Adun Perak iaitu dari Changkat Jering, Behrang dan Jelapang dikatakan menghilangkan diri. Mereka kemudian muncul dalam taklimat media bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka tidak melompat parti menyertai UMNO tetapi memilih menjadi Adun Bebas. Dengan demikian mereka tidak dianggap melompat parti dan tidak tertakluk untuk meletakkan jawatan sebagai Adun PKR atau Adun DAP.

Datuk Seri Najib Tun Razak ditugaskan menangani kekalutan ini dengan menemui Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Sultan tidak terus menerima perakuan tersebut. Sebaliknya menyiasat dan bertanya sendiri kepada 3 Adun tersebut. Dari mulut mereka, jelaslah mereka kini menyokong Barisan Nasional. Namun pihak media gagal menemubual mereka dan mendapatkan pandangan bebas mereka mengapa mereka sanggup lompat kuang.

Dengan pengakian secara berhadapan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah diterbalikkan. Mohamad Nizar dipanggil mengadap Sultan Perak untuk meletakkan jawatan atau dianggap meletakkan jawatan secara automatik berdasarkan Perlembagaan Perak yang memerlukan Menteri Besar dilantik dari mereka yang memegang majoriti. Ungkapan 'patik sembah derhaka...' telah dilaporkan secara meluas oleh media arus perdana.

Plak dibina[sunting | sunting sumber]

Beberapa pihak merasakan peristiwa persidangan di bawah pokok merupakan satu sejarah dalam dunia yang moden dan canggih. Oleh yang demikian mereka mengambil kesempatan memanaskan keadaan dengan membina plak kecil di bawah pokok dan pokok itu dihiasi indah. Plak ini tiada unsur agama tetapi tindakan politik smata-mata. Oleh yang demikian Mohammad Nizar turut hadir semasa perasmiannya.


Plak dirobohkan[sunting | sunting sumber]

Ada pihak yang menyokong terutama dari masyarakat Cina dan India. Tetapi bagi masyarakat Melayu , ramai juga yang membantah kerana menyalahi akidah Islam kerana akan mendorong kepada unsur-unsur khurafat dan tahyul jika diteruskan. Pokok tersebut tidak patut dipuja, disembah, disanjung, diletak bunga-bungaan wangi dan lain-lain unsur sedemikian. Amalan sebegini dikatakan menyamai amalan animisme, suka yang aneh , pelik , ghaib dan ajaib.

Plak tersebut kemudiannya dimusnahkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh kerana tidak mendapat kelulusan atau permit. Pihak PKR kemudian membuat jualan lelong serpihan plak yang dipecahkan yang akan digunakan untuk membina plak / tugu yang baru. Mereka berjaya mengutip sebanyak RM40,000.

Majlis Bandaraya Ipoh[sunting | sunting sumber]

Pada 28 April 2009, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sekali lagi mengagalkan usaha pembinaan semula plak peringatan ’Pokok Demokrasi’ yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac 2009. Sebarang tugu haruslah mendapatkan kebenaran pihak MBI kononnya akan menjejaskan keselamatan jalan raya. Dua pekerja yang sedang menyiapkan tugu bersaiz 2 meter panjang dan 0.6 meter lebar itu melarikan diri.

Adun Kepayang, Loke Chee Yan menyatakan bahawa Pakatan Rakyat memang berhasrat mendirikan tugu di bawah pokok demokrasi itu dan sepatutnya menghantar permohonan kepada MBI.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]