Pokok Durian Paya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok Durian Paya
260px
Pengelasan saintifik


Pokok Durian Paya ialah sejenis pokok kayu yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama Melayu yang lain untuk pokok ini ialah Pokok Durian Burung dan Pokok Hutan. Nama botaninya Durio carinatus Mast. [1]

Pokok Durian Paya bertumbuh di hutan paya gambut berhampiran dengan garis pinggir laut timur dan barat Semenanjung Malaysia. Dengan kayu yang mempunyai kepadatan sebanyak 580 kilogram per meter padu, pokok ini merupakan salah satu spesies pokok kayu yang utama. Kayu ini biasa digunakan oleh puak Jakun untuk membina lantai rumah tradisi mereka. Penggunaan ini masih amat biasa, khususnya di kampung-kampung yang masih belum mendapat sebarang bantuan perumahan. Kulit pokok ini juga digunakan untuk membuat bubu udang. Dari segi ekologi, Pokok Durian Paya adalah penting untuk menawarkan makanan kepada haiwan.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

* www.peatsociety.org